FOLLOWERS

Wednesday, August 1, 2012

Stickers

Hye lovelies.

Minggu lepas minggu yang agak busy dengan bermacam wedding preps. Ya Allah. Serious kan, nak kawen ni macam-macam benda nak kena buat. Nak mintak tolong orang lain pun tak boleh nak mengharap sangat sebab orang lain pun ada keje memasing. Jadi, buatlah apa yang mampu. Hehe. Weekend haritu sibuk dengan wedding card nak pos pada kawan-kawan. Sempat jugak pergi popular beli kertas sticker, ink printer dan lain-lain. Memang niat di hati nak buat sendiri semua. Ada masa tu malas jugak and survey blogshop yang jual stickers, tq taq semua. Tapi for sure lah mahal. Telan air liur je tengok design cantik-cantik. Kalau buat sendiri mungkin boleh jimat.

Design saya buat dah lama. Macam biasalah guna photoscape je. Print atas kertas sticker. Saya beli jenis kertas sticker yang tak kilat 1 plastik RM4.00, kalau nak yang kilat pun ada 1 plastik RM3.50. 1 plastik tu ada 10 sheets. 1 sheets boleh muat lebih kurang 48 pieces sticker berdiameter +- 2.5 sentimeter kalau tak silap. Kalau kira-kira, 1 pieces sticker tak sampai 1 sen pun. Tapi design cikai la. Hehe

Gambar bawah ni sticker yang saya dah print. Sticker tu saya lekatkan kat sampul kad kahwen saya. Sticker yang lain untuk doorgift mungkin, tak decide lagi. Gambar yang dua dari atas tu saya try print guna kertas biasa je, sebab doorgift belum beli lagi jadi tak boleh nak print betul-betul. Hehe





Owh, ye. Saya gunting secara manual je. Takde puncture khas untuk benda alah ni. Ke ada sesiapa yang tahu macam mana cara nak handle lagi senang? Jenuh jugak kalau 1000 pieces nak gunting satu-satu. Hehe

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

22 Footprint (s):

Rahmah said... Reply To This Comment

Cntik n rajin,,.menarik ek lekat kat kad...idea best ni.....

neng ana said... Reply To This Comment

Rajin lak Ika neh..sy beli je.hehe

Fana | Aqim said... Reply To This Comment

cantiklah...kat sticker tuh print sendiri or hantar kedai?

hanisah said... Reply To This Comment

cantik!

S.U.R.I.A. said... Reply To This Comment

susah wat shape curly2 tu..
wat bulat biasa..nnti p beli gunting yg curly2 kt kedai buku..cm suria wat tu..ni lg jenuh nk ikot curly tu satu2 syg...

ciksusu said... Reply To This Comment

cun la ;)
yg penting buat sndiri puas hati kan kan ;P

cheQmOomOo said... Reply To This Comment

kina ade y utk tebuk tu,,tp size kena refer dia ;)

cik chinta said... Reply To This Comment

bole melekat ek klo print atas paper stiker? guna printe laser ke printe bese? bgs. satu pinjimatan yg harus dicontohi ni

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Rahmah Nak jimat sebenarnya. Ngeh Ngeh

Miss Ika said... Reply To This Comment

@neng ana Takde la rajin sangat, nak beli duit tak berapa nak berkepuk. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Fana | Aqim Semua buat sendiri dear. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@hanisah Thanks dear. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@S.U.R.I.A. Gambar 1st and 2nd tu saja-saja print atas kertas A4 biasa. Nanti yg betul-betul mmg buat bulat je. Tak larat la kalau nak ikut shape tu. Haha

Miss Ika said... Reply To This Comment

@ciksusu Kalau buat sendiri, tak berapa nak cantek pun still puas hati. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cheQmOomOo Dia scallop kan.

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cik chinta Kita guna printer bese je. Lekat. Sticker kita guna yg bukan berkilat. Yg kilat tak try pulak lekat or tak. Hehe

Anonymous said... Reply To This Comment

Edit guna photoscape? mcm mana yeh? tlg explain boleh? maaf laa ye sy tak pndai sgt bab2 ni.. huhu

Anonymous said... Reply To This Comment

salam,
katne awak beli kertas stiker tu ye? sbb yg saya jumpa semua mhl2 la

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Anonymous Saya design guna photoscape je. Selalu org guna photoshop kan, tp saya tak reti. Photoscape mcm mudah sket, org yang amatur pun sng nk paham and buat.

Anonymous said... Reply To This Comment

salam kak...
boleh terang dgn detail x design guna photoscape tu cmne? mksdnye kena pilih ape?dlm tu kan de bnyk cthnye (combine,page,paper print.etc)..tQ =)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Anonymous Salam,
Saya buat ikut yg saya paham and senang. Semua background saya buat color putih sbb senang nak copy paste. Hehh. Mula2 saya buat bentuk empat segi or apa2 bentuk kat paint then save.

Then bukak photoscape select editor. Then pilih background yg buat kat paint td. Then dr situ dah boleh buat apa design yg kita nak. Godek2 bahagian object tu. Dr situ boleh buat bentuk yg kita suka, boleh tambah text and so on.

Anonymous said... Reply To This Comment

Nak tanya boleh tak? printer biasa yg awak guna tu printer jenis inkjet ke atau laserjet?
tq