FOLLOWERS

Thursday, November 8, 2012

Wedding Shoes

Hye lovelies.

Harini terus skip review pasal wedding shoes pulak. Sebab yang ni rasa senang sket nak cerita. Entri pun mesti pendek je. Hehe. Okaylah, heel yang saya pakai masa wedding sangat selesa. Kalau tak pakai socks lagi comfort la. Tapi memandangkan kaki tak berapa nak cantik, have to jugak la. Sebab bila pakai socks, bila jalan jadi licin pulak. Nak tercabut-cabut rasa tapi boleh cover la. Hehe. Untuk reception and tandang guna heel yang sama. Jimat kan. Takde la nak fikir nak pakai kasut apa. Nikah dalam rumah memang langsung tak pakai. Keluar layan tetamu after akad pun pakai selipar je. Hehe

Heel ni saya beli 4 days before wedding kat Pacific BP Mall dengan harga kalau tak silap lebih kurang dalam RM70. Yang penting memang not more than RM80 la. Murah je kan. Brand pun brand biasa je, Alain Delon. Time tu tunang yang pilih. Sekali je dia pilih terus saya berkenan. Sebab memang suit untuk wedding, color pun sama dengan color lace baju reception and tandang. Lucky lagi, match dengan sampin and tengkolok husband. Pandai dia pilih. Hehe. Tapi sekarang belum sempat nak pakai sebab tak pergi mana-mana. Esok lusa kalau dah kerja mungkin boleh pakai lagi. Itu pun kalau kaki tak membesar bagai juara la. Huhu





Sila abaikan kaki dan tangan yang tak berapa nak anggun. Fokus pada kasut je ye. Dengan harga yang berbaloi-baloi, boleh pakai untuk kesemua wedding event. Sangat jimat. Tak perlu pening kepala nak pakai kasut apa. Terjah je mall, mesti ada satu yang sangkut. Kalau nak nampak lagi sweet, boleh la DIY letak pearl ke kan. 

Till then, peeps.