FOLLOWERS

Wednesday, November 28, 2012

The Journey Begins

Alhamdulillah.

Syukur Allah SWT give me the chance seawal ini. I'm in second trimester and currently at 13 weeks and 6 days pregnant. Morning sickness? Bukan setakat morning, dah bawak terus ke tengahari petang sampai ke malam. Melepek atas katil 24 hours memang sudah menjadi kebiasaan sekarang. Ingatkan dah lepas first trimester dah hilang mabuk, makin teruk gamaknya. Husband cakap mungkin dah nak last-last mabuk tu yang teruk. I hope so la.

About last two months ago.

When I announced it to husband (we are LDM), he was super excited. Imagine, have your good news alone without husband besides you adalah sangat sedih. I is terharu bila husband calling me and said "Jaga baby baik-baik, jangan angkat berat-berat". Tahan je la masa tu sebab ada kat rumah mak mertua, nangis nanti mesti nampak pelik kan. Hehe

Saya buat UPT after SIL ask me to do so. Dia yang bawak saya pergi guardian and beli test kit. Thank you angah. Okay, malam tu memang tidur tak lena sebab takut result negative. Setiap jam terjaga. Dalam 5 am, saya rasa macam tak sabar then I woke up and did the test. Time tu if I'm not mistaken, my miss P already one week late. And saya dah start demam yang on off more than two weeks. Dah start uwek-uwek jugak. Bonda cakap dah lekat la tu. But I denied, maybe perubahan hormon. Sebab takut kalau terlalu mengharap, saya yang akan kecewa. 

Ok, continued. After 5 minutes I got the result. It's positive. Alhamdulillah. I took the picture of the two lines but sadly my phone buat hal. Semua gambar hilang. Tapi sempat mms to husband, cuma belum suruh dia send to me back. So, today entree adalah non-photos entree. Hehe. Next weeknya terus pergi check up at private clinic. And time husband balik, did the test at Klinik Kesihatan and buat appoinment for monthly check-up. 

Ada sekali masa appoinment dengan doctor untuk check kantung baby, time tu baru 9 weeks but nurse wrote as 13 weeks. Doctor repeat tanya dah berapa kali check positive. Sebab tak nampak baby, 13 weeks takkan tak nampak. Saya nervous sesangat time tu bila dia scan lama sangat sampai kerut-kerut muka dia tak nampak kantung. Ada la dalam 5-10 minutes. Dia tanya ada sakit perut ke. Dalam kepala, kenapa gugur ke. Nak nangis dah time tu. But finally Alhamdulillah, nampak kantung baby. But kena repeat dating scan 2 weeks after that (last week). Time ni tak sampai seminit dah nampak baby. Subhanallah. 

Dear baby, mommy and daddy cant wait to see you. Be good in mommy's womb ya. 

Till then, peeps. 

Tuesday, November 13, 2012

Hantaran

Hye lovelies. 

Hantaran for him adalah do it yourself. Tak berapa nak gah sebab pakai artificial flowers tapi sangat puas hati dengan hasil tangan sendiri. Thanks adik sebab tolong kakak dia setiap kali kekeringan idea. Ceh, padahal buat punyalah simple yang amat. Okay, tak nak cakap banyak. Tengok gambar ye.








Hantaran adalah 7 dulang berbalas 5. There are:
1. Shoes by Valentino Rudy
2. Kemeja, Belt and Wallet by Polo
3. New Ipad by Apple
4. Wedding Band 
5. Aku Terima Nikahnya by Hasrizal Abd Jamil
6. Perfume Set by CK Free
7. Choc Brownies - Secret Recipe

Till then, peeps. 

Thursday, November 8, 2012

Wedding Shoes

Hye lovelies.

Harini terus skip review pasal wedding shoes pulak. Sebab yang ni rasa senang sket nak cerita. Entri pun mesti pendek je. Hehe. Okaylah, heel yang saya pakai masa wedding sangat selesa. Kalau tak pakai socks lagi comfort la. Tapi memandangkan kaki tak berapa nak cantik, have to jugak la. Sebab bila pakai socks, bila jalan jadi licin pulak. Nak tercabut-cabut rasa tapi boleh cover la. Hehe. Untuk reception and tandang guna heel yang sama. Jimat kan. Takde la nak fikir nak pakai kasut apa. Nikah dalam rumah memang langsung tak pakai. Keluar layan tetamu after akad pun pakai selipar je. Hehe

Heel ni saya beli 4 days before wedding kat Pacific BP Mall dengan harga kalau tak silap lebih kurang dalam RM70. Yang penting memang not more than RM80 la. Murah je kan. Brand pun brand biasa je, Alain Delon. Time tu tunang yang pilih. Sekali je dia pilih terus saya berkenan. Sebab memang suit untuk wedding, color pun sama dengan color lace baju reception and tandang. Lucky lagi, match dengan sampin and tengkolok husband. Pandai dia pilih. Hehe. Tapi sekarang belum sempat nak pakai sebab tak pergi mana-mana. Esok lusa kalau dah kerja mungkin boleh pakai lagi. Itu pun kalau kaki tak membesar bagai juara la. Huhu





Sila abaikan kaki dan tangan yang tak berapa nak anggun. Fokus pada kasut je ye. Dengan harga yang berbaloi-baloi, boleh pakai untuk kesemua wedding event. Sangat jimat. Tak perlu pening kepala nak pakai kasut apa. Terjah je mall, mesti ada satu yang sangkut. Kalau nak nampak lagi sweet, boleh la DIY letak pearl ke kan. 

Till then, peeps. 

Wednesday, November 7, 2012

Bridesmaids

Hye lovelies.

Harini saya review pasal bridesmaids masa wedding. Supposed bridesmaid ada 6 orang semuanya. 4 with soft purple and the rest with dark purple. Konon nak nampak ada tone. But unfortunately, one of them tak dapat nak attend sebab tak dapat cuti. Sangat terkilan time tu tapi nak buat macam mana. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. 

The purple kurung modern saya suruh diorang pakai time reception. Masa akad saya suruh pakai jubah hitam je, yang part ni saya tak sponsor sebab masing-masing dah ada jubah sendiri. So, jimat kat situ. Hehe. Tapi yang attend 3 of them, lagi 2 sampai after akad sebab diorang travel dari Pahang. Kesian diorang datang dari jauh.










Semua bridesmaids adalah dikalangan BFF since sekolah and uni. Thank you so much sebab bagi kerjasama. To Ima, Suriya, Andik, Sue and Zue, terima kaseh banyak-banyak sebab jadi peneman setia kat bilik pengantin. Hilang semua nervous. Thanks jugak pada Mira and Maksu, kalau tahu bagi kain baju kat korang je kan. Mira at first memang nak bagi pada dia, tapi dia cakap time tu dia tak dapat datang sebab tak dapat cuti. At last, orang yang cakap tak dapat datang tu la yang tercongok depan muka. Happy sangat. Yang beria kata nak datang, batang hidung pun tak nampak. Adeh.

Again, thank you so much. And sorry kalau terkurang layanan ke apa. I love you to the max.

Till then, peeps.