FOLLOWERS

Thursday, September 20, 2012

Akad Nikah Attire

Hye lovelies.

Sambung dengan review untuk akad nikah attire. Seperti entri sebelum-sebelum ni, saya ada inform little bit about akad nikah attire. Saya nak yang simple, sweet and boleh recycle. Saya guna chiffon RM5 semeter untuk baju saya. Ada drama juga masa buat baju ni. Baju nikah lagi mahal dari baju reception. Alasannya sebab sekali dengan veil. Okay, takpe. 

Nasib baik outcome cantik. Cuma ada yang saya tak puas hati sebab kat lengan terlalu nampak kosong. Saya tempah suruh buat part dada dengan hujung lengan, tapi dia cakap tak sempat nak buat. Dia bagi saya extra lace and pearls suruh saya add sendiri part lengan tu. Tapi dia hantar baju tu 2 hari sebelum majlis. How come la nak buat kalau masa dah suntuk sangat. Macam-macam alasan dia bagi. Sepatutnya saya mintak hantar dua or tiga hari sebelum raya. Tapi tak sempat katanya. Macam mana nak sempat, dua minggu puasa baru dia sentuh baju saya. Padahal saya hantar bulan Februari. Huhu

Okay, tak nak cerita panjang. Alhamdulillah, syukur sebab outcome still cantik dan saya puas hati. Let pictures do the talking. 









Masa majlis, saya padankan dengan inner neck from Radiusite. Agak striking sket color dengan full baju. Match la dengan sampin groom katanya. Hehe. Ingat nak pakai tudung bawal je, tapi masa reception dah decide nak pakai tudung bawal, so tak jadi la. Nanti nampak sama sangat dengan reception. Cuma inner neck ni pendek sket la. Kalau dapat labuh sket lagi cantik rasanya. Okay, done.

Sesiapa yang nak tanya apa-apa, malu nak comment boleh email me at misz_ieka@yahoo.com. Dah ada juga orang nak sewa. Sekarang tengah fikir-fikir lagi. Belum final decide, but niat nak sewakan memang ada. Hehe

Till then, peeps. 

Tuesday, September 18, 2012

Akad Nikah Ceremony

Hye lovelies.

Lama sangat tak jenguk blog. Masa banyak, tapi mood takda nak update. Tambah lagi demam seminggu dari last week. Dah baik sekejap, harini rasa nak demam balik. Adoi. Demam rindu dekat suami rasanya. Hehe

Khamis 30 Ogos 2012
Petang khamis tu baru siap kemas bilik pengantin. Sebenarnya dah lama siap, tapi semua kerja untuk majlis buat dalam bilik tu. Jadi 10 kali kemas pun tetap lintang pukang jugak. Petang tu kira the last la before akad nikah esoknya.

Malam selepas isyak sibuk buat backdrop untuk nikah. Orang kuat (adik) yang paling sibuk la sebab pengantin dah tak larat nak siapkan. Subuh tu baru siap sebab paper wheel tak cukup pulak, padahal dah buat banyak rasanya. Dapat tidur dalam setengah jam je. Patutlah masa nikah muka tak glowing. Haha. 

Jumaat 31 Ogos 2012
Lepas subuh baru pakai inai, dalam sejam tapi malangnya tak merah pun. Time tu dah redha dah. Nasib baik sis-in-law ternampak, terus pakaikan inai tube Suzana lepas makeup. Tak pernah dibuat orang. Time tu dah siap dengan nikah attire siap veil. Tengah tunggu groom sampai. Hehe. Apalah nasib. Peringatan untuk bride-to-be, rehat secukupnya. Pakai inai then bawak tidur sekali baru color jadi cantik orang kata. 






Alhamdulillah. Saya dan Taufik selamat dinikahkan beberapa minit kemudian dengan dua kali lafaz. Tak dan nak tengok jam sebab masih nervous campur gembira campur sedih. Hehe. After akad, selesai bergambar groom terus balik tanpa makan pun sebab takda selera katanya. Bride pun sama. Hehe. Lepas zohor sempat juga lelapkan mata setengah jam sementara tunggu kawan-kawan dari jauh sampai.

Maaf, kualiti gambar kurang menarik. Gambar ni dari phone kawan. Tak berapa nak sharp and clear sangat. Nak amek dari kawan-kawan yang pegang kamera tak tahu la tahun bila. Hehe. Nanti dah dapat softcopy dari OP saya update lagi ye.

Till then, peeps. 

Friday, September 14, 2012

Teaser