FOLLOWERS

Monday, January 23, 2012

Glass Jar for Door Gift

Ingat lagi entri berangan di sini? Kononnya nak jadikan brown paper bag as a doorgift. Tapi semalam ma dah cakap nak glass jar pulak. Memang sebelum ni ada suggest kat ma pasal doorgift. Tak sangka pulak ma ingat benda ni. Hehe

Since ma nak sponsor, saya setuju je. Tapi brown paper bag tu mungkin saya kekalkan jugak. So, boleh letak glass jar dalam tu and add la something like kerepek or bahulu ke whatever. Dalam glass jar maybe letak cookies or candy. Nak letak marshmallow rasa macam tak sesuai pulak area kampung ni. Red velvet? Haruslah tak mampu. Jangan macam-macam ye. Karang pengsan pulak. Hehe

Lets pictures do the talking. Ewahh!








Credit to the Owner

Sangat sweet, then letak sticker on the top or doilies dekat badan dia tu plus a cute ribbon  rasanya dah cukup perfect dah. Ok, some suggestion nak letak apa dalam jar tu:
1. Cookies
2. Jam (Strawberry / Blueberry / Pineapple)
3. Honey
4. Marshmallow
5. Cake (Red Velvet / Chocolate)
6. Candy
7. Cereal

Or do visit here mungkin boleh dapat idea. Kalau nak cari glass jar boleh visit Quality Pack takpun VR Nilai seperti yang dicadangkan oleh ramai B2B. Skema pulak rasa. Hehe. Quality Pack pun ada sales office di Johor and Kuala Lumpur. Senang-senang terus je terjah kedai dia. Saya kalau ada masa nak pergi terus. Senang tak perlu nak imagine size mana yang sesuai. Ma pulak dah bising. Takpe, early February or early July sempat lagi kot. Erk? Hehe

Hope all the preparations will going smoothly.

Till then, peeps.

Saturday, January 21, 2012

Bantal or Whatever for Hantaran

Semester break ni banyak sangat plan untuk wedding preparations. Hope semuanya berjalan dengan lancar tanpa halangan yang bukan-bukan. Sebab tinggal berapa bulan je lagi. Tolak tambah final sem, saya ada lebih kurang 3 bulan yang betul-betul free. 

Jadi, start hari ini memang kena run walau macam mana pun. Pelamin decor, nikah and reception outfit keep in view dulu sebab tunggu Taufik cuti for a week. Insyaallah early february terjah butik tersebut. Memang dah aim and dah mintak quotes. Tinggal nak pergi butik discuss every single details. Malas nak survey lain-lain dah. Nanti ada je yang nak tukar here and there. So, decide terus. Design baju semua dah ada, just nak bagi kalau ada yang nak alter sketch ke whatever time tu. Tengok jugak, takut-takut my body tak sesuai dengan design tu. Kenalah jugak alter kan. Hehe

Ok, dah melencong jauh sangat. Berbalik pada tajuk, saya dah ada theme color untuk hantaran ke pihak lelaki. Dari pihak lelaki ke pihak perempuan, Taufik and his family decide. Maka, no worries. Saya jugak dah decide nak buat macam mana. Problemnya sekarang adalah, saya tak pasti material apa yang nak digunakan nanti for bantal hantaran.





Sumber: Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2011

Cantik kan? Idea saya ambil dari sini, cuma decoration and theme color tu berbeza. Confius pasal bantal tu. Sebenarnya bantal or polistren ye? Sebab tengok shape dia macam polistren. Blur sekejap. Kalau bantal kekabu of course tak sestabil itu kan. Tapi tak pernah lagi jumpa polistren shape begitu. Ada yang dah siap ke? Hehe. Siapa-siapa yang tahu, tolong saya ye. Sebab ingat nak start beli dah. Thanks in advance.

Till then, peeps.

Idea Brown Paper Bag for Door Gift

Sekarang macam dah jadi trend brown paper bag dijadikan ole-ole untuk tetamu pada hari perkahwinan. Dengan kosnya yang tidaklah semahal door gift lainnya, saya rasa saya pun ada terniat nak buat brown paper bag as door gift. Dalamnya nanti letaklah kerepek atau apa-apa yang seangkatan dengannya. For sure makanan. Sebab kalau bagi lain-lain tak tahu la pulak berapa kos yang akan dikeluarkan. Bukan kedekut ye adik-adik. Jimat, fikir after married lagi banyak nak guna duit.

Lagipun brown paper bag ni cute kan. Ally Iskandar and Farah Lee pun jadikan doorgift for their solemnization. Nanti letaklah sticker bagi lagi cantik. DIY sticker pun dah ada dalam simpanan, tinggal nak print. Kalau boleh semua pun nak DIY. Mana yang termampu la. Harap-harap boleh jimatkan kos menempah di kedai. Tak cantik pada mata orang lain pun takpe, janji cantik di mata sendiri. Apakah? Syok sendiri. Hehe

Idea yang boleh diambil oleh bride-to-be. Tapi rasanya semua pun dah sedia maklum tentang kewujudan this cute door gift.




Sumber: Google Images


Sumber: Ex B2B 
Tapi tak ingat link. Ampun Mak.

Till then, peeps.

Friday, January 13, 2012

MUA Hunting

Sekarang still tercari-cari MUA for solemnization. Saya suka make up yang simple and looks natural. Bulu mata taknak la nampak sangat palsu kalau pakai bulu mata palsu pun. Lentik semacam, nampak sangat tak natural. Huhu. Ada berkenan dengan 1 bridal ni. Dia quotes price ok. Tapi dia cakap, priority untuk yang amek full package dengan dia. Means, pelamin decorations segala bagai tu. Sebab jauh kan. Lagi pulak peak season time majlis saya. Takpelah, mungkin takde rezeki nak hire dia. Jangan sedih, cari yang lain.

Several make up artist below. Saya sertakan sekali dengan link mereka. Jadi sesiapa yang berminat boleh jenguk-jenguk. Ada yang saya dah request quote, dah bagi feedback. Ada jugak yang belum reply and belum sempat request quote.




Asmara Hanis 0137708733
Based in Batu Pahat

Ok, anda rasa anda suka yang mana? I love the first one. Nampak seri pengantin. But, saya anggap takda rezeki nak hire beliau. Sobbing hardly. El Lydia Bridal pun cantik, tapi saya kurang suka bahagian mata, obvious pakai bulu mata palsu. Serie Ahmad pun cantik, love part mata tu. Dah mintak quotation tapi belum ada feedback. And last credit to Miss Yuyu. Looks natural kan. Dia hire Asmara Hanis ni masa bertandang kat Kluang, tapi saya rasa sesuai jugak untuk make up nikah.

For those yang based in Johor specially Simpang Renggam or Pontian, let me know kalau ada MUA yang highly recommended ye. For nikah pun jadi la. Sebab reception saya rasa nak amek pakej from bridal boutique je. Jimat. Hehe

Till then, peeps.

Thursday, January 12, 2012

OP and OV Booked

Sorry haven't updating for quite some time. Tengah final exam sekarang, makanya tak sempat nak update apa-apa. Tambahan takda mood dan takde idea yang bagus untuk dikongsikan. Ecehhh

Progress pasal wedding takda la banyak sangat. Cuti sem nanti baru menggelabah nak pergi kursus kahwen, nak setel baju nikah and sanding. Bridal boutique dah aim nak ambil yang mana, hopefully everything will be fine. Nanti datang kedai bincang lagi details. Huhu

Ok, berbalik pada tajuk. Photographer and videographer already booked. Alhamdulillah. Photographer booked bulan disember haritu. Booked awal-awal. Takut sebab dia ambil limited slot for this year. Nak tahu siapa? Kalau OP kat Johor ni, dia antara yang paling femes la. Sebab hasil-hasil kerja dia sangatlah awesome. Saya memang dah aim sejak sebelum tunang dulu. Mesti dah agak siapa kan? Hehe

Facebook: Foto by Razali

Berkenaan dengan videographer pula, saya booked last week. Alhamdulillah. Videographer dari KL sebabnya quotes dari vidoegrapher Johor semua rasa nak pengsan. Mahal yang amat. Ada beberapa blogger juga hire this videographer. 1 event RM499, saya ambil for 2 events. Tambah-tolak-darab-bahagi dengan transportation cost around RM1300. Accommodation kena provide, so cari yang murah-murah je. Hehe


Ketiga-tiga link di atas adalah orang yang sama. So, jangan confuse pulak. Adib Fahim dia pakai untuk wedding job. Dia cakap kira macam artis la ada nama glemer. Hehe. Nama sebenarnya Muhammad Azli. Siapa yang berminat cepat-cepat terjah ok.

Till then, peeps.