FOLLOWERS

Wednesday, June 27, 2012

Second Fitting


Last two days pergi butik terkedek-kedek bawak baju reception nak tunjuk untuk buat baju Taufik. Request baju yang kitorang minat sebab nampak simple, bukan baju pengantin lelaki yang coat kat luar tu tau. Request baju yang macam baju melayu, pakai sampin kat luar since masa bertandang nanti Taufik akan pakai baju yang coat kat luar tu. Hopefully color tak lari jauh mana la kan.

Baju reception saya dah siap, dah simpan dalam almari. Dah fitting buat kedua kalinya tapi longgar sket. Maybe nanti alter sendiri kot. Lengan pun nak tambah manik sket, nampak macam kosong sangat. Request kat tailor, dia cakap saya cerewet. Fine. Cakap belakang-belakang pulak tu. Padahal dari awal lagi memang request nak buat kat lengan. Siap bagi gambar berjuta kali lah. Geram sangat. Dia cakap kalau nak tambah boleh je, tapi kena ambil lambat sket. Tak boleh rushing. What the hack! Sebelum ni padahal banyak masa dah aku bagi kat kau. Dengan customer layan macam hampeh. Siap ngadu lagi cakap aku cerewet. Hui, hape pun tak boleh.

Makin dekat dengan hari, makin banyak dugaan dari orang-orang macam ni. Si mulut laser ni pun tak berapa nak tahan sabar dah. Lama sangat dah berdiam. Geram sangat, perasaan ni Allah je yang tahu. Try fikir, baru bagitahu total upah jahit manik berapa. Then saya cakap nanti saya bayar. Tahu tak dia cakap apa, jangan lambat sangat tau. Takut adik ipar dia marah (Adik ipar dia sama dengan orang yang jahit manik). Mengamuk saya, saya cakap baru bagitahu takkan dan-dan nak payment. Takut sangat tak bayar ke apa. Selama ni modal semua saya yang bagi. Geram sangat, terus transfer. Puas lah hati dia. Muka cerewet ni la bagi kau modal beli lace semua tau. Padahal deposit dah bayar, nak beli lace mintak lagi duit. Mintak duit jam tu jugak nak suruh bank in.

Sekarang apa-apa jadi kena redha je lah. Mungkin saya cerewet, tapi saya tak pernah tukar design ke apa ke dari awal sampai akhir. Sket pun tak pernah. Apa yang saya cakap, gambar apa yang saya bagi tak pernah saya sibuk nak tukar-tukar ke apa. Bagi description satu persatu. Ingat nak bagi dia senang, tapi tanya jugak dua tiga kali details. Kalau korang kat tempat saya, mungkin akan rasa perasaan yang sama. Cerewet tang mana pun saya tak tahu.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

24 Footprint (s):

hanisah said... Reply To This Comment

sabar je lah..masih ada sedikit masa..insyaAllah dipermudahkan

Miss Ika said... Reply To This Comment

Nisa | Dah lama sangat dah bersabar, rasa macam nak menangis je rasa.

hanisah said... Reply To This Comment

Maybe ada yg terbaik dah disusun untuk you..

Cik Zimie said... Reply To This Comment

siapa pula si mulut kaser tu ika?sabo jela je ye.dekat2 kawen mmg gitu, ade je x kena..huhu

MizaShoppe said... Reply To This Comment

hye..juz jalan2..hehe..
ada jugak ek tailor yg mcm tu..hurmm...

Mr and Ms bOZhiCkA said... Reply To This Comment

We have a same name..Ika..yeay, finally I found one..heee..nice to know you bride to be... Feel free follow my blog k, I already follow yours..pasal baju tu, tak payahlah suroh tailor tu jahit manik ke apa, nanti dia buat nak tak nak je, jadi lain pulak baju nanti..DIY lebih puas hati..

neng ana said... Reply To This Comment

Dugaan kuat tu..kalau sy pn cnfirm da nangis! Tapi nak bt cmne. Sabar..sabar..sabar.. Nnnt penat nk sakit hati ngn dia je.huhu

S.n.Fariza said... Reply To This Comment

mmg perlukan kesabaran :)
insyaAllah ada hikmah semua itu.
nice outfit

Sharz said... Reply To This Comment

sabar je la ek...tapi kite tengok dah okay..tapi nie baju pengantin, so pengantin kenela suka jugak kan?? =)

Cik Tqah said... Reply To This Comment

doa semuanya berjalan lancar..doakan i gak eh.. hihi.. ala..baju kite mestila nk perfect.. tmbh plak upah org..i yg jahit sendiri ni xpela kalau xperfect

Miss Ika said... Reply To This Comment

@hanisah Hope so. Thank you dear.

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Cik Zimie Ika la si mulot laser tu. Ngeh3x

Miss Ika said... Reply To This Comment

@MizaShoppe Tula pasal. Huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Mr and Ms bOZhiCkA Tula, mak kita pun suruh buat sendiri je.

Thanks dear.

Miss Ika said... Reply To This Comment

@neng ana Dah nanges dah pun. Tapi nanges pun takleh nak buat pe kan. Sabar je la. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@S.n.Fariza Insyaallah. Thanks dear.

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Sharz Dah okay dear. Cuma lengan tu, kita mintak dia letak manik jugak, tapi dia tak buat. Huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Cik Tqah Kalau buat sendiri lagi puas hati. At least, perfect kat mata kita. Hehe

dhiera said... Reply To This Comment

customer always right maaa~

Miss Ika said... Reply To This Comment

@dhiera Kan? Tapi macam takleh nak berdebat sangat. Menjaga hati kononnya. Takut gaduh pulak kang. Hihi

zaujah until jannah said... Reply To This Comment

baju awk tersgt cantikk

Miss Ika said... Reply To This Comment

@zaujah until jannah Thank you awak. Saya pun suka. Hehe

baby lydia said... Reply To This Comment

cntik lh dear baju nikah tue..gojess sgt !!! org jb..same lh kite.dya org senggarang jek..mjlis pn sma bln 9.tarikh jek x sma..salam syg n kenal..dya follower sini ya...

Miss Ika said... Reply To This Comment

@baby lydia Ni baju sanding dear, baju nikah belum siap lagi. Hehe. Kita org benut je. Thanks awak. Hehhh