FOLLOWERS

Wednesday, July 25, 2012

DIY Bunga Pahar Tisu

Hye lovelies.

Lama tak update blog, kemain malas lagi nak buka lappy apatah lagi puasa-puasa ni. Kerja membuta je. Wedding preps pun dah lama tinggal. Banyak sangat yang tak buat lagi. Adeh. Hari ni baru start balik kerja yang terbengkalai. Jadi, nak share sket dengan bride-to-be cara nak buat bunga pahar menggunakan tissue paper. Rasanya orang familiar dengan bunga tisu, orang tak panggil bunga crepe kan walaupun saya guna crepe paper saja. Di sini saya ada tunjukkan cara-cara nak buat bunga tisu ni.


Barang-barang yang diperlukan semestinya tissue paper / crepe paper. Saya guna crepe paper sebab keras sket compared to tissue paper. Dawai halus, tapi jangan halus sangat sebab nanti nak balut kat lidi susah pulak. Ribbon tu optional, saya guna white ribbon and polka ribbon kononnya combination tu akan nampak sweet tapi tersalah beli color. Color ribbon kalau nak lagi cantik beli yang striking sket dari crepe paper tu. Then, lidi sate and gunting.


Firstly, crepe paper yang besar tu lipat dua. Then lipat lagi dua. Sorry lupa nak snap gambar. Huhu. Lepas dah lipat dua, lipat tiga akan dapat segi empat tepat macam gambar atas ni. Segi empat tepat ni akan dapat 24 pieces. 6 pieces untuk 1 bunga. Jadi 1 crepe paper kita akan dapat 4 kuntum bunga.


Then boleh mula lipat macam nak buat kipas tu. Boleh refer gambar di atas ye. Kalau nak dapatkan bunga yang lagi cantik boleh tambahkan helaian kertas tu. Ikut la nak 6 pieces ke, 8 pieces ke.


Bila dah siap lipat, tengah tu boleh diikat dengan dawai halus. Kalau nak terus ikatkan sekali dengan lidi pun lagi bagus. Then hujungnya digunting dengan bentuk separa bulat. Nak segitiga pun boleh, tak jadi masalah.



Sekarang, boleh tarik satu persatu kertas tu. Jangan tarik ganas sangat ye, takut terkoyak pulak kang. Hehe. Masa tarik tu, boleh bentukkan sesuka hati bagi dia mengembang dengan cantik.


Dah pun siap. Sebenarnya kan, terlupa nak snap gambar masa pasang lidi. Saya cakap je ye tanpa gambar. Lepas dah siap, ikatkan lidi dengan lebihan dawai yang ada bawah bunga. Ikat ketat-ketat tau. Then balut dengan tape apa entah namanya kat lidi tu. Ala yang color putih tu, untuk tutup cela-cela yang ada pada lidi. Hehe. Jangan lupa letakkan kain net sekali untuk letak telur. And last sekali ikat ribbon ikut kreativiti.



Inilah hasilnya bunga pahar saya. Tapi belum siap sepenuhnya, baru rajin buat separuh. Ada lagi separuh nak kena buat. Hope entri ni dapat membantu rakan-rakan bride-to-be yang berminat nak buat bunga ni.

Selamat mencuba.

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

21 Footprint (s):

hanisah said... Reply To This Comment

bunga ni tgh trend...huuhuh..niat di hati nak buat..tapi dah beli bunga pahar lebih awal sebab takut takde masa nak buat..huhuhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@hanisah Ni ika sesaja je buat, maybe untuk time nikah. Nak buat byk mmg tak larat la walaupun duk umah goyang kaki. Bunga pahar untuk reception beli sajo. Hehe

Cik Tqah said... Reply To This Comment

cantikk..pndai wat

cik chinta said... Reply To This Comment

mmg cute. dlu berangan gak. tp xde nye sempat. ha8

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Cik Tqah Thank you. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cik chinta Ni pun bermalas-malas jugak buat. Hehe

Syazlina Khairuddin said... Reply To This Comment

cantik..riben polkadot tu lg mcantikkan bunga pahar tu =)

S.U.R.I.A. said... Reply To This Comment

wauu..tantek yer....
suria yer dh siap..cpt2 siapkn

Rina Hamid said... Reply To This Comment

comel sgt...suke la kaler2 tu..hhee

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Syazlina Khairuddin Thanks dear. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@S.U.R.I.A. Tengah berusaha. Hehe. Tq awak. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Rina Hamid Thanks Rina. :)

P E T A K B U N G A said... Reply To This Comment

ramai buat bunga ni..kita pun sama.. murah dan senang

BIE said... Reply To This Comment

nice.. Cik bie buat pun ikut step yg sama.. Comelnya bunga telur cik ika.. Ada polka dot reben dia. Suka!

ciksusu said... Reply To This Comment

cute ;)
kte mybe buat utk brtandang ;)

S.n.Fariza said... Reply To This Comment

cntik :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@P E T A K B U N G A Yup, cume kengkadang malas je. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@BIE Ika pun ikut step dari internet jugak sebenarnya. Hehe. Thank u bie. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@ciksusu Kita pun ada plan nak buat untuk tandang jugak. Tp tengok sempatnya dan kerajinannya. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@S.n.Fariza Thank u awak. :)

zuraidah said... Reply To This Comment

shantexx ok comb colour pink+blue