Assalamualaikum and hye lovelies.
Sepatutnya awal-awal lagi dah post pasal backdrop nikah. Tapi sebab mula-mula haritu gambar tak ada, jadi terpaksa tangguh. Sebenarnya backdrop ni sesaja buat, takde dalam plan awal pun. Kononnya terlebih rajin survey do-it-yourself thingy and terjumpa pulak backdrop yang sweet and simple, tu yang terus berangan nak buat jugak. Walaupun masa majlis tak berapa nak cukup bahan, backdrop pun sepatutnya besar lagi menutupi wall belakang tapi sebab dah tak sempat, guna je apa yang ada.
Wheel paper ingatkan dah cukup, rupanya tak cukup. Same goes dengan tissue flower pun tak berapa nak cukup. Tapi masa nak buat dah takda, guna je la mana yang ada. Sofa and carpet bulu-bulu pulak saya beli dekat orang yang selalu bonda ambil perabot. Harga tak berapa nak ingat la tapi sebab after majlis boleh guna semula so tak termasuk dalam total burn. Hehe. 4 pasu bunga kakak ipar pinjamkan parents dia punya. So takde la nampak kosong sangat tepi tu. Bantal kecik-kecik color-color and bantal 'Mr' and 'Mrs' tu buat sendiri hasil pertolongan bonda dan my sister. Sarungnya pulak tempah jahit kat mak mertua abang. Settle. Hehe
Haa, begitulah gayanya. Props yang disediakan pun pengantin tak sempat nak guna. Tengok orang lain guna pun dah cukup happy. Tapi gambar takdelah pulak. Yang banyak gambar yang guna props bantal. Yang misai bagai tu tak jumpa carik la gambar. Hehe
Setakat tu dulu ya, esok sambung lagi.
Till then, peeps.
♥
5 Footprint (s):
cantik :))
@Diyana Hehe. Thanks dear.
@S.n.Fariza Thanks dear. :)
Suke ngan pillow tu ^_^
@iedaurora Thanks ieda. :)
Post a Comment