FOLLOWERS

Wednesday, May 2, 2012

First Fitting

Hye lovelies.

Sorry for long hiatus. Semalam adalah hari fitting baju reception saya yang pertama. Baju reception dah siap, tinggal patch lace dengan jahit manik. Oh ye, kain 9 meter tu tak cukup untuk buat veil sekali. Ingat nak buat veil yang panjang macam veil Bienda tu. Tengok macam mana, sesuai ke tak. Kalau approved, kena beli kain lagi. Huhu

Alhamdulillah, first fitting takde masalah. Longgar sket, tapi pesan pada kakak tailor supaya tak payah kecikkan dulu takut lepas ni badan ternaik ke apa. Harap-harap tak la kan. Nak perasan jugak ala-ala model pakai baju pengantin. Hehe. Baju nikah belum siap lagi sebab dah pesan suruh buat dulu baju reception memandangkan butik mintak siapkan awal. Nak buat baju reception baru for groom. Kalau lambat takut kena pakai baju sedia ada pulak. Rugilah dah termasuk dengan pakej kan. Hope semua berjalan lancar.

About 7 weeks nak habiskan belajar, sangatlah tak sabar. Diam tak diam tinggal berapa hari lagi our big day. Scary, banyak benda yang minor tak setel lagi. Takut jugak terlepas pandang. Huhu. Rasanya itu dulu untuk hari ini.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

4 Footprint (s):

.:shura shushi:. said... Reply To This Comment

Longgar..? **JEALOUS**

Miss Ika said... Reply To This Comment

Shura | Longgar sket. Sbb berat turun sekilo. Skipping pagi tu sebelum fitting. Haha

Sebab tu tak bg dia alter dulu. Kang berapa bulan lagi badan ternaik lagi haru. Huk Huk

cik gold said... Reply To This Comment

cik gold pon ms fitting rasa longgar...tapi dah sruh tailor kcikkan...harap badan tak naik la pasni.hehehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

Cik Gold | Tula, harap-harap tak naik la. Seram je kalau tak muat. Huhu