FOLLOWERS

Tuesday, February 28, 2012

Design for Wedding Attire

Hye lovelies.

Sorry menghilang beberapa hari. Mensibukkan diri dengan tidur sepanjang hari. Hehe. Ok, since dah hantar both baju nikah and reception pada tailor dah boleh story sket-sket pasal design. Saya tak tempah pada designer pun. Haruslah tak mampu. Hehe. Hantar pada tailor biasa dengan design yang biasa-biasa je. Design yang simple, mesti nanti kengkawan terkejut, minah ni kahwen ke tak baju sama je macam kitorang. Mau pengapit or tetamu lagi gojes dari pengantin. Haa, macam mana nak jawab tu? Tunggu masa majlis nanti baru boleh komen. Tapi memang design tu yang sangat simple sesuai dengan orangnya yang simple. Hehe. Takpelah, janji the outcome turns out well saya dah cukup bersyukur. Hopefully everything goes fine. Tak sabar nak tengok outcome walaupun baru dua minggu hantar. Over kan? Hehe

Saya takde wedding dress ala-ala Lisa Surihanis' or Kate Middletons'. But I think I will in love with my both attire. Inspired from modern kurung sahaja. And for your information, all of my attire adalah modern kurung. Daripada nikah, reception and bertandang. Jemu tak jemulah nak tengok. Trademark kononnya. Kbai.

P slash S: Semoga apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Thursday, February 23, 2012

Lisa Sah Bergelar Isteri Kepada Yusry Dengan Sekali Lafaz

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Lisa Surihani sah bergelar isteri kepada Yusry tepat jam 9.01 malam tadi. Suka sangat tengok diorang berdua, nampak sweet sangat. Semoga hubungan yang dibina mendapat keberkatan dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah. Insyaallah.

Jom layan gambar.







Sumber : Oh Bulan






P slash S: Semoga apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Wednesday, February 22, 2012

Kursus Pra Perkahwinan: Suami vs Isteri

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menempuh dua hari untuk dapatkan sedikit ilmu berkaitan dengan alam rumahtangga. Cewah. Walaupun ada beberapa slot yang tak berapa nak melekat sangat sebab penceramah mula bukak mulut terus mengantuk. Jahat gila. Ampun, tak sengaja. Betapa pentingnya communication skills yang mampu convince people untuk dengar apa yang kita cakap. But, mostly semuanya best. Banyak benda-benda yang kita rasa kecik, tapi sebenarnya tak boleh pandang sebelah mata. Boleh jadi masalah besar. Terutamanya tentang Pembubaran Perkahwinan.

Contoh:
"Minah, sekali kau keluar ikut pintu ni jatuhlah talak"

Keterangan:
Takkan lah isteri tu tak keluar rumah kan. Nak pergi kerja? Nak sidai baju? Sebab tu suami kena barhati-hati dengan setiap yang keluar dari mulut mereka. Kalau si isteri keluar jugak, memang akan terjatuh talak.

Solusi:
Mengikut yang dicadangkan oleh penceramah, isteri tersebut boleh mintak sesiapa bantu untuk hapuskan pintu tersebut. Contoh, pintu A dekat sebelah kiri. Boleh tutup pintu tersebut secara permanent dan tebuk untuk buat pintu lain. :p

Nampak macam kelakar kan.

Seterusnya tentang hubungan suami isteri, ada 10S yang kita boleh jadikan tips dalam hubungan rumahtangga. Tapi penceramah sempat bagi tiga tips je. Sayangnya. Pertama Syukur, apa yang jadi bahagia atau derita dalam menjalani alam rumahtangga suami isteri patut bersyukur. Contohnya, suami isteri sangat bahagia dari awal hingga akhir tahun pertama. Tapi sehari je dia tak bahagia sebab gaduh. Dia patut bersyukur sebab dalam 365 hari, sehari je Allah duga dia. Contoh lagi, suami isteri langsung tak bahagia dari hari pertama kahwin sampailah hampir setahun kecuali sehari je dia rasa bahagia. Dia juga patut bersyukur sebab ada juga nikmat yang Allah bagi untuk dia rasa bahagia. See? Nampak macam mudah, tapi kita pun tak tahu kan kita boleh amalkan atau tak.

Keduanya, Sabar. Berat macam mana pun dugaan yang Allah bagi kita patut sabar. Jangan cepat merungut. Sebab tu kuasa talak terletak pada suami. Kalau kuasa perempuan, confirm ramai suami kena cerai dengan isteri dia. Haha. Perempuan kan, mostly panas tak bertempat. Benda remeh temeh pun boleh jadi isu. Termasuklah dengan perempuan yang tengah menaip ni. Huhu. Sedang bermuhasabah diri. Semoga segala yang buruk tu tolak jauh-jauh. Bahagiakan suami sepanjang hayat. Insyaallah.

Dan ketiga, Sayang. Pupuk kasih sayang hari-hari. Sebelum suami pergi kerja, salam tangan suami. Kalau nak lagi romantik suruh suami cium ubun-ubun si isteri cium pipi kanan kiri. Senang? Rasanya tak ramai yang buat kan. Lagi-lagi yang LDR, kalau boleh call suami or isteri sebelum pergi kerja or masa lepas bangun tidur. Sejuk sket kan hati dua-dua. Tak dapat tengok muka pun takpe, janji dapat dengar suara. Orang cakap, kumpul rindu bagi banyak. Bila jumpa baru lepaskan rindu sungguh-sungguh. :p

Seronok kan bila dah kahwen? Haha. Kenalah tanya orang yang dah kahwen.

Owh, ye. Akhir sekali nak share benda yang nampak simple tapi bukan semua orang boleh amalkan. Isteri senang masuk syurga, senang juga masuk neraka. Suami pula kena bimbing isteri luar dan dalam.

Tanggungjawab Isteri
1. Taat kepada suami selagi tak bertentangan dengan hukum syarak.

Sebenarnya kalau diikutkan, segala benda yang berkaitan dengan tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan adalah tanggungjawab suami termasuk sapu sampah, basuh baju dan sebagainya. Isteri sekadar mambantu. Tapi suami suruh isteri dia masak "Minah, abang teringin nak rasa Minah masak bla bla bla". Bertentangan dengan hukum syarak tak isteri? Tak kan? Jadi, isteri wajib menurut perintah suami. Tak aci kan suami. Keh Keh

Tanggungjawab Suami
1. Nafkah Zahir
    Tempat Tinggal
    Makan Minum
    Pakaian
    Perubatan
2. Nafkah Batin

Isteri dan suami ada tanggungjawab masing-masing. Jadi, sama-samalah saling membantu apa-apa yang patut untuk kebahagiaan bersama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh kecik-kecik tu biasalah. Tapi jangan sampai melarat. Paling penting, jaga kehormatan dan maruah suami. Tak kisahlah orang korek macam mana pun pasal keburukan suami, jangan sesekali cerita ye.

Ceh, cakap macam orang dah kahwin je. Semua ni berdasarkan ceramah dan pengalaman serba sedikit. Mana yang kurang tu, mohon maaf. Harap yang lain boleh tambah-tambah. 

P slash S: Semoga apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Flat Shoes for Wedding

Saya adalah penggemar high heels. Tapi, daripada 10 pasang kasut saya hanya ada sepasang sahaja high heel. Selebihnya adalah flat shoes. Jadi apakah motifnya? Hehe. Motifnya sebab saya tak reti sangat berhigh heel. Rasa macam tak stable je berjalan dengan kasut dua inci or tiga inci. Saya pakai pun kalau nak pergi wedding event. Itu pun lepas kena paksa dengan Taufik. Huhu

So, saya bercadang nak pakai flat shoes je masa wedding nanti. Tak kiralah time nikah or reception. Bertandang takpe sebab Insyaallah dapat kasut free. Hehe. Cadangan akan diusulkan tapi tak tahulah approved ke tak. Flat shoes pun cute kan? Tak percaya?









Siapa kata pakai flat shoes tak cute? Cute tau. Ecehh, macam dah confirm je nak pakai macam ni kan. Tapi harap-harap dapat lah. Takdelah nak cover-cover jalan kan. Hehe

P slash S: Semoga apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Tuesday, February 21, 2012

You Are So Annoying!

Rasanya makin banyak diam, makin banyak pulak orang yang pijak kepala kita kan. Nasib baiklah Allah bagi saya sifat penyabar yang tinggi. Kalau tak dah lama jugak kena hentam. Haha. Makin dekat dengan majlis, makin stress. Sekarang ni bukan stress dengan tunang ke keluarga ke preparation ke. Tapi stress dengan kawan-kawan yang tak tahu nak bersyukur and tak boleh tengok orang lain lebih sket. Ada jugak kan manusia macam tu.

Kita kan kalau kawan-kawan nak kawen, kita sepatutnya tumpang happy. Bagi idea ke. Or at least, support la kawan tu. Ini tak, makin banyak pulak adegan-adegan yang sangat menjengkelkan. Apakah?

Nak buat apa ye dengan orang-orang yang macam ni? Patut diamkan or balas membalas? Ada pulak kang yang masuk hospital. Over tau. Haha. Diam adalah jalan yang terbaik bagi saya. Karang bila diorang dah penat, mesti diorang diam jugak kan.

Till then, peeps.

Monday, February 20, 2012

Checklist Update: 6 Months 11 Days

Last Update by 20 February 2012

Important Dates

Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Venue
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Time 
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Theme Color
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Important Things
Duit hantaran: Done by Groom
Mas kahwin: Done by Groom
Book Jurunikah: 
Hantaran (Bride): Done
Hantaran (Groom): Done

Legal Documents
Marriage Course (P): Done
Marriage Course (L): Done
HIV Test:            
App Form Groom:
App Form Bride:

Guest
Nikah: Done
Reception: In Progress
Bertandang: In Progress

Food
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

Menu
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

Canopy
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

The Cakes
Reception: Done
Bertandang: Consider Done by FFIL

Invitation Card
Nikah: In Progress
Reception: In Progress
Bertandang: In Progress

Tentative
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Consider Done by FFIL

Guest Lists
Nikah: In Progress
Reception: In Progress
Bertandang: In Progress

Make Up Artist
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress

Henna Artist
Nikah: Do It Yourself
Reception: Do It Yourself

Bertandang: Do It Yourself

Dais Theme
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress

* Vendor Nikah & Reception: Pesona Pontian
* Vendor Bertandang: In Progress

Outfit
Kain
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress 

Design
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress 

Tailor
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress 

* Vendor Nikah Groom’s Outfit: Jun Men Tailoring
* Vendor Nikah Bride’s Attire: Kak Efa
* Vendor Reception Bride’s Attire: Kak Efa
* Vendor Bertandang Outfit: In Progress 

Shoes
Nikah: In Progress 
Reception: In Progress 
Bertandang: In Progress 

Maid of Honor & Bridesmaids
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress 

Family Attire
Nikah: Done
Reception: In Progress 
Bertandang: Consider Done by FFIL

Bridesmaids Attire 
Nikah: Done
Reception: In Progress 
Bertandang: In Progress 

Hantaran
For Bride: In Progress 
For Groom: In Progress 

Official Photographer
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang:

* Vendor Nikah & Reception: Foto By Razali
* Vendor Bertandang:

Official Videographer
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang:

* Vendor Nikah & Reception: La Televisio
* Vendor Bertandang:

Doorgift
Nikah: In Progress 
Reception: In Progress 
Bertandang: Consider Done by FFIL

Bunga Pahar
Reception: Consider Done by Kak Long

Handbouquet
Nikah: Consider Done by FSIL
Reception: Consider Done by FSIL
Bertandang: Consider Done by FSIL

Entertainment
PA system: Consider Done by Abang
Kompang: Consider Done by Abang
Bertandang: Consider Done by FFIL

Other Stuffs
Signage: In Progress 
Bunting dan Banner: In Progress 
Guest Book: In Progress 
Photo Booth: In Progress 
Welcome Signage: In Progress 
Bunga Manggar: In Progress 
Corsage: In Progress 

Room Deco
Wardrobe: Consider Done by Ma
Bed: Consider Done by Ma
Drapes and Curtains:
Bed Sheets:
Bed Skirt:
Table: Consider Done by Ma
Mattress: Consider Done by Ma

Accommodation

MUADone 
Videographer: In Progress 
Friends: In Progress 

Honeymoon
Date: In Progress 
Destination: In Progress 
Flight: In Progress 

Sunday, February 19, 2012

Nikah Outfit Sudah Hantar Tailor

Alhamdulillah, last week dua or tiga hari after hunting kain terus hantar tailor. Takut tak sempat sebab tu hantar awal-awal. Ni pun baru sampai Terengganu untuk semester akhir. Huhu

Untuk baju nikah Taufik, hantar di Jun Men Tailoring, Muar. Agak jauh la dengan rumah.  Memandangkan FSIL dah selalu buat baju untuk team collegenya, kami hantar di sana. Dapat la special price. Service sangat baik. Jahitan sangat kemas even tak dapat lagi. Tapi display baju yang ada dalam kedai dah dapat tahu outcomenya nanti. Cewah. Harap-harap semua ok seperti yang diinginkan. Cop! Jun Men ni dia specialist untuk baju lelaki sahaja ye. Siapa yang area Muar tu bolehlah buat kat sana.

Design Baju Nikah Taufik

Sesi Ukur Lemak

Taufik dah excited nak diet, takut baju tak muat. Hari-hari main badminton lepas balik keje katanya. Haha. Badan dah ok, cuma tang perut naik sket dia cakap. Takpelah, janji sihat sudah. Tak perlulah nak berdiet sangat.

Untuk baju saya pulak, baju nikah dan reception saya hantar pada tailor yang sama. Tailor tu adik kakak ipar saya. Price belum tanya lagi berapa, teruk kan. Tapi takpelah, janji cantik dan berseri-seri nak keluar duit pun tak sayang. Saya buat yang biasa-biasa je. Tak vogue pun macam orang lain punya. Sebab saya memang suka yang simple, tak kisahlah apa orang nak kata. Huhu

Siapa-siapa yang nak hantar or nak dapatkan service diorang, bolehlah contact,

Groom's Outfit Tailor | Jun Men Tailoring06-9541 800
Bride's Attire Tailor | Kak Efa

Tailor baju bride, Kak Efa ni dia dulu pernah kerja butik dekat Kuala Lumpur. Since dia orang Johor and dapat anak, dia balik Johor and share buka kedai jahit sendiri dengan adik ipar dia dekat kampung. Tapi sekarang ni memang tempahan dia dah full sampai raya. Nasib baiklah dah booked nak hantar kat dia, so dia lock untuk slot saya. Alhamdulillah. Hope semua berjalan lancar.

Tak sabar nak update checklist. Hehe

Till then, peeps.

Friday, February 17, 2012

Hunting Kain Nikah for Both & Reception for Bride

Hye lovelies,

Bukan main panjang lagi tajuk entri. Hehe. Selama tujuh hari Taufik menghabiskan cutinya dengan aktiviti berkualiti bersama gadis kesayangannya (Cewah), banyak jugak preparation yang dah boleh strikethrough. Alhamdulillah.

Bermula dengan Jumaat lepas, kami bersama ma dan adik pergi ke butik Pesona Pontian membuat tempahan. Owner butik, Kak Bett sangatlah friendly memberi cadangan itu ini. Sampaikan ada sessi potensi diri, melihat tarikh lahir dari sudut metafizik. Hehe. Di sana, saya mengambil pakej yang sangat budget. Tu pun takdalah budget sangat. Huhu. Saya ambil pelamin, makan beradab dan sewa baju pengantin lelaki sahaja since baju nikah, reception saya tempah sendiri.

Sabtu dan ahad pula diisi dengan Kursus Pra-Perkahwinan. Alhamdulillah, dua hari tersebut sangatlah terisi di dalam bilik kuliah walaupun Taufik yang duduk di belakang sekali beberapa kali juga terlentok sebab tak tahan ngantuk katanya. Haha. Apa pun tak boleh.

After maghrib on Sunday, saya, adik, Taufik and his mother bertolak ke Kuala Lumpur. Tengahari Isnin adalah sessi hunting kain nikah and reception di Jalan TAR. Menuju ke Kamdar sebab Dhiera bagitahu chiffon plain semeter RM5. Murah kan. Tapi malangnya warna yang saya cari takda. Then pergi ke Nagoya. Alhamdulillah ada walaupun harganya mahal RM1 daripada di Kamdar. Takpelah, janji warna yang saya nak tu ada. SA tidak membantu sangat sebab dia cakap selalu kalau nikah takda orang pakai chiffon plain. Selalu guna lace. Saya cakap takpelah, saya nak guna chiffon je. Hehe

Then cari kain untuk nikah groom dan reception bride. Kamdar dengan Nagoya takda. Taufik cakap try pergi Gulati's. Saya cakap Gulati's mahal. Dia cakap takpe asalkan benda yang kita nak ada kat sana. Masuk Gulati's tanya kain Dutchess Satin sebab tanya kat Kamdar dengan Nagoya, SA buat muka blur. Huhu. Alhamdulillah material Dutchess Satin ada dan lagi happy warna yang kitorang nak ada match sangat dengan baju nikah saya yang beli kat Nagoya tu. SA sangat friendly dah macam kenal 10 tahun. SA tu orang Johor patutlah macam ada chemistry je. Haha. Bargain pun dapat even tak banyak. Kain untuk reception saya pun beli di Gulati's. Memang mahal kalau nak diikutkan, tapi kualiti sangatlah baik.

Selesai hunting kain dan ini apa yang kami dapat,

Nagoya
Chiffon Plain - RM6 / meter = RM6 x 7.25 meter = RM43.50
Satin for Lining - RM7 / meter = RM7 x 4 meter = RM28
Total = RM71.50

Gulati's Silk House
Chiffon Plain
Satin for Lining
Dutchess Satin


B2B yang nak cari kain yang original berkualiti boleh pergi ke Gulati's Silk House. Bargain gila-gila tau. Hehe. About original berkualiti tu, saya tak boleh nak jamin sebab saya pun tak selalu beli. Kena tanya orang yang lebih pakar la bab-bab kain ni. Hehe

Till then, peeps.

Thursday, February 9, 2012

Jatuh Cinta for Groom

Hye lovelies,

Apa punya tajuk la kan. Haha. Mungkin entri sebelum ni fokus hanya pada songket untuk bride. Tapi kali ni untuk groom pulak. Barulah fair. Untuk majlis bertandang, tema insyaallah Royal Purple. Memang Taufik and his family request for that color. Saya jenis yang tak kisah sebab purple one of my favorite color jugak. Terjah punya terjah, I found this.


Sumber: Aleng Tohara

But I'm not sure songket jenis apa. Baju tu tak nampak macam songket. Yang saya nampak just dia punya yang atas kepala tu (Tak tahu nama tengkolok ke?) Haha. Dengan dia punya sampin. But it looks really nice. Kalau Taufik pakai macam ni, mungkin tak berkelip mataku. Cehhh. Perasan. Haha

Till then, peeps.

Wednesday, February 8, 2012

Songket for Tandang

FSIL dah survey songket untuk majlis tandang. Theme haruslah tradisional. Nasib baiklah hari tu tunang suruh saya buatkan wedding card yang ada tema tradisional. Kira sesuailah. FSIL suruh saya pakai kebaya songket. Saya suka sebab mula-mula plan majlis tempat saya nak pakai songket. Color kuning konon nak tema diraja. Kononlah. Tapi fikir balik, kulit saya dan tunang tidaklah secerah Lisa Surihani, maka terpaksa membatalkan niat tersebut. Hehe. Tapi bab kebaya songket tu, sesuai ke ye saya pakai? Badan tak ala-ala nak slim sangat. Tapi takpelah, try dulu macam mana. Memang idaman pun nak pakai kebaya songket. Cehh. Ada hati jugak tu. Haha. Apa taknya, cantik macam ni siapa yang tak terhingin.

Sumber: Google Image

Tak pun mix songket. Erk? Betul ke istilah tu. Tengok je la gambar ni. Sangatlah sweet. 


Sumber: Google Image

Dan satu lagi pilihan, songket kurung moden. Patern ni sekali tengok, saya terus nak pengsan. Sebab cantik yang amat. Dengan kain yang meleret-leret. Beading pun cantik. Suka sangat 800 juta kali. Hehe





Amacam? Cantik kan. Haruslah teruja tengok. Sebab tu paling banyak gambar. Kalau dapat pakai, mahu nangis terharu. Kalau nak tempah op kos tak mampu. Mampu berangan je la. Hehe

Harap dapat membantu B2B yang tengah mencari idea untuk variasikan songket ni. Bagi nampak luar biasa. Eh, cop! Ceritera Cinta tu lecturer saya masa diploma dulu. Kalau ada siapa-siapa yang nak try, bolehlah visit his FB ye. Dia OP masa Farah AF2 kahwin last year. Hasil kerja pun cantik. Ramai kawan-kawan batch saya hire dia. Eh Eh! terlari tajuk pulak. Promote sekali. Hehe

*Update

Tadi Miss Z aka Syiera Aida cakap kat website Photoaura ada gambar songket. So, saya terus je search website tu. Serious sangat sweet even simple. Saya minat dengan kain dia jugak. Kain lipat depan tu apa entah namanya. Main taram je. Hehe




Sumber: Photoaura

Rasanya Dhiera haritu ada sebut pasal songket color kuning. Kalau dia pakai mesti akan cantik macam ni. Huk Huk. Jeles.

Till then, peeps.