FOLLOWERS

Sunday, February 17, 2013

Laguna Redang: Day 2

Assalamualaikum and hye lovelies.

Continue on day two. Pagi around 9 am, kitorang dah bersiap for first activity, Snorkeling. Before tu breakfast dulu at Sang Suria. Excited? Sangat sebab first time snorkeling dengan husband. Before ni pernah snorkeling kat Pulau Bidong je dengan campus mate. Feeling ala-ala romantik kononnya kalau dengan husband. Cehh. Register and amek stuffs at Recreational Centre and berjalan kaki ke jetty. Tak jauh pun, dalam 5 minutes. Nak naik tram pun boleh tapi kitorang saje nak amek angin pagi. Sampai jetty, duduk relax sementara tunggu yang lain. Time tu husband ke Diving Centre, uruskan pertukaran package untuk saya for evening activity. Sepatutnya kitorang berdua diving petang tu. Tapi saya ni fobia sket kalau diving sebab pernah belajar diving masa uni sampai jadi fobia, so saya mintak tukar dengan massage. Husband sorang la yang akan diving. Lagipun tengah demam selesema lagilah ku fobia. Snorkeling pun rasa macam sesak nafas. Haha



Kitorang dibawa ke Marine Park for snorkeling. View memang sangat cantik dari atas sampai lah ke dasar laut. Macam-macam hidupan laut ada. Tapi saya snorkeling tak lama. Maklumlah fobia. Lagipun tak pandai swimming. Hihi. Tengok husband je la dok berenang sakan. Lagipun air jernih, tak snorkel pun boleh nampak sket-sket view coral and so on. Cuma tak puas la. Tapi fobia-fobia pun, sampai ke tengah jugak kekdahnya. Hehe. Kat Marine Park dalam sejam lebih then balik ke Laguna semula.



Balik bilik sempat la tidur sekejap while waiting for lunch. Lunch tengahari tu kat bilik. Private lunch kononnya. Hehe. Alhamdulillah, sangat puas hati dengan foods. Sangat sedap. Rasa macam tak cukup. Paling suka appetizer and main dish. Lagi pulak tinggal makan je kan. Tengah lapar orang duk served makanan, apa lagi memasing makan dengan rakusnya. Haha




Bukan main bahagia husband diving. Tapi nasib baik takde perasaan jeles sebab memang dah mind set tak nak diving. Hihi. Saya pulak sedap beraroma massage sensorang. Fefeeling la sekali sekala kan. Lama jugak massage, ada la dalam sejam. Sedap je rasa lepas tu. Tapi yang tak boleh lupa bila orang yang massage tu cakap, kalau nak cepat dapat baby you kena jaga badan. Nampak bona haku kumpul lemak dalam badan. Sentap mak, nak. Haha. Saya siap massage around 5 pm. Then jenjalan sensorang amek angin sementara tunggu husband balik diving. Bosan-bosan terus balik bilik sebab tak tau dah nak pergi mana, semua pun dah round. Tak lama lepas tu husband balik. Husband sweet sangat sebab sepanjang duduk pulau, dia tolong sidaikan baju-baju lepas saya basuh. Susah nak tengok dia rajin macam tu. Hehe

Husband cerita diving best giler sebab dapat pegang macam-macam hidupan laut. Saya pun rasa excited jugak sebab husband first time diving and he's happy. Lagi pulak ada person incharge for taking pictures dalam air. Tambah la excited dia kan. Berbaloi la dengan RM80, dapat gambar dalam cd. Malam tu boleh terus amek at Recreation Centre. Package diving not so sure berapa rate sebab dah include dalam honeymoon package.




Malam tu just relax. Dinner macam biasa at Sang Suria. Time ni kitorang makan banyak gila. Bukan time tu je, time bila-bila pun makan banyak. Hehe. Husband ulang alik amek food. Request by his wife. Demam katanya, malas nak bangun banyak kali. Husband pun layankan je la manja wife dia ni. Hehe. After dinner, amek gambar diving husband. Round-round kejap area laguna then terus balik bilik. Buat nescafe for husband. Tak lama terus terbongkang sebab bermain air time snorkeling and diving sangat memenatkan. Husband la terutamanya. Nasib baik daku tak diving. Hehe

Yeay, lagi satu je entree tinggal. Continue esok kalau rajin. Hehe

Till then, peeps. 

2 Footprint (s):

Fyka said... Reply To This Comment

okehh..baca part 2 ni jd sgt2 terujaa.

azlizaASRI said... Reply To This Comment

best ^^