FOLLOWERS

Saturday, April 21, 2012

Project Craft by Ika

Hye lovelies.

Saya dah decide nak DIY beberapa accessories for that day. Buat mana yang mampu, yang sesuai dengan budget. Lagipun nak budget kan, haruslah kena rajin buat sendiri. Daripada masa terbazir begitu sahaja, baik saya mensibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. After June, memang saya free till the day. Nak kerja Taufik tak bagi sebab dia cakap nanti baru kerja dah kena mintak cuti nak settlekan legal documents, then nak kena mintak cuti kahwen pulak, again nak mintak cuti for Graduation Day. Kang kena fired baru tahu. Hehe. After settle semua baru boleh kerja. Tapi maybe saya try cari kerja yang dekat dengan rumah, kerja kilang pun ok. At least dapat income buat tambah-tambah. Tu pun kalau ada la. Buat part time kat rumah pun ok.

Berbalik pada project DIY, saya dah senaraikan beberapa yang saya willing nak buat. Ada yang dah siap dan ada yang still in progress.

1. Wedding Invitation
2. Stickers
3. Thank You Tag
4. Guest Book
5. Wheel Paper
6. Signage
7. Easel
8. Canvas Photo Frame
9. Wall Decor
10. Corsage
11. Door Note
12. Centerpiece
13. Accessories for Buffet Station
14. Guest Book Corner
15. Photo Booth Corner
16. Room Decor
17. Bird Origami
18. Rose Chiffon
19. Bantal for Dais
20. Wording for Bantal
21. Hantaran

Setakat itu sahaja yang ingat. Hehe. Banyaknya, mampu ke nak buat semua ni? Sekarang ni konon semangat nak buat. Esok-esok tak tahulah. Haha. Takpe, usaha tangga kejayaan. Angan-angan dulu baru jadi kenyataan. Cewah.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Wednesday, April 18, 2012

Hantaran for Bride Almost Done

Hye lovelies.

Alhamdulillah, hantaran untuk saya dah hampir selesai. Tinggal wedding band dengan gadjet je untuk Taufik settle. Penat juga ye hunting hantaran ni. Lagi-lagi bekerjasama dengan Taufik yang agak fussy bab-bab handbag, kasut, pakaian semua. Semua dia tak berkenan. Macam dia pulak yang nak pakai. Sabar je lah. Haha. Terima kasih pada FSIL sebab teman dan tolong kitorang berdua yang banyak sangat kerenah ni.

Sekarang yang agak memeningkan pasal baju nikah and reception for bride. Tailor cakap bulan 6 insyaAllah settle. Tapi haritu dia ada cakap kalau nak potong kain dia akan bagitahu sebab nak minta deposit untuk beli lace. Tapi sampai sekarang takde bagitahu pun. Jangan bulan 6 terjah tak siap dah la. Memang masak jawabnya. Sepatutnya dalam bulan April or May nak bagi reception attire tu pada bridal. Sebab dia nak buat baju baru for groom. Kalau lambat sangat takut tak sempat nak siap. Karang message hari-hari takut cakap saya fussy pulak and tak percaya kat dia. Adoi. Macam mana ni?

Wait and see je lah. Dah tak tahan sangat esok message. Ok tak? Huhu

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.


Friday, April 13, 2012

Bachelorette Party


About four months to go. A cake from the gorgeous best-friend making me smile for the whole day. Really made my day. Even lama lagi (sejukkan hati sendiri), BFF were really excited plan macam-macam sepanjang two-days saya di sana. Pagi Ahad pergi ke Hutan Lipur Lentang, Bentong mandi manda sambil meluah perasaan. Questioning me on preparation to get married till soal siasat sorang demi sorang. Hehe. The not-so-party hanya dibuat di rumah BFF sebab masing-masing dah malas nak keluar, penat berendam sehari dalam air kononnya. It still fun sambil tengok ABPBH. The cake was really awesome but unfortunately dapat makan a slice sebab dah kenyang sangat. Esoknya terus terlupa nak makan. Anyway, thank ladies for this sweet moment. I love you to the max. 

Thursday, April 12, 2012

My Dream Hand Bouquet

Hye lovelies.

HB masa majlis nanti saya serahkan pada FSIL yang buatkan. Sebab tangan saya tidak sekreatif beliau. Tambah takut tak sempat nak buat. Yela, mana tahu after habis belajar June nanti terus dapat kerja. Ceh, alasan je ni. Hehe. Malam tadi FSIL tanya nak HB yang macam mana. Jadi, saya rasa masa nikah maybe yang artificial flower sebab majlis pun sekejap je. Reception request fresh flower nampak stunning sket. Lagipun dah lama teringin nak pegang fresh flower HB. Berangan ala-ala wanita paling gojes. Hehe

So, saya tampilkan HB kegemaran saya dari dulu sampai sekarang. Ambil dari encik google dan ada yang ambil dari blogger bride juga.





Sumber: Miss Yuyu


Credit to The Owner

Cantik? Nampak biasa dan familiar je kan semua HB ni. Tapi saya suka sebab nampak merimbun macam pokok. Boleh cover kalau tangan shaking. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Wednesday, April 11, 2012

Checklist Update from 4 Months and 21 Days

Last Update by 11 April 2012

Important Dates

Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Venue
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Time 
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Theme Color
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Important Things
Duit hantaran: Done by Groom
Mas kahwin: Done by Groom
Book Jurunikah: 
Hantaran (Bride): Done
Hantaran (Groom): Done

Legal Documents
Marriage Course (P): Done
Marriage Course (L): Done
HIV Test:            
App Form Groom:
App Form Bride:


Guest
Nikah: Done
Reception: In Progress
Bertandang: In Progress

Food
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

Menu
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

Canopy
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

The Cakes
Reception: Done
Bertandang: Consider Done by FFIL

Invitation Card
Nikah: In Progress
Reception: In Progress
Bertandang: In Progress

Tentative
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Consider Done by FFIL

Guest Lists
Nikah: Done
Reception: In Progress
Bertandang: In Progress

Make Up Artist
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Henna Artist
Nikah: Do It Yourself
Reception: Do It Yourself

Bertandang: Do It Yourself

Dais Theme
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

* Vendor Nikah & Reception: Pesona Pontian
* Vendor Bertandang: Pesona Pontian

Outfit
Kain
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: 
Done 

Design
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: 
Done 

Tailor
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: 
Done 

* Vendor Nikah Groom’s Outfit: Jun Men Tailoring
* Vendor Nikah Bride’s Attire: Kak Efa
* Vendor Reception Bride’s Attire: Kak Efa
* Vendor Bertandang Outfit: Pesona Pontian 

Shoes
Nikah: In Progress 
Reception: In Progress 
Bertandang: Done

Maid of Honor & Bridesmaids
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: In Progress 

Family Attire
Nikah: Done
Reception: In Progress 
Bertandang: Consider Done by FFIL

Bridesmaids Attire 
Nikah: Done
Reception: 
Done 
Bertandang: In Progress 

Hantaran
For Bride
    
   Tray 1 | Heels & Handbag Done
   Tray 2 | Mas Kahwin & Wedding Ring
   Tray 3 | Cake Consider Done
   Tray 4 | Perfume Set Done
   Tray 5 | Gadget

For Groom

   Tray 1 | Something Done
   Tray 2 | Wedding Band
   Tray 3 | Shirt & Shoes
   Tray 4 | Perfume Set
   Tray 5 | Gadget
   Tray 6 | Cake 
Consider Done
   Tray 7 | Manisan Consider Done

Official Photographer

Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang:

* Vendor Nikah & Reception: Foto By Razali
* Vendor Bertandang:

Official Videographer
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Nil

* Vendor Nikah & Reception: La Televisio
* Vendor Bertandang: Nil

Doorgift
Nikah: In Progress 
Reception: In Progress 
Bertandang: Consider Done by FFIL

Bunga Pahar
Reception: Consider Done by Kak Long

Handbouquet
Nikah: Consider Done by FSIL
Reception: Consider Done by FSIL
Bertandang: Consider Done by FSIL

Entertainment
PA system: Consider Done by Abang
Kompang: 
Consider Done by Abang
Playlist: In Progress
Bertandang: Consider Done by FFIL 

Other Stuffs
Signage: In Progress 
Bunting dan Banner: In Progress 
Guest Book: In Progress 
Photo Booth: In Progress 
Photo Canvas: 
In Progress
Welcome Signage: In Progress 
Bunga Manggar: In Progress 
Corsage: In Progress 
CenterpieceIn Progress

Room Deco
Wardrobe: Done
Bed: Done
Drapes and Curtains:
Bed Sheets:
Bed Skirt:
Table: Done
Mattress: Done

Accommodation

MUADone 
Videographer: In Progress 
Friends: In Progress 

Honeymoon
Date: 
Done
Destination: Done 
Transportation: 
Done

Tiada Siapa Tahu

Hye lovelies.

Lately perasaan little bit stress sebab ada yang bertanya mana dapat duit nak setelkan bab-bab persediaan perkahwinan. Ada yang beranggapan saya totally bergantung pada Taufik sebab dia dah bekerja dan saya masih belajar. Saya rasa tak perlu nak membuat sebarang telahan sendiri kalau tak tahu hujung pangkal.

Ye, saya memang masih belajar. Kalau hundred percent saya spend untuk semua persediaan memang saya tipu. Tapi mostly yang melibatkan official photographer, videographer, makeup artist yang kena buat deposit payment memang saya bayar sendiri. That's why saya hire yang saya rasa saya mampu bayar je. Kalau ada yang jauh lebih mahal but comes with a good quality saya tak sayang nak invest lebih sket. Sekali seumur hidup tapi saya still hadkan budget. Tak nak sampai over limit. Begitu juga dengan hal-hal lain seperti attire for bridesmaid, wedding invitation, sticker and segala minor accessories memang datang daripada budget saya sendiri. Cuma yang berkaitan dengan canopy, doorgift and family outfit disponsor oleh keluarga saya sendiri. Tapi itu pun saya akan bagi jugak sebab tak nak bebankan diorang. Dan saya juga tak nak bebankan Taufik. Sebab saya tahu dia bersusah payah kerja untuk allocate hantaran dan majlis belah dia juga. Lagipun saya sukakan majlis yang sederhana tetapi meriah. 

Saya tak ada impian pun untuk buat majlis besar-besaran. Cukuplah sekadar apa yang termampu. Saya juga tak pernah meminta-minta itu dan ini semata-mata untuk tunaikan kehendak saya. Baju nikah and reception pun saya hantar pada tailor yang biasa-biasa saja. Bukan designer. Sebab saya dan Taufik lebih memikirkan kehidupan selepas majlis yang lebih jauh pentingnya. About rumah, nak duduk mana, nak spend berapa untuk menyewa, budget untuk transport untuk kerja dan sebagainya. Ada juga beberapa yang saya minta Taufik dahulukan after that saya bayar semula pada dia. Bukan tak nak dia bayarkan, tapi saya rasa tak fair bagi dia. Walaupun dia cakap, it is okay for him. Bantu membantu. Dan ada juga yang memang dia berkeras nak bayar dan saya memang tak boleh nak tolak. Tapi saya akan pastikan benda tu yang jumlahnya tidak terlalu banyak. Dia memang selalu pesan, belajar untuk berkongsi. Anything yang berkaitan personal, finance and study.

Saya ni agak boros, kalau ikut metafizik saya ni cepat bocor kalau pegang duit. Sebab tu duit PTPTN saya cepat-cepat saya transfer pada Taufik suruh dia simpankan. Kalau rasa nak bayar anything or tak cukup duit baru saya mintak dia transfer. Kalau tak memang sekejap je la pokai. Huhu. Hope sesiapa yang bertanya, yang anggap itu ini, bersangka buruk dengan saya tu faham apa yang saya rasa. Jangan terlalu berfikiran negatif. Even dia kaya sekalipun, tak mungkin saya ambil kesempatan.

Satu je saya harap, doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Walaupun dulu ramai yang tanya bila majlis. Bila dah dekat majlis sekarang ni, tiba-tiba bagitahu kalau tak datang jangan terasa. Tak terasa apa pun sekarang. Kalau datang, Alhamdulillah. Kalau tak dapat datang itu bukan kuasa saya.

Maaf kalau ada sesiapa yang terasa. 

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Tuesday, April 10, 2012

Attire for Bridesmaid

Hye lovelies.

Semalam sesi hunting kain untuk bridesmaid. Melilau jugak mata tengok kain yang banyak. Nasib baik memang dah decide awal-awal nak cari color apa. Jadi memang sekejap je la jumpa. At first pergi Kamdar jumpa kain apa entah namanya. Ala-ala chiffon jugak tapi agak tebal berbanding chiffon and lebih soft sebab ingat nama fabric belakang dia tulis korean soft. Hehe. Memang sangat berkenan dengan kain tu. Harga not bad sebab still within my budget. Maybe takde rezeki sebab tinggal 2 meter je. Huhu. SA check stock pun memang dah takde.

Next hunting di Nagoya. Warna memang sama dengan yang di Kamdar hanya materialnya berbeza. Cuma yang ini agak jimat sebab tak perlu nak tambah lining. Kain dia lembut dan sejuk. So, saya beli untuk enam pasang. First decide tiga soft tiga lagi dark. Sebab nak nampakkan tone color. Tapi yang dark tinggal 8 meter, untuk dua pasang baju. Jadi last decide empat akan dapat soft color dan yang lagi dua dapat dark color. Actually tujuh orang, but my BFF lagi sorang tak dapat cuti time tu. Sedih. Takpelah, mana tau last minute dapat jumpa lagi sorang. Simpan siket sampel color untuk reference. Hehe

Oh, lupa. Material tu namanya Koshibo Fabric. Nasib baik tergerak hati nak tanya SA semalam. Nagoya takde display nama-nama fabric macam kat Kamdar. Jadi kena tanya. Kalau dia tipu saya, makna saya tipu anda juga. Huhu

Rasanya itu je. Hunting hantaran juga semalam. Dapat satu je. Next hunting weekend ni. Hope dapat la beberapa. Nanti dah dekat dengan majlis dah boleh bersenang lenang. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Thursday, April 5, 2012

Wedding Color Combo

Hye lovelies.

For those yang masih tercari-cari color combination for their wedding, boleh tengok beberapa color combo di bawah. Mana tahu boleh dapat inspirasi kan. Color ni top ten untuk tahun 2012. Tapi saya punya color combo untuk wedding saya nanti tak termasuk dalam list. Hehe. Tapi takpelah. Janji saya suka, orang lain suka plus cantik. Cewah, perasan pulak. Hehe

Here comes,


Tangerine Tango and Pink


Blush Pink and Pewter Gray


Blue Willow and White


White on White


Red and Pink


Sweet Lilac and Margarita


Rainbow


Olive Green and Topaz


Champagne and Black


Peach and Silver

Semua cantik kan? Tapi sekarang pun ada yang dah pandai combine three colors. Tapi kena pandai choose color yang sesuai dengan color kulit kita. Baru nampak cantik. Contohnya:

Orange - Emerald - Mustard
Coral - Teal - Khaki
Navy Blue - Orange - Khaki
Navy Blue - Hot Pink - Cool Gray
Royal Blue - Lemon - White
Lavendar - Lime Green - Royal Blue
Graphite - Bright Plum - Ivory
Charcoal - Mustard - Ivory
Hot Pink - Kelly Green - Soft Pink
Soft Pink - Arctic Ocean - Khaki


Semoga dapat membantu B2B di luar sana. And good luck in your preparations.


P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.