FOLLOWERS

Wednesday, May 30, 2012

Tak Berapa Nak Wordless Sangat


Hye Lovelies.

Nama tempat dah best, international punya konon. Tapi layan future customer macam hampeh. Macam ni ke orang Malaysia entertain customer. Baran tahu tak. Mood berkobar-kobar nak booking, bila dilayan macam orang bodoh Taufik terus takda mood. Kesian dia. Takpelah, esok-esok try call orang lain pulak eh. Hopefully cepat-cepat settle. Bukan senang nak jumpa mood Taufik yang tertalu excited tu. Saya pun terkejut. Hehe

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Tuesday, May 29, 2012

High Heels Idaman for Nikah and Reception

Hye lovelies.

Ingat lagi entri tentang flat shoes [Here]? Proposal saya telah ditolak oleh Taufik dan familynya. Sadis tak? Hehe. Diorang cakap kalau pakai gown singkat sesuai lah pakai flat shoes. Ni confirm-confirmlah pakai baju ala-ala meleret ada hati nak pakai flat shoes. Hehe. Melepas angan-angan. Sebenarnya nak pakai flat shoes sebab nak elak drama-drama tak berkenaan. Tapi mintak-mintak takde drama sadis. Jauhkanlah Ya Allah.

Bila proposal ditolak, saya start survey-survey high heels yang tak berapa nak high untuk nikah plus boleh guna untuk reception. Boleh jugak kalau nak guna sekali untuk bertandang. Jimat banyak kan. So, kena cari color yang match dengan semua baju tapi kalau boleh taknak color hitam. Macam dah biasa sangatlah color hitam kan.

Melting okeh tengok semua kasut-kasut ni. Nak jugak.
















Semuanya gorgeous sangat. Lagi-lagi bridal shoes daripada Saiful Sin Couture ni. Siapa rajin boleh buat sendiri letak pearl-pearl tu. Cantik ok. Nak nangis rasanya tengok. Kalau tempah rasanya macam mahal je kan. Boleh la try pm Saiful ni kalau nak tahu price ye. Huhu 

Tak sabar nak habes belajar, then continue on wedding preps. Nak hunting segala bagai yang tak hunting lagi. Mintak-mintak semuanya sempat buat on time.

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Sunday, May 27, 2012

Khasiat Asid Folik

Hye lovelies.

Last month pergi Guardian, niat nak cari folic acid saja nak prepare untuk makan awal bulan June. Cari punya cari tak jumpa. Nak tanya segan. Hehe. Balik dengan tangan kosong. Then semalam teman kawan pergi farmasi, tergerak pulak mulut ni nak tanya pasal folic acid. Tak banyak fikir terus beli. Cashier pandang slack je kat kitorang, mungkin muka kitorang macam budak-budak lagi kot. Hehe. Harga RM29.50 tapi dapat discount jadi RM27. Dalam ada 3 pek, 1 pek ada 30 tablets, cukup untuk makan 3 bulan.

Apa khasiat asid folik?

Asid folik ni sebenarnya adalah vitamin B9 yang penting untuk wanita bagi membantu mereka menguatkan rahim ataupun langkah persediaan untuk hamil. Asid folik bukan sejenis ubat kesuburan tapi membantu kesuburan wanita disamping memberi kebaikan pada bayi di dalam rahim.

Sebenarnya asid folik ni kita juga boleh dapatkan melalui makanan seperti daging, ayam, telur, kekacang, sayuran hijau dan lain-lain. Tapi memandangkan sekarang ni pun makanan banyak yang tak berapa nak berkhasiat sangat kan plus saya pun makan benda yang bukan-bukan, so asid folik ni boleh cover balik la. Kalau over dose pun tak menjadi masalah sebab dia akan buang semula melalui air kencing. Banyak lagi khasiat asid folik, boleh google saja. Nak taip panjang-panjang terlebih rajin pulak rasanya. Hehe


Ni asid folik yang saya beli semalam. Brand Appeton. Belum start makan lagi, mungkin awal bulan June baru start makan. Hehe. Kalau boleh, memang after kahwen nak ada baby terus sebab umur pun tak berapa nak muda sangat. Tapi tu semua bergantung pada rezeki yang Allah nak bagi. Kalau dapat cepat syukur Alhamdulillah. Yang penting kita usaha selagi mampu.

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Friday, May 25, 2012

Inspirasi Tudung atau Shawl Nikah

Hye lovelies.

Seminggu dua ni terasa macam ada perubahan. Bukanlah perubahan drastik tapi seriously sangat bersyukur dengan perubahan yang tak seberapa ni. Then dalam diam-diam tu ada juga survey beberapa style tudung or shawl yang sangat sweet yang boleh dijadikan inspirasi untuk nikah event nanti. At first suruh tailor buat veil daripada kain lebihan buat baju nikah tu. Tapi tiba-tiba rasa macam tak nak veil pulak. Just nak guna selendang yang super long ala-ala sweet gitu. Lagipun baju nikah and veil tailor belum start buat lagi, so memudahkan kerja dia jugak la sebab selendang tu nanti just jahitkan sket dengan manik atau tampal sket dengan lace. Niatnya nak buat sendiri. Tapi still kena discuss dengan tailor sebab takut manik tak match dengan baju jadi tak cantik pulak. Hehe

Saya rasa pun tanak pakai sepit or sanggul ke apa namanya entah. Hehe. Just nak simple and kosong atas kepala. Macam dalam gambar-gambar ni. Just nice je, simple tapi cantik bila dipandang. 






Credit to Dena Bahrin

Cute and sweet kan? Gambar last Dena Bahrin, pakai veil kan. Saya inspired dengan cara dia pakai tudung. Tutup dada pun still boleh cantik kan. Sopan. Boleh tak orang yang macam saya, yang tak berapa nak ala-ala perempuan melayu terakhir tiba-tiba berubah macam sweet-sweet sopan gitu. Tak kena gelak kan. Hehe. Rasanya setakat ni dulu hari ni. Ada masa saya update lagi.

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Wednesday, May 23, 2012

Tiada Lagi Tiga Angka