FOLLOWERS

Saturday, January 12, 2013

Akad Nikah Doorgift

Assalamualaikum and hye lovelies.

Hui, rajinnya dua tiga hari ni update blog. Time rajin kemain lagi, kalau boleh sehari nak up dua tiga entree. Cuba time malas, sebulan sekali pun nan hado. Hehe. Okay, harini nak cerita pasal doorgift masa akad nikah. Semua pun do it yourself. Stickers buat sendiri jugak. Opss, haritu ada yang tanya stickers kosong beli kat mana eh. Saya beli kt Popular je, satu pack tu ada 10 sheets harga RM4.00. Boleh refer hereSaya beli stickers yang bukan kilat punya. Sebab saya guna printer biasa takutlah tak lekat ke apa kan. Kalau nak beli yang kilat yang selalu orang guna pun ada jugak. 

Berbalik pada doorgift, saya punya doorgift biasa-biasa je. Buat 100 pax, lagipun yang datang masa akad semua di kalangan family kan jadi tak berapa nak ramai sangat.



Simple je kan. Beli brown paper bag and doily papers kat kedai jual barang-barang buat cake. Harga tak ingat la pulak. Tapi still murah la. Sepit baju beli kat kedai jual barang-barang keperluan rumah, kat supermarket pun ada. Kat mana-mana pun senang nak cari. Beli 2 packs, dalam dia kalau tak silap ada 40 batang, harga RM1.80 1 pack.

Dalam bag goreng pisang ni ada dua je, moist choc cup cake and pulut kuning plus rendang daging. Tak sempat nak rasa hasil tangan bonda rendang tu sebab penat sangat. After akad, sibuk-sibuk then tertido. Padahal dah letak kat tepi katil tinggal nak makan je. Punyalah takda selera. Hehe. Moist choc cup cake tempah dengan kawan bonda, harga lupa nak tanya sebab bonda yang sponsor. Hehe. Ops, lupa. Ada lagi satu, telur masin. 3 benda tu je.

Alhamdulillah.

Till then, peeps. 

1 Footprint (s):

Wan Afzan said... Reply To This Comment

Simple but nice.. Sgt unik compare dgn zaman bg bekas telur tu je kn ..