FOLLOWERS

Wednesday, March 13, 2013

Latest Update on 28 Weeks

Assalamualaikum and hye lovelies.

Last week adalah minggu yang agak busy. Dengan preparation for husband's birthday (nanti update other entree) on Friday, Saturday husband ajak pergi beli barang baby kat Melaka and Sunday bonda buat kenduri doa selamat untuk I sebab kandungan dah 7 bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. I tolong apa-apa yang patut. Mak buyong dua orang yang gigih memasak. I and wife abang. Nasib baik tak pengsan. Hehe. Thanks husband jugak sebab sudi tolong I buat rojak buah. I paksa dia potong-potong buah. First time okay tengok dia pegang pisau. Selama ni tak pernah tengok. Hehe

On Saturday, husband ajak beli barang baby kat Melaka. Kebetulan dia pun nak jumpa member dia so sekali harung la. Pergi Jusco Aeon je, tu pun nasib baik I tak pitam masa shopping. Mata dah gelap masa tengah carik barang, husband hilang sekejap pergi customer service. Then I sorang-sorang. Ingatkan gagah, rupanya idok. Nasib baiklah I jumpa tempat duduk area tempat main budak-budak kalau tak, tak tahu la jadi apa kat I. I kadang-kadang pun sedih jugak sebab takut orang fikir I ngada-ngada. Berjalan sket tak larat. Nak buat macam mana, bukan I suka-suka pun. I kalau boleh nak cergas aktif setiap masa. Tapi dah bahagian I. Ada la orang perli-perli, bandingkan I dengan kakak ipar. Dia boleh cakap dia macam kakak ipar I tu, masa ngandung aktif. Cergas je. Sebab tu senang bersalin. Then dia cakap lagi, nanti kakak ipar I tu senang bersalin sebab lincah je. I dengar je la dia cakap. Sedih pun ye jugak. I redha la kalau dah bahagian I bukan sama macam dia. I mampu doa je la semoga Allah permudahkan I bersalin. At least I pun ada usaha jugak.

Eh, apsal emosi pulak. Hehe. Husband I paling excited pilih barang baby. Dari awal lagi suruh I prepare checklist untuk baby. I pun apa lagi, pagi tu cepat-cepat print checklist. Tapi kitorang beli mana yang penting-penting dulu. Beli baju pun sket sebab husband cakap nanti bila dah deliver baru beli lagi. Lagipun gender tak tahu kan, after deliver dah tahu gender senang nak pilih. Hehe. Hari tu rambang mata, yang boy punya ke girl punya pun semua nak grab. Tapi kang yang keluar nanti yang sebaliknya kan dah membazir. Jadi, beli beberapa helai je yang unisex punya. Geram tengok baju comel-comel. Hehe. Barang-barang untuk mommy belum beli lagi. I tanya husband.

Me: D, barang untuk mommy takde ke?
Husband: Takde *Dengan muka slumber*
Me: Ok, fine.

Haha. I jeles la sebab semua barang baby je. Barang I satu pun takde. Nak kena prepare jugak kan for hospital bag. Husband cakap next month la barang I pulak. Yelah husband, menurut perintah. Lagipun I saje je sebenarnya. Nafsu terlebih nak shop barang baby, barang sendiri lain kali pun takpe. Husband offer nak belikan handphone baru pun I tolak. Konon isteri mithali katanya, taknak susahkan husband. Eceh la kan. Hehe



Rak-rak ni I tak beli pun, kawan bagi hadiah kahwen. Daripada duk dalam kotak and I pun tak payah la susah-susah fikir nak susun barang baby kat mana, jadi guna la. Happy mommy. Hehe. Kalau yang keluar gurl, memang dah kena la dengan color tu. Cuma nasib la kalau yang keluar tu boy. Lagipun rak je kan. Tak kisah la color apa pun. Hehe. Eh, nanti nak la jugak beli drawer ke untuk baju baby, takde la berhabuk kan. Berangan je dulu. Hehe


Semalam pergi scan, nak tengok development baby. Alhamdulillah berat baby dah 1.3 kg. Doc cakap sepatutnya 1.3 kg berat baby masa 29 weeks, so normal la. Kepala baby dah kat bawah. Placenta pun dah naik atas. Syukur sangat-sangat baby sihat. Doc scan part muka dia cover lagi dengan tangan tapi nampak mata dia tengah kenyit-kenyit. Kenyit kat dedi la tu. Hehe. Jantung pun sihat Alhamdulillah. Baby aktif tengah main-main tangan dia. Doc tunjuk tulang belakang, kaki, tangan, hidung husband cakap kembang sama macam mommy dia. Macam lah dia mancung sangat. Hehe

Then semalam husband ajak tengok Rock Oo. I part yang mula-mula ada budak perempuan lari-lari tu I dah gelak sakan. Padahal takdela lawak pun. I pun tak tahu nape I gelak. Hehe. Tapi cite memang best la. I dengan husband asek gelak je. Baby pun tendang nak join jugak, tak berenti sampai habis cite. Alahai anak. Sebelum tengok wayang tu, I pujuk husband beli baju baby sehelai je.

Me: D, beli la baju baby sehelai lagi. Please.
Husband: Okay tapi sehelai je. 

*I terus shoot ke tempat barang-barang baby*

Husband: B, yang ni cantik. Ambik yang ni la. *Sambil tunjukkan I rompers*
Me: Aah, cantik. Okay, settle.
Husband: B, ambik la lagi sehelai baju untuk malam.
Me: D, kata sehelai je. Nape geram eh tak boleh tengok?
Husband: Aah la.

*I gelak dalam hati* Haha

Akhirnya. Dia pulak yang over.

Till then, peeps. 

12 Footprint (s):

cha said... Reply To This Comment

Wah gigihnya u masak semua tau. Nanti update bday hubby u tau :)

Haha cite Rock Oo lawak giler kan. I dh 2 kali tgk dh huhu

SarahSyafiq said... Reply To This Comment

syokkan bila shopping brg2 baby. comel2 semuanya..
rock oo memang super best.gelak sakan.sian kat baby.huhu

Schaz said... Reply To This Comment

my hubby tak minat shopping barang baby, tapi die suke ajak g scan baby..asik2 tanye bile kite nak g scan baby lagi ek? hihii

Cik Puan Tqah said... Reply To This Comment

hoho..mesti excited kannnn.. mmg syok beli brg baby

Cik Puan Rara said... Reply To This Comment

omeinya rak pink.ala biasalah.bila dh ada ank.hal anak je dulu.kite kemudian2.hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cha Masak yg senang2 je dear. Yang susah2 I pass kt org lain. Hehe.

Kan? Best sgt. Tak benti I gelak. Haha

Miss Ika said... Reply To This Comment

@SarahSyafiq Kalau boleh semua pn nak capai. Hehe
Start sampai habes baby duk tendang je. Sound kuat sgt kan. Haha

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Schaz Husband I excited dua2. Dia yg lg over. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Cik Puan Tqah Sangat excited. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Cik Puan Rara Kan? Brg2 I, I dh tak heran dh. Hehe

twinscraftlife said... Reply To This Comment

HI~ pls visite TWINSCRAFTLIFE~ we sell handmade stuffs like bags, pouches, name tags etc~
http://twinscraftlife.blogspot.com/
we have unique items on our Etsy shop~
https://www.etsy.com/shop/SoapliciousSoap

twinscraftlife said... Reply To This Comment

HI~ pls visite TWINSCRAFTLIFE~ we sell handmade stuffs like bags, pouches, name tags etc~
http://twinscraftlife.blogspot.com/
we have unique items on our Etsy shop~
https://www.etsy.com/shop/SoapliciousSoap