FOLLOWERS

Friday, September 20, 2013

Random Updates

Assalamualaikum and hye lovelies.

Dah berbulan tak update. Sejak dah ada baby, blog adalah sangat terabai. Banyak benda nak share tapi tak berkesempatan nak online selalu. Lagi pulak bila modem berukband rosak. Last-last terus terminate. Ini curi-curi online guna husband punya. Hehe. Okay, sebab dah lama tak update so kita update secara random je lah ye. Nak flashback one by one macam panjang sangat. Banyak entri nak kena buat kang.

Eid 13
Alhamdulillah, first time beraya bersama suami sekaligus bersama buah hati. Tema color hijau, husband excited beli kain untuk baby sekali. Malangnya pakai tak lama pun sebab Adra meragam masa first raya, maybe sebab panas. Last-last kat rumah orang tukar baju. Nasib la, mak nak cantik sekali anak pun terabai sekejap. Haha


Adra 1 to 4 Months Old
Alhamdulillah, semalam checkup Adra untuk 4 months. Dah 6.6 kg anak dara ni. I ingat berat dia turun sebab susut sekejap seminggu lepas gara-gara I takde selera nak makan. Hehe. Adra semakin bijak. I tinggal solat subuh sekejap, dia dah terjerit-jerit mintak susu. Kuat jerit anak dara ni sampai daddy dia geram. Haha

Dah pandai mengiring, baru nak belajar meniarap. Try-try tak dapat tunjuk perasaan marah kat orang. Sekali mommy try tiarapkan, kemain nganga lagi suka. Alahai. Pagi-pagi lepas subuh dah ajak borak. Dah penat nangis mintak bahagian. Haha. Adra ada habit bila time menyusu. I perasan, bila breastfeed dia, dia suka main kepala dengan telinga dia. Sangat cute. Try alihkan tangan, merengek pulak. Sekarang kalau tidur malam dah jarang bangun banyak kali. Selalu bangun sekali je mintak susu around pukul 3 ke 4 pagi. Mommy dengan daddy tidur dengan lenanya. Eleh. Daddy dia memang selalu lena je. Hehe. Lagi, Adra dah pandai ketawa terkekek-kekek kalau main kat leher dia. Geli sampai ketawa. Tapi susah sket nak dengar. Tapi sekali dia dah ketawa, sampai buat orang geram. Hehe. Pastu suka sangat masuk tangan dalam mulut, kadang-kadang time I susukan dia pun dia boleh lepaskan semata-mata nak masuk jari dia dalam mulut. Adoilah.








Esok nak travel jauh. Mungkin akan ada entri lagi dalam masa terdekat ni. Eceh. Hehe

Mommy and daddy love you, Adra.

Till then, peeps. 


Saturday, June 29, 2013

Labour Experience #2

Assalamualaikum and hye lovelies.

Sambung last entree ya. Hehe

24 May 2013
Awal pagi around 2 pagi, I dah start sakit contraction yang kaw-kaw punya. I catit dalam phone yang baterinya tinggal nyawa-nyawa ikan. Sebelum tu, husband jenguk I sekejap. Pujuk-pujuk baby suruh keluar hari tu jugak sebab baby macam main-main sekejap sakit sekejap tak. Hehe. Then husband tunggu dalam kereta, I suruh dia tidur dulu. Anything happen, I akan terus call je. Malangnya tak lama lepas tu, handphone I mati takde bateri. I dah risau takut deliver hari tu husband tak tahu. Huhu

Dalam pukul 3 lebih, I dah tak senang duduk tak senang baring. Sekejap I pergi toilet. Sekejap I bangun. Baring nak tidur tapi tak boleh. Masa contraction rasa macam nak push terus. Masa contraction datang, terasa macam ada something keluar. Macam air. I rasa macam air keluar sket. Pergi toilet check panties tapi tak keluar banyak pun. I pergi katil balik, duduk atas kerusi tapi rasa macam dah nak terberanak sangat dah. Mula-mula ingatkan taknak inform staff nurse sebab ada sorang yang duduk katil depan I dah sakit lebih kurang macam I tapi nurse layan tak layan je. Tapi sebab I memang dah tak tahan sangat, I terus pergi kaunter depan cakap kat sister contraction I dah kuat then keluar air. But I tak sure air ketuban ke apa. Setahu I air ketuban keluar banyak. Then sister tu suruh I pergi toilet pakai pad. Dia cakap nanti doc datang nak check banyak mana air keluar. I ikut je la apa yang dia suruh. Nak tahu apa jadi lepas tu? I pergi kaunter balik, harap doc cepat check I punya bukaan. But I kecewa sebab sister tadi suruh I baring semula kat katil sebab dia cakap contraction I tak kuat lagi. Sebab dia tengok I still boleh jalan. What the *? I dah nak terberanak dia cakap I still okay lagi. I ikut je la apa dia cakap. Sebab tak boleh nak buat apa dah.

Luckily, tak lama lepas tu staff nurse datang check patient punya bp. Masa turn I, dia cari jantung baby tapi susah sangat nak jumpa. Rupanya jantung baby I dah kat bawah. Memang low gila dah. Cepat-cepat dia suruh I pergi bilik check up. Alhamdulillah. Dalam hati cakap, nasib baik. Kalau tak, terberanak atas katil wad. Huhu. Then I pergi bilik check up, doc check bukaan I dah 5 cm. Terus boleh masuk labour room. I jalan pergi katil semula ambil baju baby semua. Pastu I buntu macam mana nak call husband. Bateri phone dah takde. Nasib baik ada kakak sebelah baik hati bagi pinjam phone. I call husband (ingatkan husband), cakap I dah nak masuk labour room, suruh dia naik sekarang. Suara sebijik husband, rupanya salah number. I siap termarah sebab orang tu cakap wrong number. I nak terberanak ni, I ingat husband main-main. Bila tengok balik memang salah number. Haha. Lepas tu baru dapat call husband.

Around 4.45 pagi, I dibawa ke labour room guna wheelchair. Sebelum sampai, husband I baru keluar lift. Nasib baik dapat jumpa sebelum masuk labour room. Kalau tak, mesti husband ternganga tak tahu nak tunggu kat mana. Hehe. Masa nurse tolak I, dia sempat pesan masa dalam labour room nanti kalau boleh buka ikatan rambut. Dia cakap, orang kata petua biar senang bersalin. 4.55 pagi, doc pasang ctg. Time tu I tak lepas sebut Allah Allah. Sakit yang tak tahu nak bayang macam mana. Nak nangis pun tak boleh. Air selusuh yang husband buatkan I tak sempat minum pun. Ada lagi I simpan sampai sekarang. Takpelah. Then staff nurse cakap baca doa Nabi Yunus supaya Allah permudahkan urusan I. Alhamdulillah lepas baca doa tu dah full dilate. Then doc pecahkan air ketuban. Means, masa dalam wad tu bukan air ketuban la yang keluar. 3 kali push Alhamdulillah baby keluar dengan selamat tepat jam 5.17 pagi. Dengar baby nangis sebak sangat rasa. Then I azankan baby atas dada. Tak lama lepas tu nurse ambil baby untuk dibersihkan.

Lepas dah selamat bersalin, I dibius untuk proses jahitan. Malangnya sebelum jahit, rupanya uri tak keluar habis. Ada sket yang tertinggal. Kena seluk lagi. Time tu terasa perut I kena godek-godek. Tak rasa sakit, tapi rasa tak selesa la kan. I rasa bius I dah habis baru proses jahit start. Sebab tu terasa macam sakit sangat masa jahit tu. Lebih sakit dari bersalin. Sebab bila dah keluar baby, sakit semua hilang. Tak sampai sejam selepas tu, siap jahit. Lega sangat. Say thank you pada doc and staff nurse yang bantu I. Alhamdulillah, yang sambut baby keluar cuma dua orang. Sorang doc perempuan and staff nurse. Takde la I segan sangat. Ceh. Tapi kalau dah sakit tak fikir dah yang sambut doc lelaki ke perempuan. Hehe

I tak tahu apa yang diorang buat after tu. Sebab ambil masa yang lama untuk transfer I ke wad. I tunggu lama gila. Dah la lapar. Around pukul 7.30 baru diorang bagi I minum milo panas. 8 lebih baru I dibawa ke wad. I ingat husband dah tahu I dah bersalin tak lama lepas tu. Rupanya dia tahu pun dah pukul 7 pagi. Itupun sebab nama I ditulis depan pintu labour room. Nasib baik lepas baby keluar I dah azankan dulu. Husband I azan and iqamatkan baby masa sampai wad. And bagi baby kurma sekali. Alhamdulillah. 

Bermulalah episod sebagai seorang ibu. I risau takut malam masa dalam wad I tak boleh handle baby sorang-sorang. Sangat mencabar sebab bila baby nangis lapar I tak tahu nak bagi apa. Susu I tak keluar lagi. Tapi I keep trying and ajar dia hisap puting. Tengah malam baru susu keluar. Tu pun yang jernih tu. Tapi time tu baby tak pandai nak hisap lagi. I just letak air sket kat bibir dia bagi hilang sket haus. I asek tengok jam, tak sabar nak esok. Tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak rest puas-puas. At least kat rumah ada orang tolong tengokkan baby. Dalam wad, kita handle sorang-sorang. Huhu

Seingat I, my baby dah pandai hisap start hari ke enam. Alhamdulillah. Nasib baik I tak sampai demam sebab kena bengkak susu. Setakat 37 hari berpantang ni, I rasa bersyukur sangat sebab husband and family I sangat membantu. Bila I rasa penat, mak and adik I takeover jaga baby. Masa minggu pertama, I terpaksa bagi baby formula milk sebab susu I tak banyak. I kena bagi jugak susu sebab baby kena kuning. Check kuning pun husband and mak I yang pergi. I memang tak larat nak pergi. Alhamdulillah, tak sampai seminggu kuning dah hilang. Siang, I ada mak and adik yang boleh handle baby bila I penat and tak larat sangat nak handle. Bila malam, husband I yang bangun buatkan susu untuk baby. Sekarang bila dah fully breastfeed baby, I tak risau sangat. I dah pandai sket-sket susukan dia sambil baring. Bila dah kenyang, part husband tolong burpkan baby. I sampai sekarang failed bab burpkan baby. Ambil masa yang lama sangat nak tunggu dia sendawa. Sudahnya I pass kat husband. Kalau husband kerja, I pass kat mak I. Haha

Sepanjang 37 hari berpantang, I baru dua kali keluar rumah. Konon pantang tak nak jejak tanah 44 hari. Haha. I keluar pun sebab repair jahitan masa hari ke-9. Ada gaping pulak. Sakit kena jahit yang first haritu pun tak baik lagi, kena pulak jahit kali kedua. Even kena bius, tapi terasa jugak sakitnya sebab jahit kat kulit kan. Adoi. Second time check up baby sebulan. Kalau ikutkan taknak pergi jugak. Tapi memang ibunya kena pergi check, kenalah jugak pergi. Kalau tak, pass kat husband je. Hehe





Our baby, Adra Madina. Mata sepet tak tahu ikut siapa. Mak bapaknya tak pulak sepet. Hehe. Husband siap tanya, masa kat hospital ada ke tertukar dengan baby sesiapa. Ada pulak sampai macam tu. Haha. Alhamdulillah, masa check up sebulan berat Adra dah 4.3 kg. Dah bambam sangat dah anak mommy and daddy. Melalak sekejap sebab kena inject masa dia sedap tidur. 

Semoga sentiasa sihat Adra. Mommy and daddy love you!

Till then, peeps. 

Friday, June 28, 2013

Labour Experience #1

Assalamualaikum and hye lovelies.

Sorry dah lama sangat tak update. Still dalam pantang, mood nak berblog tak berapa nak ada. 24 hours dengan baby. Hehe. Sebab dah ada yang tanya pasal labour experience semua, jadi I update la mana yang rajin untuk hari ni. 

21 May 2013
Pagi tu I hantar husband pergi kerja sampai depan pintu. Masa duduk kat sofa I rasa macam ada something keluar. I ignore sebab I fikir maybe just keputihan. Lagipun due I lama lagi. Ceh. Tak sampai 2 minit I masuk bilik semula then terasa nak check panties ada brown spot macam period. Cepat-cepat I call husband tapi I tak rasa I deliver haritu. So I just inform je la. Contraction pun belum terasa sangat. Sakit macam period pain. Tapi sebab first baby, mak I cakap pergi je hospital. Time tu abang and mak I yang hantar. Dia pesan kalau doc suruh balik ke apa nanti, cakap taknak. Boleh macam tu. Haha. Sebelum tu mak I sempat rendam akar fatimah. Kata orang tua-tua, kalau akar terus kembang maknanya tak lama dah nak bersalin. I punya akar fatimah tu kembang, tapi ambil masa jugak la. So, I memang tak rasa I deliver hari tu. Hehe

Sampai hospital, nurse check bp contraction semua tapi hampa. Baby time tu takde pulak nak mengeras ke, sakit pun langsung takde. Then doc seluk baru bukak 1 cm. Serious kecewa gila. Main-main baby I. Masa on the way kemain lagi dia sakit-sakit walaupun tak kerap. Doc check je, contraction just sekali in 10 minutes. Terpaksa balik semula sebab doc cakap anak first selalu lambat nak bukak jalan. I pun ya kan je la. Lagipun taknak la duduk wad lama-lama. Balik macam biasa, darah still keluar. Tapi doc dah pesan, it's just normal. So takdelah nak risau sangat. 

22 May 2013
Malam around pukul 9.30, I dah rasa lain macam. I rasa contraction dalam 5 minit sekali. Dalam hati, owh macam ni rasa contraction. I siap save dalam handphone masa contraction. Still boleh tahan lagi. I sempat makan nasi tapi tak banyak la. SIL cakap jangan makan nasi banyak sangat takut tak larat nak push sebab kenyang sangat. Hehe. Sebab dah rasa contraction 5 minit sekali and I takut terdeliver kat rumah ke apa, mak I suruh pergi hospital terus. Nasib baik husband I dah balik kerja, jadi dia yang hantar malam tu. Masa on the way, baby buat I cuak sebab contraction selang 5 minit sekali, kadang-kadang 4 and 3 minit sekali. Sakit contraction tu memang sakit la. Huhu. Sebelum masuk check up I mintak maaf siap-siap kat husband. Kat mak, family semua I dah mintak maaf awal-awal sebelum pergi tu. Huhu. Pada husband dah 2,3 kali mintak maaf. Mana tahu banyak dosa ke kan. Hehe

Sekali lagi doc seluk, jalan baru bukak 2 cm. Seriously, I macam okay fine. Masa doc check pun memang langsung takde contraction ke apa. Sekali lagi baby saja nak main-mainkan mommy dia. Hehe. Tapi I terus admit malam tu sebab doc cakap rumah I jauh. Takut apa-apa jadi masa dalam perjalanan. I admit pukul 2 pagi. Lepas masuk wad, sakit contraction still ada tapi masih boleh tahan. I sempat baca surah Maryam sekali. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan I bersalin.

Esoknya, I jalan-jalan kat dalam wad bagi cepat bukak jalan. I sempat baca surah Maryam 2 kali siang tu. Rasa macam dah tak sanggup nak duduk wad walaupun belum sehari lagi time tu. Lagi pulak tengok orang lain ada yang dah masuk labour room, lagi la rasa nak cepat-cepat selesai semua. Jelous. Sepanjang hari tu memang doc tak check apa-apa, just nurse check bp and contraction. Doc cakap memang depends pada contraction. Kalau contraction dah kerap and constant, baru seluk lagi. Nasib baik. Sakit okay kena seluk. Huhu. Setiap kali contraction datang, I bangun dari katil terus bawak berjalan banyak-banyak. Ke hulu ke hilir I bawak perut. Nak beranak cepat katakan. Hehe. Malam tu sister check contraction, baru 2 in 10 minutes. Hampa sekali lagi. Dia cakap, ni lama lagi nak deliver. Nak nangis dah time tu. Siap terfikir, I ni banyak dosa ke. Kenapa macam payah je nak bukak jalan. Huhu. Mak I cakap, maybe baby girl, dia nak make up dulu sebelum keluar. Tu yang lambat sket. Hehe

Awal pagi dalam pukul 2, I dah sakit contraction yang sakit sangat. Selang 2,3 minit je. Ya Allah, time tu baru tahu macam mana sakit contraction yang betul-betul sakit punya. Rasa macam nak terberak. Nak terus push pun ada time tu. Huhu. Time ni rasa macam ada a bit tak puas hati pada staff hospital tu.

Kita sambung next entree ya. Hehe

Till then, peeps. 

Wednesday, May 29, 2013

Presenting

Assalamualaikum and hye lovelies.

Alhamdulillah Jumaat lepas I selamat melahirkan seorang baby girl secara normal. Syukur sangat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Nanti I update lagi labor experience. Insyaallah.


Adra Madina Binti Taufik (Dara Cantik yang Indah)
Jumaat 24 May 2013
5.17 AM
2.69 Kilogram

Saturday, April 20, 2013

The Long Silence

Assalamualaikum and hye lovelies.

Rasanya dah genap sebulan tak update blog. Sebabnya takde mood nak update, malas nak bukak laptop, semuanya malas lah. Huhu. Ikutkan banyak cerita nak share tapi keadaan tak mengizinkan. Susah hati, sedih semua bercampur. Tapi takpelah. Mungkin Allah nak menguji sekuat mana I hadap sesuatu problem even sometimes I rasa tak kuat. Alhamdulillah, itu tanda Allah masih sayangkan I.

Sepanjang sebulan ni Alhamdulillah baby semakin aktif. Now dah entering 34 weeks. 6 weeks to go sayang. Kalau boleh nak baby keluar awal. Awal seminggu dua la sebab mommy dah tak sabar nak jumpa awak. Hehe. Boleh teman mommy hari-hari. Tapi barang mommy and baby belum 100% prepared. Ada yang belum beli. Hospital bag pun belum pack. Takpe, ada masa lagi beberapa minggu. *Sedapkan hati sendiri*

And last check up berat turun, hb pun turun. Sedih. Tapi takpelah, after check tu I try makan yang boleh naikkan hb. Jambu batu, kismis, epal hijau, jus delima segala. Tak tahulah result macam mana. Hopefully semua okay. Tunggu next week baru tahu berat and hb naik ke tak. Mintak-mintak naik la sket. Taknak la kena amek darah banyak-banyak. Kesian kat baby. Eh. Hehe. Part happy time nurse check perut, baby kemain aktif lagi bergerak. Agak mengganggu proses check up. Siap nurse tanya baby "Dah ke belum?" Hehe. Cute. Then bila nurse nak dengar jantung baby guna alat yang macam glass tu, tiba-tiba baby tendang. Haha. Nakal anak mommy. Kesian nurse sayang, terkejut dia. Hehe

Hope everything goes fine.

Till then, peeps. 

Tuesday, March 19, 2013

Husband's Birthday

Assalamualaikum and hye lovelies.

7th March haritu my husband's birthday. First time after our marriage. Excited nak celebrate tapi I takde idea nak buat macam mana. Then message la before that day, I cakap I teringin makan chicken chop. Konon je sebenarnya. Nak tengok reaksi dia. Husband replied, dia prefer lamb rather than chicken. Husband I memang kurang sket makan ayam kalau tak ye. Then, dari situ I dapat idea nak serve him lamb chop. Buat yang simple-simple je la. Nak candle light dinner bagai memang susah sket. Buat kat rumah je la senang. 

Celebrate pun lambat sehari sebab husband cuti on 9th. Kiranya 8hb malam tu baru dia balik. I dah susun jadual siap-siap, pukul berapa nak masak lamb, pukul berapa nak putar telur buat cake. Hehe. Gigih kononnya. Nak bagi yang mahal-mahal, I tak keje memang nan hado la. Jadi buatlah apa yang termampu. I gigih jugak google recipe lamb chop, whipped potato, coleslaw bagai tu. Kemain lagi. Nasib baiklah menjadi. I ada jugak do-it-yourself birthday card for him. Memang simple sangat sebab dah tak tahu nak buat macam mana. Takpelah, yang penting I ikhlas buat untuk dia. Hope husband suka, baca pun curi-curi haritu. Malu katanya. I ingat dia tak baca. Baru nak merajuk. Hehe



I buat 28 colorful loves, kononnya simbolik umur husband dah 28 years old. Mengada kan. Hehe. Gambar last ada tshirt JDT, tu present from my mom. Kemain bonda I, nak surprise jugak. I dah setel masak semua baru bonda cakap dia ada present untuk husband, dah beli awal ritu tapi saje taknak bagitahu I. Kemain sayang lagi kat menantu dia. I pun tak dapat hadiah camtu tau. Ecehh. Hope husband suka. Baru sempat basuhkan baju tu haritu. Belum sempat lagi nak pakai.


Inilah cake and lamb chop yang I buat untuk celebrate. Kemain besar lagi cake. I buat butter cheesecake je. Sejam dua dah siap. Lamb chop tu lama jugak la, sebab first time buat. Tapi whipped cream dengan coleslaw malam before tu dah buat and letak dalam fridge. Siang tu tinggal buat kuah dia je. Fries confirm lah frozen punya. Hehe. Lamb chop nampak tak menyelerakan tapi rasanya not bad tau. Husband I licin makan. Dia siap cakap patutlah tanya prefer chicken ke lamb? Rupanya ni awak buat. Hehe. Then dia cakap, selama ni dia tak pernah makan whipped potato and coleslaw sampai habis, malah kitorang pun jarang makan KFC tapi dia boleh habiskan yang I buat. Means? Hehe. Thank you husband. Terharu I dengar. 

Before tu, after isyak I dah siap pakai cantik-cantik nak sambut husband balik. Kunci pintu bagai. Konon nak nyanyi la untuk dia bila dia sampai. Plan dengan anak-anak buah I. Bila dia sampai memasing dah ready. Tapi I terlebih excited, pegang cake then just wish je. Husband I terkejut. First terkejut sebab I buat surprise kot. Second sebab I melompat sambut dia balik dengan cake kat tangan. Kemain lagi dengan perut terboyot kau melompat kan. I pun tak perasan sebenarnya I melompat. Benda spontan memang I tak expect langsung. Nasib baik takde pape. Tergelak kitorang after tu. Bila I ajak dia makan, dia cakap kejap. I terus tarik tangan dia pergi dapur. Muka husband agak speechless la sebab I gigih buatkan dia lamb chop. Before that day dia asek message I, dia cakap kalau dapat lamb chop ni sedapnya, terliur dia. Muka macam terharu la kan. Tersenyum-senyum I tengok. Cehh.

Again, happy birthday husband. Semoga setia hingga hujung nyawa. We love you till the end.

Till then, peeps. 


Friday, March 15, 2013

Check Up at KK

Assalamualaikum and hye lovelies.

Semalam routine check up at Klinik Kesihatan. Malangnya husband tak dapat teman sebab baru je cuti 3 hari. Sedih. Mengada. Hehe. Jadi adik I teman. Sebenarnya pergi sorang pun boleh je, tapi I selalu nak pitam kan. Takutlah apa-apa jadi. 

Macam biasalah. Tunggu dalam 10 minit baru nurse panggil. Jadi issue lagi pasal berat. I masih tak boleh terima timbang berat kat klinik ibu dan anak tu. Padahal memang dah gemok. Haha. Beza dengan I timbang sampai 3-4 kilo. Lepas timbang kat situ, I try timbang kat klinik pesakit luar. Sama dengan yang I timbang. Tapi kenapa masa timbang kat klinik ibu dan anak jadi lain pulak? Why? Tak pasal I kena marah sebab berat naik 1.6 kilo dalam masa 2 minggu. Dah la takde selera makan, berat naik kemain lagi. Hangin pulak rasa. I tak puas hati tanya kat nurse.

Me: Nurse, timbang sini memang berbeza dengan tempat lain ke?
Nurse: Beza dekat mana tu?
Me: Kat klinik pesakit luar.
Nurse: Saya pun tak sure. Tapi kalau ikutkan kat sini lagi tepat sebab ada (nurse sebut apa entah I tak dengar. Break ke hape namanya. Haha). Kalau kat sana dinamik punya.
Me: Takdelah, saya dah la makan pun tak selera. Tapi naik banyak jugak.
Nurse: Tula. Saya pun takut jugak kalau salah. Tapi takpe, tak naik banyak sangat-sangat pun. Cuma lebih sket je. 

*Nak sedapkan hati I lah tu* Hehe

And result minum air gula dah keluar. I takde kencing manis. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Walaupun I rasa since pregnant I suka makan benda manis-manis. Ada chance tak nak dapat baby gurl? Hehe. Start last Saturday dah kena 'count-to-ten' gerak baby. So far Alhamdulillah. Baby semakin aktif kicking mommy dia. Sometimes bila baby diam I kacau and dia bagi respons tendang-tendang. Dah pandai buat aksi ombak-ombak, somersault semua. Main taknak stop. Tapi kalau dia diam, I pulak yang rindu. Hehe. Selalu time malam-malam macam ni, dia senyap je. Time I nak tidur barulah dia sibuk kacau geli-gelikan I. Hai lah anak. Geram sangat. Tak sabar nak tunggu dia keluar nak gomol-gomol. Hehe

Semoga baby and mommy sihat sampai deliver. Ameen.

Till then, peeps. 

Wednesday, March 13, 2013

Latest Update on 28 Weeks

Assalamualaikum and hye lovelies.

Last week adalah minggu yang agak busy. Dengan preparation for husband's birthday (nanti update other entree) on Friday, Saturday husband ajak pergi beli barang baby kat Melaka and Sunday bonda buat kenduri doa selamat untuk I sebab kandungan dah 7 bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. I tolong apa-apa yang patut. Mak buyong dua orang yang gigih memasak. I and wife abang. Nasib baik tak pengsan. Hehe. Thanks husband jugak sebab sudi tolong I buat rojak buah. I paksa dia potong-potong buah. First time okay tengok dia pegang pisau. Selama ni tak pernah tengok. Hehe

On Saturday, husband ajak beli barang baby kat Melaka. Kebetulan dia pun nak jumpa member dia so sekali harung la. Pergi Jusco Aeon je, tu pun nasib baik I tak pitam masa shopping. Mata dah gelap masa tengah carik barang, husband hilang sekejap pergi customer service. Then I sorang-sorang. Ingatkan gagah, rupanya idok. Nasib baiklah I jumpa tempat duduk area tempat main budak-budak kalau tak, tak tahu la jadi apa kat I. I kadang-kadang pun sedih jugak sebab takut orang fikir I ngada-ngada. Berjalan sket tak larat. Nak buat macam mana, bukan I suka-suka pun. I kalau boleh nak cergas aktif setiap masa. Tapi dah bahagian I. Ada la orang perli-perli, bandingkan I dengan kakak ipar. Dia boleh cakap dia macam kakak ipar I tu, masa ngandung aktif. Cergas je. Sebab tu senang bersalin. Then dia cakap lagi, nanti kakak ipar I tu senang bersalin sebab lincah je. I dengar je la dia cakap. Sedih pun ye jugak. I redha la kalau dah bahagian I bukan sama macam dia. I mampu doa je la semoga Allah permudahkan I bersalin. At least I pun ada usaha jugak.

Eh, apsal emosi pulak. Hehe. Husband I paling excited pilih barang baby. Dari awal lagi suruh I prepare checklist untuk baby. I pun apa lagi, pagi tu cepat-cepat print checklist. Tapi kitorang beli mana yang penting-penting dulu. Beli baju pun sket sebab husband cakap nanti bila dah deliver baru beli lagi. Lagipun gender tak tahu kan, after deliver dah tahu gender senang nak pilih. Hehe. Hari tu rambang mata, yang boy punya ke girl punya pun semua nak grab. Tapi kang yang keluar nanti yang sebaliknya kan dah membazir. Jadi, beli beberapa helai je yang unisex punya. Geram tengok baju comel-comel. Hehe. Barang-barang untuk mommy belum beli lagi. I tanya husband.

Me: D, barang untuk mommy takde ke?
Husband: Takde *Dengan muka slumber*
Me: Ok, fine.

Haha. I jeles la sebab semua barang baby je. Barang I satu pun takde. Nak kena prepare jugak kan for hospital bag. Husband cakap next month la barang I pulak. Yelah husband, menurut perintah. Lagipun I saje je sebenarnya. Nafsu terlebih nak shop barang baby, barang sendiri lain kali pun takpe. Husband offer nak belikan handphone baru pun I tolak. Konon isteri mithali katanya, taknak susahkan husband. Eceh la kan. Hehe



Rak-rak ni I tak beli pun, kawan bagi hadiah kahwen. Daripada duk dalam kotak and I pun tak payah la susah-susah fikir nak susun barang baby kat mana, jadi guna la. Happy mommy. Hehe. Kalau yang keluar gurl, memang dah kena la dengan color tu. Cuma nasib la kalau yang keluar tu boy. Lagipun rak je kan. Tak kisah la color apa pun. Hehe. Eh, nanti nak la jugak beli drawer ke untuk baju baby, takde la berhabuk kan. Berangan je dulu. Hehe


Semalam pergi scan, nak tengok development baby. Alhamdulillah berat baby dah 1.3 kg. Doc cakap sepatutnya 1.3 kg berat baby masa 29 weeks, so normal la. Kepala baby dah kat bawah. Placenta pun dah naik atas. Syukur sangat-sangat baby sihat. Doc scan part muka dia cover lagi dengan tangan tapi nampak mata dia tengah kenyit-kenyit. Kenyit kat dedi la tu. Hehe. Jantung pun sihat Alhamdulillah. Baby aktif tengah main-main tangan dia. Doc tunjuk tulang belakang, kaki, tangan, hidung husband cakap kembang sama macam mommy dia. Macam lah dia mancung sangat. Hehe

Then semalam husband ajak tengok Rock Oo. I part yang mula-mula ada budak perempuan lari-lari tu I dah gelak sakan. Padahal takdela lawak pun. I pun tak tahu nape I gelak. Hehe. Tapi cite memang best la. I dengan husband asek gelak je. Baby pun tendang nak join jugak, tak berenti sampai habis cite. Alahai anak. Sebelum tengok wayang tu, I pujuk husband beli baju baby sehelai je.

Me: D, beli la baju baby sehelai lagi. Please.
Husband: Okay tapi sehelai je. 

*I terus shoot ke tempat barang-barang baby*

Husband: B, yang ni cantik. Ambik yang ni la. *Sambil tunjukkan I rompers*
Me: Aah, cantik. Okay, settle.
Husband: B, ambik la lagi sehelai baju untuk malam.
Me: D, kata sehelai je. Nape geram eh tak boleh tengok?
Husband: Aah la.

*I gelak dalam hati* Haha

Akhirnya. Dia pulak yang over.

Till then, peeps. 

Tuesday, March 5, 2013

Perempuan Sama Perempuan

Assalamualaikum and hye lovelies.

I rasa terpanggil nak share something yang rasanya semua perempuan melaluinya. Belum kahwen ke, dah kahwen ke. Cuma sometimes I rasa annoying dengan segelintir yang tak paham or buat-buat tak paham or rasa diri dah bagus sangat bila hidup dia bahagia. Perfect dah dia rasa agaknya. Eh. Tak marah. Cuma rasa macam kau-dah-kenapa. Haa gitu.

Ini bukan sesi mengumpat, just I nak kita sesama perempuan lebih alert dengan perasaan orang lain especially yang sama jenis lah kan. I ada sorang kawan, takde lah rapat mana pun dengan dia. Masa sekolah pun just bergurau bertepuk tampar tu biasalah. Then dia antara orang yang terawal kahwen berbanding kitorang yang rapat-rapat ni. Kitorang ni jenis open minded, happy bila dia get married, bila dia share dia dah pregnant segala bagai tu. Allah dah aturkan hidup dia smooth je perjalanannya. I tumpang happy. Cuma kitorang yang berenam ni ada lah cakap-cakap belakang, I mula-mula takdelah nak cerita. Tapi bila sorang dah start, I apa lagi. Hehe. Kawan I ni sebenarnya I tak tahu apa masalah dia, sibuk sangat nak tahu bila kitorang nak kahwen. Setiap kali tegur, topic tu je la yang selalu dok keluar dari mulut dia. Mula-mula takde lah kitorang nak marah ke apa. Tapi kalau dah everytime nak busybody, orang lain pun meluat kot. Ada la beberapa orang yang dah kahwen, dia sibuk tanya bila nak ada baby macam dia. I pun like kau-dah-kenapa? Tanya macam takde perasaan. I yang emo tau tak. Padahal time tu I belum kahwen pun lagi tapi emosi mengalahkan orang dah kahwen je. Hehe

I bukan apa, I takut sebenarnya berdepan dengan orang macam ni. Sebab tu I kalau boleh nak elak jumpa dengan dia walaupun I dah pregnant. I tak tahu kenapa ada perasaan macam tu. Tapi takde lah I benci dia ke apa. I dengan kawan-kawan rapat I pun tak pernah keluarkan soalan direct like kau-bila-lagi-nak-kahwen or bila-lagi-nak-ada-baby-macam-aku. Haa gitu sekali. Sebab kitorang paham each other. Gurau-gurau kasar biasa lah tapi takde lah sampai nak tanya macam tu. Boleh sentap tau.

Ada lagi satu masa majlis I last year, dan-dan lepas majlis ada lah sorang makcik ni duk sibuk cakap menantu dia dah get pregnant. Motip? I masih dengan baju pengantin okay. Macam takde masa lain je nak cakap. Kahwen memang kena terus buat anak ke macam mana eh? I pun naik tak paham la mentaliti orang kita ni. Asal kahwen, esok lusa dah tanya dah ada isi ke? Kalau I ni takde hati, takde rasa hormat nak je I jawab "Kalau boleh hari ni kahwen, esok saya dah nak mengandung". Gila tak gila jawapan macam tu. Hehe. Mungkin I tak rasa banyaknya soalan dari kepochi-kepochi pasal anak, tapi I sebagai perempuan ada perasaan bila orang dok sibuk tanya pada orang yang dah kahwen tapi belum dikurniakan baby lagi. Sebab tu I tak pernah tanya, dah ada baby ke belum? Tak pernah. Sebab I tahu, soalan tu sangat sensitif. Sangat tahu tak.

I yang bunting pelamin pun orang dok sibuk pertikaikan. Tak penat agaknya eh asyik nak carik point je. Siap pandang husband I then "Sharp shooter lah ni". Amboi, bukan main lagi nak malukan orang. Tu belum kira lagi masa pregnant. Kecik perut la, breast besar la. Alahai. Kalau namanya perempuan memang asyik sibuk dengan kelemahan orang je eh. Tak paham. Kita kalau boleh sesama perempuan ni paham la each other. Jaga hati masing-masing. Tak rugi apa-apa pun. Bukan langsung tak boleh tanya, tapi tengoklah tempat keadaan waktu semua. Jangan main direct je.

Eh. Emosi pulak. Hehe

Till then, peeps. 

Sunday, March 3, 2013

Mengidam dan Teringin

Assalamualaikum and hye lovelies.

Bercakap pasal mengidam dan teringin ni, I rasa banyak sangat kot. Tapi bonda cakap mengidam sekali je, yang selebihnya tu teringin atau secara kasarnya nafsu semata-mata. Haha. Okay fine. Tapi I memang teringin satu benda tu je. Kalau tak dapat time tu I rasa macam nak nangis. Tahu tak apa? Pisang goreng. Tapi I taknak kat tempat lain. I nak yang kat situ je padahal sebelum ni tak pernah pun makan pisang goreng dari kedai tu. Suruh kakak ipar belikan sebab dia kerja area situ. First day I bagitahu dia, dia cakap esok. Tunggu esok, bila nak beli dah habes. Memang takde rezeki. Last-last husband jugak yang dapat belikan time dia cuti. Nampak tak permainannya di situ? Baby memang nak dedi dia jugak yang beli. Demand sangat. Hehe

Yang selebihnya, I teringin yang senang-senang je. Maksudnya yang senang carik atau yang boleh buat sendiri kat rumah. Sampai sekarang kot dah 3rd trimester, banyak yang teringin. Tapi bila dah dapat, makan pun sket je. Takdelah melahap macam orang tak pernah makan. Hehe. Antara makanan yang I teringin, seingat I la:

1. French Fries - Tak kisah la McDonald punya ke yang kat mall ke, janji fries. I sorang pun boleh habes. Cuma kadang-kadang husband makan lagi banyak dari I sebab dia hantu fries. Haha

2. Oreo Mcflurry - Sepanjang pregnant sekali je makan sebab I cakap kat husband I boikot McDonald. Haha. Kalau boleh nak makan setiap hari or setiap minggu tapi dah dapat sekali takdelah I dok teringat sangat kan.

3. Yong Tau Fu - I mintak husband belikan yong tau fu kat pasar malam. Bukan main lagi I amek banyak-banyak. Last-last I makan takdelah banyak sangat pun. Yang lebih terbuang je, husband tak sentuh pun. Huhu

4. Nasi Ambang - Kalau kat Johor memang terkenal dengan nasi ambang. Ada ayam ungkep, serunding, sambal goreng, sambal belacan dengan urap daun ubi. Nasib baik ada jual kat pasar lambak tempat I. Yang ni kalau boleh setiap minggu I nak beli, tapi kadang I malas nak kuar, jadi bila rajin je la I beli. Sepanjang pregnant memang dah banyak kali makan. Harap baby tak ngences. Hehe

5. Kue Tiaw Kawah - First masa I teringin nak makan, I ajak husband pergi pasar malam tapi malangnya kue tiaw kawah kat situ tak menarik perhatian langsung. Last-last beli char kue tiaw. After that day, dapat jugak kue tiaw kawah kat pasar lambak tempat I. Sebulan sekali mesti nak beli. Macam ketagih pulak. Hehe

6. Rainbow Cake - Dah lama I cari baker yang jual rainbow cake since time tu tengah hot pasal rainbow cake. Last terpaksa beli yang 1 ke 2 kilo tu sebab tak tahu dah nak carik kat mana. Nasib baik husband kata takpe. Tapi I makan 1 slice je. Tu pun kuar balik. Selebihnya orang lain yang makan. Huhu

7. Durian Crepe - Mula-mula husband offer nak belikan time konvo kat Terengganu tapi time tu I tak teringin langsung pun. Lepas tu la baru tergedik-gedik teringin. I beli 2 pack sebab nak beli 1 pack macam tak berbaloi sebab I self pick up jauh dari rumah. I makan 1 je, yang lain husband yang makan. Kemain lagi mengalahkan wife dia. Pastu sibuk tanya bila I nak order lagi. Malas layan. Haha

8. Udang Galah - Part ni payah sket la sebab merata tempat carik tak jumpa. Sampai suruh Kak Long I carik kat Teluk Intan. Last week I pergi rumah dia then dia ajak carik kat market. Kitorang bertiga bonda, Kak Long dengan I carik tapi tak jumpa. Takde rezeki I la. Then husband cakap ada la. Sebab dia carik area belah kanan. Kitorang pergi carik area belah kiri je mana lah nak jumpa. Haha. Tengok? Nak dedi dia jugak yang belikan. Hehe

9. Mangga - Ala mangga kuning yang sedap tu. Bukan pelam tau. Eh. Yang ni lama jugak baru dapat. Teringin dari last year lagi. Usha area tempat I ni bukan main payah lagi nak jumpa. Last kirim abang suruh belikan kalau dia cuti and singgah R&R. Rasanya dia beli kat R&R Pagoh kot. I tinggal makan je, tak tanya-tanya dah beli kat mana. Hehe

10. Rambutan Gading - Rambutan gading yang color kuning tu. Nasib baik ada kat rumah abang I. Memang mintak dia amekkan je la. Sampai terbatuk-batuk I kerjakan. Dapat rambutan biasa pun I telan je. Huhu

Rasanya macam banyak lagi makanan yang I teringin. Tapi yang ingat ni je. Nanti kalau ingat, I update lagi ye. Kemain banyak lagi teringin. Mentang-mentang pregnant, semua pun nak teringin. Tapi 1 je makanan yang I teringin tapi tak boleh makan. Buah nenas. Serious sangat teringin tapi sebab fikir baby, I tak berani nak sentuh. Dah la abang I hantu nenas, terliur je tengok dia makan. I tahan je. Takpe-takpe, tunggulah nanti. Hehe

Till then, peeps. 

Saturday, March 2, 2013

26+ Weeks Check Up

Assalamualaikum and hye lovelies.

Last Thursday, I pergi monthly check up. Macam biasa, my husband hantar. Cuma kali ni routine check up diawalkan sebab I kena minum air gula. Pukul 8 pagi dah terpacak depan KK. Sambil-sambil tunggu nama dipanggil, baby pun bukan main lagi tendang-tendang perut mommy dia. Mungkin sebab I rasa nebes nak minum air gula, tahap berapa la kemanisan dia kan. Malam tu pukul 11 I start puasa, nurse suruh start pukul 10 tapi I mengelat sejam. Hehe. Sebelum minum air gula, routine check up dulu. Terkejut sebab dua kali I timbang berat naik sekilo from last month. Hari rabu I timbang jugak, still the same. Tapi bila nurse timbang, naik 4 kilo. Terkejut gila kot. Habislah I kena lepas tu, kena kurangkan makan karbo. I heran sebenarnya macam mana boleh lari jauh sangat sampai mendadak macam tu. Padahal selera makan pun takde. Sobss. Cuma yang I perasan, lately I suka makan roti gardenia yang flavor jagung tu. Tapi takde la I makan hari-hari. Mungkin sebab tu kot. Takpe la, next 2 weeks check up lagi tengok macam mana, mungkin timbang tu salah agaknya. Cehh.

After amek darah yang pertama, terus minum air gula. Mak aihh, bukan main manis lagi. Segelas besar pulak tu dia bagi. Lepas minum semua perasaan ada, nak pitam ada, sakit perut ada, seram sejuk ada, nak muntah pun ada. Mintak-mintak semua okay la. Tanak la ada kencing manis ke apa. Sian kat baby. Dah la nurse cakap dia kecik je. Dah nak masuk 7 months pun kecik. I terus risau. Sebab bila nurse nak dengar jantung dia, bukan main payah lagi sebab baby kecik sangat. Thats why susah nak carik jantung dia. Next week nak try pergi scan kat private, nak tengok macam mana. Nak tengok uri sekali, sebab last scan low lying placenta. Hope sekarang dah naik atas. Ameen.

Today dah 27 weeks pregnancy, next week dah genap 7 months. How time flies. I dah rasa tak sabar nak deliver walaupun dengar cite pengalaman orang yang macam-macam. Hope dapat bersalin masa bila dah full term. Kalau boleh cepat seminggu or dua minggu before EDD pun okay sebab nak elak pantang masa puasa. Boleh pulak macam tu kan. Hehe. Semoga both baby and mommy sihat sepanjang pregnancy and sampai deliver. And harap masa 7 months nanti, selera makan dah  bertambah and takde muntah-muntah lagi. Huhu

Oh ye, next week birthday my husband. But I ni sangatlah tak pandai nak surprise-surprise bagai. Tak tahu nak buat apa sebenarnya untuk celebrate. Harap larat la nak baking cake sendiri. Nanti I update ye. Hehe

Till then, peeps. 

Thursday, February 21, 2013

Boy or Girl?

Assalamualaikum and hye lovelies.

I'm already in 26 weeks pregnancy. Ramai yang tanya "Scan gender tak?" I pernah lah scan kat private masa 21 weeks, tapi actually bukan nak scan gender pun. Just scan nak tengok development baby, lagi pulak time tu I demam. Sekali harung lah. Tapi baby ni kemain lagi nak cover semua. Tak clear la bebird or flower masa doc scan. I suka doc tu sebab dia seboleh-boleh nak tunjuk muka baby. 

"Jap ye, saya cuba carik muka baby awak."

"Ala, baby awak taknak tunjuk muka la, dia cover dengan tangan."

I tanya, " Doc, baby senyap je. Tidur ke?"

"Mungkin la, senyap je. Selalunya kalau time-time macam ni baby melompat-lompat". Nampak sangat baby I pemalu. Perempuan kot, pemalu macam mommy nya. Cehh. Sebenarnya I tak kisah baby boy or girl, janji sihat Allah permudahkan masa deliver I dah bersyukur sangat. Klise tak? Hehe. Tapi ramai la dok tengok perut I then,

"Keciknya perut, macam tak ngandung, macam just buncit je."

"Tengok perut macam baru 2, 3 bulan je. Perut bulat rasanya baby boy ni."

"Tengok perut macam baby boy."

Masa awal-awal pregnant, husband la dok sakat. "Muka macam makin cantik, baby boy ni." Husband I kalau boleh memang nak baby boy walaupun dia cakap sebenarnya dia tak kisah. Tapi setiap kali I makan, kengkadang berterabur makanan mesti dia kaitkan dengan baby boy. I pun naik tak paham. Tak tahu la apa kena mengena. Haha. I pun ia kan je la. And sekarang ni ramai yang dok cakap perut I kecik sangat. Kengkadang I emo jugak tak tahu kenapa. Haha. Takpelah kecik pun. Tu pun I dah rasa mengah. Huhu

Agak-agak baby kami boy or girl?


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Macam more ke arah perempuan kan? Tapi ni just tanda je. Tak berapa nak percaya sangat pun. Kalau beli barang baby pun, husband cakap beli yang unisex. Dua-dua boleh pakai. Sampai sekarang pun belum beli barang baby lagi. Next month kot baru start beli. Tapi dah usha-usha, gatal tangan je nak amek tapi sabar. Hehe

Doakan I and baby sihat ye. Morning sickness tak hilang lagi. Jeles tengok orang makan sedap-sedap. Huhu

Till then, peeps.