FOLLOWERS

Saturday, June 30, 2012

Save The Date


Ramai kawan-kawan yang majlis lepas raya dah siap kumpul alamat, saya baru terkedek-kedek nak kumpul. Hehe. Kepada blogger yang sudi datang ke majlis saya, sila tinggalkan alamat di ruangan komen atau untuk lebih privacy boleh email saya di misz_ieka@yahoo.com

Majlis diadakan di kediaman ibu bapa saya di Benut, Pontian, Johor.

Terima kasih.

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.
 
Till then, peeps. 

Wednesday, June 27, 2012

Second Fitting


Last two days pergi butik terkedek-kedek bawak baju reception nak tunjuk untuk buat baju Taufik. Request baju yang kitorang minat sebab nampak simple, bukan baju pengantin lelaki yang coat kat luar tu tau. Request baju yang macam baju melayu, pakai sampin kat luar since masa bertandang nanti Taufik akan pakai baju yang coat kat luar tu. Hopefully color tak lari jauh mana la kan.

Baju reception saya dah siap, dah simpan dalam almari. Dah fitting buat kedua kalinya tapi longgar sket. Maybe nanti alter sendiri kot. Lengan pun nak tambah manik sket, nampak macam kosong sangat. Request kat tailor, dia cakap saya cerewet. Fine. Cakap belakang-belakang pulak tu. Padahal dari awal lagi memang request nak buat kat lengan. Siap bagi gambar berjuta kali lah. Geram sangat. Dia cakap kalau nak tambah boleh je, tapi kena ambil lambat sket. Tak boleh rushing. What the hack! Sebelum ni padahal banyak masa dah aku bagi kat kau. Dengan customer layan macam hampeh. Siap ngadu lagi cakap aku cerewet. Hui, hape pun tak boleh.

Makin dekat dengan hari, makin banyak dugaan dari orang-orang macam ni. Si mulut laser ni pun tak berapa nak tahan sabar dah. Lama sangat dah berdiam. Geram sangat, perasaan ni Allah je yang tahu. Try fikir, baru bagitahu total upah jahit manik berapa. Then saya cakap nanti saya bayar. Tahu tak dia cakap apa, jangan lambat sangat tau. Takut adik ipar dia marah (Adik ipar dia sama dengan orang yang jahit manik). Mengamuk saya, saya cakap baru bagitahu takkan dan-dan nak payment. Takut sangat tak bayar ke apa. Selama ni modal semua saya yang bagi. Geram sangat, terus transfer. Puas lah hati dia. Muka cerewet ni la bagi kau modal beli lace semua tau. Padahal deposit dah bayar, nak beli lace mintak lagi duit. Mintak duit jam tu jugak nak suruh bank in.

Sekarang apa-apa jadi kena redha je lah. Mungkin saya cerewet, tapi saya tak pernah tukar design ke apa ke dari awal sampai akhir. Sket pun tak pernah. Apa yang saya cakap, gambar apa yang saya bagi tak pernah saya sibuk nak tukar-tukar ke apa. Bagi description satu persatu. Ingat nak bagi dia senang, tapi tanya jugak dua tiga kali details. Kalau korang kat tempat saya, mungkin akan rasa perasaan yang sama. Cerewet tang mana pun saya tak tahu.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

Friday, June 15, 2012

Saya Mahu T-Shirt Bride & Groom Tu

Hye lovelies.


Kalau ada benda free, cepat-cepat je nak join kan. Hehe. Join je la selagi mampu. Mana tau ada rezeki dapat tshirt tu kan. Siapa nak join boleh visit blog bride-to-be Asfiza. And just follow the rules. Good luck darling.

Wednesday, June 13, 2012

Welcome to the Second


Today is our engagement anniversary. Alhamdulillah, Allah gives me chance to know him well. I remember the day like it was yesterday. Time really flies so fast right? I wish I'll be a better person to this favourite man. Be a good wife soon. Hehe. Please pray for us darling. Yup, there are no words can describe how much I want him to be by my side. No words to describe how much I love him every single day. Thank you God for giving us another day, another chance to be a better person towards each other. Hope till forever.

Last but not least,

Welcome to the second, dear fiancee.

I love you,
Today and all the year through.

Tuesday, June 12, 2012

Checklist Before Moving Into Rented House

Hye lovelies.

Seperti yang dijanjikan, saya perlu come out with a good checklist so that takda lah barang yang takda dalam senarai pun nak menggedik-gedik beli jugak. Perlu extra berjimat, kalau tak akhir bulan makan pasir. Nak? Hehe

Checklist ini mengikut keperluan kami rasa, sebab just menyewa kan. Takdelah kena complete here and there. Lagipun saya lebih sukakan rumah yang simple, tak perlu banyak furniture pun boleh cantik. Kena pandai bermain dengan color dan ruang. Ewah, bukan main. Dulu cita-citanya nak jadi interior designer kononnya, tapi malas belajar. Hehe

Living Hall
Set Sofa Optional
TV Optional. Bagi saya lappy plus broadband 24 hours pun bertahan.
TV Cabinet Optional. Kalau takda TV, tak payah cabinet.
Carpet Done
Curtain
Frame Done
Cermin Besar
Coffee Table

Dining Hall
Dining Table

Kitchen
Rice Cooker Done
Cooking Stuffs Done
Toaster Done
Fridge
Heater Done
Stove Done
Dishes Rack
Plate Sets
Tong Gas
Small Oven Kena ada sebab kalau tak saya bosan.

Bedroom
Al-quran Done
Katil Bonda suruh bawak yang bonda hadiahkan. Kena consider cost transport pula. 
Dressing Table 
Wardrobe
Carpet
Towel Done
Hanger Done
Curtain
Pillow Done
Bed Sheets Done
Comforter Done

Toilet
Toiletries
Slipper

Laundry
Washing Machine Optional. Awal-awal tak ada pun it's okay.
Laundry Basket Done
Pail Done
Hanger Done
Brush Done
Softener
Laundry Powder

Banyak jugak kan? Tapi kalau boleh utamakan barang-barang yang sangat perlu. Barang-barang yang tak berapa nak penting sangat, boleh ketepikan dulu. Ada ex-bride cakap tunggu hadiah kahwen baru beli. Ada betul jugak. Tapi ada ke orang nak bagi hadiah? Hehe. Rasanya setakat ni dulu, kalau ada yang tak ingat akan ditambah lagi. Tapi rasanya cukup kot untuk awal-awal ni. Ke ada lagi ye.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

Monday, June 11, 2012

Hunting Rumah Sewa

Hye lovelies.

Selama ni sibuk cerita wedding preps. Sekarang ni nak cakap pasal post wedding pulak. Ingat nak kahwen saja ada checklist, nak masuk rumah baru pun kena ada checklist. Lelah sekejap. Hehe. Tapi kehidupan after married lagi penting. Kena diutamakan.

Saya dan Taufik sepakat nak duduk rumah sewa after married. Rumah sendiri tunggulah lepas saya dah bekerja beberapa tahun nanti. Tak kisahlah, janji boleh duduk berdua, rasa susah senang. Sekurang-kurangnya belajar hidup berdikari. Belajar nak handle bila barang rumah takde, beras habis and so on. Nanti bila dah bertambah ahli Insyaallah kita dah biasa nak handle dengan jayanya. Hehe. Sekarang tengah hunting rumah sewa area berdekatan dengan tempat kerja Taufik. Ada jumpa beberapa tapi tak decide lagi.

Selayang
Taufik cakap susah nak park kereta. Tak tahu berapa sebulan, tak tanya banyak sangat sebab macam tak jadi nak sewa rumah area situ. Tapi ramai kata senang nak cari rumah sewa kat sana. Sesiapa yang tahu, dont hesitate to inform me ya.

Seksyen 10
Apartment. RM850 sebulan fully furnished. Tapi awal-awal dah tolak sebab sewa mahal. Haha. Nak duduk dua orang je macam tak berbaloi pulak sewa mahal-mahal. Rasanya tak perlu nak fully furnished buat masa sekarang ni kan. Guna apa yang ada.

Damansara Damai
Apartment jugak, nama kalau tak silap Apartment Impian. First memang aim yang ni sebab sewa dalam RM500 sebulan. Anak sedara pun duk menyewa area Damansara tu jugak tapi tak sure pulak apartment mana satu. Suruh dia carikkan lubang kerja. So kalau dapat area situ senang la jugak kan. Amek kesempatan sekali. Hehe. Sekarang Taufik belum sempat nak usha lebih dalam. Tunggulah July or awal August.

Awal-awal kehidupan lepas kahwen nanti guna apa yang ada dulu. Nanti boleh kumpul sket-sket. Sekarang ni pun saya dah ada beberapa keperluan yang agak penting. Beli masa belajar, tapi tak berapa nak guna sangat. So, nanti bolehlah bawak masuk rumah sewa. Nampaknya macam kena buat checklist jugak ni. Next entree lah ye. Hehe


P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

Saturday, June 9, 2012

Wedding Progress Lah Sangat

Hye lovelies.

Disebabkan malas nak update checklist yang panjang berjela tu, saya come out dengan this entree. Just a quick update, mana-mana yang penting saja.

Satu
Baju Nikah Encik Taufik kesayangan dah siap dan dah pick up by his sister last two days. Ok, yang ini sangat jeles. Apa taknya, dan-dan terus call cakap kakak dia dah amek baju nikah plus jangan jeles sebab baju dia sangat cantik dan kemas. Padahal dia sendiri tak tengok lagi. Memang berbulu je perasaan. Hihi. Dah dapat MMS dari FSIL, memang cantik pun. Alhamdulillah, tak sabar nak tengok the real one. Tengok dalam gambar sangatlah tak puas. Hehe

Dua
Disebabkan design Wedding Card dah siap, sekarang tengah hunting tempat nak print. Punya lah busy email mintak diorang punya quotation sampai terlupa sebenarnya abang saya pernah designkan dan printkan wedding card kawan dia. Mintak-mintak dia boleh printkan untuk saya jugak. Dapat sponsor pun best jugak ni. Hehe. Sebab saya nak guna material ivory card yang putih gebu tu. Vendor-vendor quoted business diorang guna art card. Art card tu yang licin and kilat tu kan? Saya kurang minat yang kilat-kilat ni. Hehe

Tiga
Part yang tak berapa nak best sangat. Again. Saya awal-awal dah inform tailor nak amek Baju Reception at the end of May. Bukan saya amek pun, mintak tolong Taufik pergi amek sebab saya sekarang busy dengan final exam. Tak akhir bulan lagi, tailor dah message suruh amek lambat sket, sebab orang yang buat beading tu nak bertunang. Dia suruh amek this week. Ok, faham. Then semalam dia message suruh amek next week pulak. Apakah? Dah lama sangat delay. Risau takut butik tak sempat buat baju Taufik. Next week kalau belum siap jugak tak tahu lah nak cakap apa. A bit drama la kan masa reply message tu. Biasalah, emosi tak stabil. Haha. 

Empat
Lagi satu tentang kain untuk buat Veil for Reception. Masa tailor potong kain untuk buat baju memang takde lebih sebab saya buat kain ala-ala princess kononnya. Then saya cakap it's ok nanti saya beli kain lagi. Tahu tak dia cakap apa? Dia cakap tak sempat dah nak buat veil sebab tempahan banyak plus sekarang dah closed untuk sebarang tempahan. Geramnya, padahal include sekali dengan slot saya kot. Ok, takpe. Buat sendiri. Mintak-mintak menjadi. Lelah dibuatnya tahu.

Lima
Bonda call semalam sampaikan pesanan Kak Long yang suruh tanya saya Bunga Telur or Bunga Pahar nak yang murah ke yang mahal? Kak Long saya memang suka tau buat saya malu-malu macam ni. Haha. Tak kisah la mahal ke murah. Orang nak sponsor pun dah syukur Alhamdulillah.

Okay, sedih sebab tak banyak progress. Hal-hal kecik memang saya tak sentuh langsung. Akhir June ni dah habis belajar then balik kampung. Time ni lah nak pulun tunggang terbalik sampai pengsan. Part setelkan borang-borang mintak-mintak senang and takde masalah.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

Wednesday, June 6, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Everything Happens for A Reason

Hye lovelies.

I believe bila hari ini Allah datangkan kesedihan, sure esok lusa Dia gantikan dengan double triple kegembiraan. Always remember that everything happens for a reason. Sometimes we should figure out what all this is for. Hari ni kita plan macam ni, belum tentu apa yang kita plan tu betul-betul jadi as per planned. Thats why kena sentiasa bersedia dengan 1001 kemungkinan. Kena redha dengan semua yang berlaku. Mungkin kita tak tahu apa maksud yang tersirat. Allah tu kan Maha Adil.




Alhamdulillah. Thanks for the complimentary. Thanks Qarmasutra for making me smile for the whole day. Last minute joined and win. Even just complimentary, but its more than enough for me. I thanked Allah. And thanked for those who liked my link last two days. Thank you so much. Got a wish from my favorite man made my eyes full with tears. Its touched. Thanks, you. 

Oh, congrates to all the winners. Gieya, Miza, Cik Rai and Zaa. You deserved to win darling.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

Monday, June 4, 2012

Lembayung Senja Photography

Hye lovelies.

Spread the news to bride-to-be bloggers. Lembayung Senja Photography shows their appreciation in this promo. 


Lets pictures do the talking. Some of their works.






All the pictures credit to Lembayung Senja Photography

Really awesome. Since saya dah booked official photography, so saya tolong promote on behalf. Thanks Lembayung Senja sebab drop comment and informed me this promo. For those bride-to-be out there, do grab this chance okay sayang.

Sunday, June 3, 2012

Honeymoon Booked

Hye lovelies.

Sempat lagi update kan, esok start first paper sudah tapi masih lagi berangan di awang-awangan. Hehe. Takpe, update secara pantas. Alhamdulillah, setelah berbagai halangan yang ditempuhi last week untuk book honeymoon, berjaya jugak booked akhirnya. Sekarang dah menggedik-gedik tak sabar. Apa pun tak boleh. Hehe. Honeymoon dalam Malaysia saja ye, takde maknanya nak pergi oversea. Over the sea saja yang mampu setakat ni. Takpe, janji dapat spend a quality time with husband. It should be totally okay kan.

Teaser sket. Hehe


For sure tahu kat mana kan? Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

Saturday, June 2, 2012

Something Unique and Fresh by Qarmasutra

Hye lovelies.

Pernah dengar Qarmasutra Weddings and Events? Before ni memang tak pernah dengar. Dapat tahu pun dari ex B2B Rina Lia, ingatkan nak join contest yang diorang buat tapi masa takde plus takde idea yang banyak nak up entri merepek so tak jadilah join. Lagipun setahu saya boleh join sampai end of May. Then tadi B2B comment kenapa tak join terus. Saya cakap tak dan dah nak join, rupanya close date extend till 3rd June. Berkobar terus nak try. Sesuka je nak join contest ni sebenarnya. Hehe

Saya suka diorang punya idea. Something different compared other wedding planner. Suka sangat. Kreatif yang amat diorang ni kan. Nak bukak business bridal jugak boleh tak? Hehe. 
Nak tahu siapa yang wujudkan Qarmasutra ni? Qarmasutra created by dua orang jejaka yang sangat kreatif which are:




Diorang punya artworks sangatlah awesome plus superb. Memang sangat rare la. Sebati dan sesuai dengan jiwa keremajaan. Cewah. Nak tengok diorang punya hasil seni? Meh teruja sama.







Dan paling menakjubkan, mereka juga mampu menghasilkan dais yang sangatlah cantik. Boleh melting ok kalau anda tengok.











Sebenarnya saya suka semua dais yang diorang designed. But I choose one the most favorite.


Faint. Super gorgeous. For those bride-to-be yang still mencari-cari your wedding planner, you can consider them. Bertuahnya badan kalau dapat duduk atas one of the dais. Feeling ala-ala princess gitu. Berangan tak sudah-sudah. Yela, berangan je mampu sebab tak guna duit. Hehe

Sementara masih ada tak sampai sehari ni, bloggers semua anda dialu-alukan join contest ni. Mana tahu rezeki kan. Contest yang mudah, just follow diorang punya rules. Visit website or facebook diorang here.


P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps.