FOLLOWERS

Monday, June 11, 2012

Hunting Rumah Sewa

Hye lovelies.

Selama ni sibuk cerita wedding preps. Sekarang ni nak cakap pasal post wedding pulak. Ingat nak kahwen saja ada checklist, nak masuk rumah baru pun kena ada checklist. Lelah sekejap. Hehe. Tapi kehidupan after married lagi penting. Kena diutamakan.

Saya dan Taufik sepakat nak duduk rumah sewa after married. Rumah sendiri tunggulah lepas saya dah bekerja beberapa tahun nanti. Tak kisahlah, janji boleh duduk berdua, rasa susah senang. Sekurang-kurangnya belajar hidup berdikari. Belajar nak handle bila barang rumah takde, beras habis and so on. Nanti bila dah bertambah ahli Insyaallah kita dah biasa nak handle dengan jayanya. Hehe. Sekarang tengah hunting rumah sewa area berdekatan dengan tempat kerja Taufik. Ada jumpa beberapa tapi tak decide lagi.

Selayang
Taufik cakap susah nak park kereta. Tak tahu berapa sebulan, tak tanya banyak sangat sebab macam tak jadi nak sewa rumah area situ. Tapi ramai kata senang nak cari rumah sewa kat sana. Sesiapa yang tahu, dont hesitate to inform me ya.

Seksyen 10
Apartment. RM850 sebulan fully furnished. Tapi awal-awal dah tolak sebab sewa mahal. Haha. Nak duduk dua orang je macam tak berbaloi pulak sewa mahal-mahal. Rasanya tak perlu nak fully furnished buat masa sekarang ni kan. Guna apa yang ada.

Damansara Damai
Apartment jugak, nama kalau tak silap Apartment Impian. First memang aim yang ni sebab sewa dalam RM500 sebulan. Anak sedara pun duk menyewa area Damansara tu jugak tapi tak sure pulak apartment mana satu. Suruh dia carikkan lubang kerja. So kalau dapat area situ senang la jugak kan. Amek kesempatan sekali. Hehe. Sekarang Taufik belum sempat nak usha lebih dalam. Tunggulah July or awal August.

Awal-awal kehidupan lepas kahwen nanti guna apa yang ada dulu. Nanti boleh kumpul sket-sket. Sekarang ni pun saya dah ada beberapa keperluan yang agak penting. Beli masa belajar, tapi tak berapa nak guna sangat. So, nanti bolehlah bawak masuk rumah sewa. Nampaknya macam kena buat checklist jugak ni. Next entree lah ye. Hehe


P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 

16 Footprint (s):

SarahSyafiq said... Reply To This Comment

sementara sewa rumah biar je sikit2 brg sbb nnti susah time nk pindah.hehe, advice dr org yg dah ad experience.

Diyana said... Reply To This Comment

serius....nak masuk rumah kne ada checklist..
klu x nnti semua barang rasa nak beli....
hoho

S.U.R.I.A. said... Reply To This Comment

damansara damai tgok location...ada tmpt ramai org negro...plg selmt area prima damansara...insyallah suria pas kawin duk situ..mana tau berjiran kiter..keh2.....

situ rate sama cam damansara damai..cz diorg berjiran jee

Qyla Aqilah said... Reply To This Comment

Buat jer list dulu nnt tolak apa yg ptt bila dapat hadiah kawin..:)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Sarah | Tula, kita pun pk jugak. Kang nak pindah susah pulak nak ngangkut. Mana tahu kan tetiba dapat balik Johor terus. Berangan. Hihi

Miss Ika said... Reply To This Comment

Diyana | Kan? Nafsu pempuan ada 9 kan. Kalau boleh semua nak complete. Hehhh

Miss Ika said... Reply To This Comment

Suria | Prima Damansara? Nanti boleh try usha situ pulak. Thanks for the info. Hee

Miss Ika said... Reply To This Comment

Qyla | Ada ke orang nak bg hadiah? Haha. Ura-ura cm tak ramai je datang. Sobss

Diyana said... Reply To This Comment

2 laa pun...ikut kan nafsu, mau kopak.... huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

Diyana | Kena discuss dengan future husband. Sebab lelaki bernas sket idea diorang. Hehe

dhiera said... Reply To This Comment

kite pun tengah cari rumah ni~ pening~

Norhasliza Hashim said... Reply To This Comment

http://www.iproperty.com.my/propertylisting/1512076/Bukit_Idaman_Apartment_ForRent

try mcm murah ja...

Miss Ika said... Reply To This Comment

Dhiera | Haritu bukan kata dah dapat ke dear?

Miss Ika said... Reply To This Comment

Hasliza | Nanti try usha. Thank you dear. :)

Syima Syaz said... Reply To This Comment

Selayang ok jugak... tp kalau area2 damansara esp flora apart ke apa ramai negro.kalau tempat mcm ada swimming pool, guard, tp sewa murah...better consider sb mesti ada negro...

apa2 pun...check btl2 rumah.tgk toilet, tanya prob kat org sebelah menyebelah, tgk maintenance, n discuss btl2 dgn penyewa.jgn jadi mcm saya....

Miss Ika said... Reply To This Comment

Syima | Tula, member2 pun ramai suggest selayang. Hope ada lah rezeki menyewa kat sana kan.

Alamak, negro tu yang takut tu. Dh la belum kerja lagi, duk kena tinggal hari2 hubby kerja parah jugak tu. Ketakutan. Haha

Thanks for the info dear. :)