FOLLOWERS

Thursday, February 21, 2013

Boy or Girl?

Assalamualaikum and hye lovelies.

I'm already in 26 weeks pregnancy. Ramai yang tanya "Scan gender tak?" I pernah lah scan kat private masa 21 weeks, tapi actually bukan nak scan gender pun. Just scan nak tengok development baby, lagi pulak time tu I demam. Sekali harung lah. Tapi baby ni kemain lagi nak cover semua. Tak clear la bebird or flower masa doc scan. I suka doc tu sebab dia seboleh-boleh nak tunjuk muka baby. 

"Jap ye, saya cuba carik muka baby awak."

"Ala, baby awak taknak tunjuk muka la, dia cover dengan tangan."

I tanya, " Doc, baby senyap je. Tidur ke?"

"Mungkin la, senyap je. Selalunya kalau time-time macam ni baby melompat-lompat". Nampak sangat baby I pemalu. Perempuan kot, pemalu macam mommy nya. Cehh. Sebenarnya I tak kisah baby boy or girl, janji sihat Allah permudahkan masa deliver I dah bersyukur sangat. Klise tak? Hehe. Tapi ramai la dok tengok perut I then,

"Keciknya perut, macam tak ngandung, macam just buncit je."

"Tengok perut macam baru 2, 3 bulan je. Perut bulat rasanya baby boy ni."

"Tengok perut macam baby boy."

Masa awal-awal pregnant, husband la dok sakat. "Muka macam makin cantik, baby boy ni." Husband I kalau boleh memang nak baby boy walaupun dia cakap sebenarnya dia tak kisah. Tapi setiap kali I makan, kengkadang berterabur makanan mesti dia kaitkan dengan baby boy. I pun naik tak paham. Tak tahu la apa kena mengena. Haha. I pun ia kan je la. And sekarang ni ramai yang dok cakap perut I kecik sangat. Kengkadang I emo jugak tak tahu kenapa. Haha. Takpelah kecik pun. Tu pun I dah rasa mengah. Huhu

Agak-agak baby kami boy or girl?


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Macam more ke arah perempuan kan? Tapi ni just tanda je. Tak berapa nak percaya sangat pun. Kalau beli barang baby pun, husband cakap beli yang unisex. Dua-dua boleh pakai. Sampai sekarang pun belum beli barang baby lagi. Next month kot baru start beli. Tapi dah usha-usha, gatal tangan je nak amek tapi sabar. Hehe

Doakan I and baby sihat ye. Morning sickness tak hilang lagi. Jeles tengok orang makan sedap-sedap. Huhu

Till then, peeps. 

Tuesday, February 19, 2013

Masam Manis LDM

Assalamualaikum and hye lovelies.

Tadi blogwalking and terbaca blog Nana about Long Distance Marriage (LDM), terasa sebak pulak tetiba. Sebab rasa benda yang sama. Walaupun jarak tak berapa jauh antara Johor dengan Kolumpo, tapi kalau dah nama LDM mesti terasa jugak kan pahit masam manisnya. Mungkin masih baru lagi tu yang hati rasa bak tisu je. Hehe

Right after wedding memang terus LDM. First time as husband and wife, masa kena tinggal tu I masih gagah lagi. Tak tahu lah kalau sesaja buat gagah tapi memang takde scene air mata pun time tu. Rasa macam biasa je, mungkin belum rasa bebetul lagi fefeeling husband and wife. Eh. Ada eh. Hehe. Lagipun sejak berkawan, bertunang memang kitorang tak selalu jumpa. I jauh study kat Terengganu, dia kt Kolumpo. Jadi, macam dah biasa. Lepas kahwen pun macam dah boleh addapt dengan situation. Konon.

First time husband cuti after bekerja lepas event tu yang menjadi persoalan sendiri. Perasaan dah semakin sensitif. Pantang ada silap sket, mesti berjujuran air mata. Alhamdulillah, rupanya sebulan after kahwen, I terus pregnant. Berkat doa bonda yang selalu cakap, "Esok lepas kahwen rasanya kakak terus lekat tu". Doa ibu kan. Mungkin Allah nak saya ada teman sepanjang ketiadaan husband. Patutlah sensitif bukan main. Benda remeh seremeh-remeh pun boleh jadi isu. Lagi pulak I tak kerja lagi. Ramai lah yang dok tanya kenapa tak ikut je husband duduk sekali. I pun sometimes tak tahu nak cakap macam mana. Bukan kitorang tak usaha nak duduk sama, cari rumah sewa since October last year tapi belum ada rezeki. Sampai sekarang tak dapat lagi. After I dapat tahu I pregnant, alahan sangat teruk. Before tahu pun memang dah start mabuk. Jadi husband risau kalau dia ajak move time tu, masa dia kerja I sorang-sorang jugak. So kitorang decide hold dulu sampai alahan I kurang. But unluckily, sampai 3rd month pun sama je. Terus cakap dengan husband, awal 2013 kalau tak kurang jugak I nak ikut jugak dia. But perancangan Allah kan lebih better, kitorang carik rumah sewa since end of December sampai sekarang belum jumpa. Husband pujuk, mungkin belum masanya. And mungkin Allah ada plan yang lagi baik untuk I and husband.

Sedih? Sangat. Setiap hari I berendam air mata. Hari-hari tanya sendiri kenapa sampai sekarang susah sangat nak duduk dengan husband sendiri. Tambah sedih bila cuti, abang-abang I balik, sepupu-sepupu tanya husband tak cuti ke. Masing-masing berkumpul ramai-ramai tapi husband I takde. Depan diorang boleh la I senyum-senyum gelak-gelak. Masuk bilik tahu-tahu air mata keluar. Mengada kan I. Yes. Sangat. Tapi Alhamdulillah I salute kat husband sebab setiap kali check up, dia tak pernah missed. Mesti nak teman I sekali. Sampai masuk bilik doc pun nak ikut walaupun I tak bagi. Dia lagi excited dari I sendiri nak tengok our baby. Hehe. I pun excited cuma tak nak tunjuk. Hee

Cuma kengkadang I rasa give up nak mengharap. Naseb baik husband selalu cakap jangan cepat give up. One fine day, kita akan duduk sama jugak. Walaupun tak tahu bila. I sedih, bila progress pasal baby, dia dapat tahu thru phone je. Kengkadang time dia cuti, baby tak seaktif time dedi dia takde. Haa, baby pun dah pandai protes. Hehe. Time I teringin makan macam-macam, orang lain yang I susahkan. Bonda la selalu jadi mangsa. Naseb baik teringin yang senang-senang je. Kalau kesian, I buat sendiri. Tapi situasi kadang-kadang memihak pada husband, time dia takde, benda yang I teringin mesti tak dapat. Dan-dan dia cuti, dia carik dapat pulak. Rezeki baby, nak dedi dia jugak yang dapatkan. Hehe

I rasa manisnya LDM bila husband cuti sekali sekala, feeling macam pengantin baru. I duduk berkepit je dengan husband. Orang lain pun paham kot, sekali sekala jumpa. Hehe. Setiap kali keluar dating, mesti tanya nak pape tak. Mungkin husband nak balas balik benda yang I tak dapat masa dia takde. I selalu mintak makanan je. Shopping I kurang start pregnant. Lagi, I rasa skill memasak makin bertambah. Bila husband cakap nak cuti, I sibuk cari recipe yang dia suka makan. Paling tak pun tanya dia nak I masak apa. Semangat nak masak berkobar-kobar time dia cuti. Sesiapa yang LDM, for sure rasa apa yang I rasa. Sedih, happy. Lagi pulak I dah nak masuk 7 months pregnant tapi still mabuk lagi, memang sangat memerlukan husband setiap masa. Sedih jangan cakap lah. Tapi nak buat macam mana, boleh berdoa hope Allah makbulkan doa I nak duduk dengan husband secepat mungkin. Mana tahu, bila duduk sama alahan I hilang kan. Haa, berangan. Hehe. Takpe, kita ada Allah. Panjatkan doa pada dia setiap masa supaya beri yang terbaik untuk kita semua.

Rezeki Allah nak bagi pelbagai cara kan. Mungkin orang ni Allah bagi anak cepat, tapi jauh pulak dengan husband. Mungkin orang tu duduk dengan husband, ada rumah, tapi Allah hold dulu tentang anak. Semuanya ada hikmah yang Allah nak bagi. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah tu lagi hebat malah lebih baik dari perancangan kita. Kita kena banyak-banyak berdoa dan bersabar.

Insyaallah.

Till then, peeps. 

Monday, February 18, 2013

Laguna Redang: Day 3

Assalamualaikum and hye lovelies.

Last part of our honeymoon. Yeay! 


Around 8am siap-siap and pergi breakfast. Seperti biasa, tekak melayu memang nak cari makanan melayu je pepagi. Saya amek nasi lemak, boleh tahan kenyang lama sket. Hehe. Husband macam biasa, amek western. Suka bebeno dia makanan yang ala-ala healthy food sangat tu. Kenyang pun sekejap je kot. Pagi tu makan tak berapa nak rakus sangat, mungkin feeling sedih nak balik dah. Huhu. After breakfast, balik bilik semula and pack barang. Sempat la baring-baring rehat sekejap sebab check out dalam pukul 10 kalau tak silap. Saya tolong lipat-lipat baju je. Packing semua husband yang buat sebab wife dia ni dah tak berapa nak larat. Demam semakin worse time tu.





After check out terus ke jetty berjalan kaki, ajak husband naik tram dia tak nak. Nasib baik beg tak banyak, yang berat for sure husband yang bawak. Saya bawak badan and handbag je. Hihi. Before pukul 11 dah naik boat for transfer. Tapi perjalanan ke darat amek masa sket time ni sebab lagi beberapa minit nak sampai, air laut surut. Jadi boat tak boleh nak lelaju sangat. Tapi tak lama pun. Dalam pukul 12 dah sampai Merang Jetty.

Bye-bye Laguna Redang. Kalau ada rezeki Insyaallah nak pergi lagi. Memang sangat best dengan pemandangan yang sangat cantik, air laut yang bersih and jernih. Siap nampak penyu masa balik dari Marine Park. Boat siap berhenti nak suruh kitorang tengok tapi penyu tu berenang laju sangat. Saya and husband sempat la tengok, tapi nak amek gambar tak sempat. Hehe. Foods pun sangat ohsem. Sedap sampai menjilat jari. Acommodation 5 stars. Staff pun baik-baik. Takde yang sombong, semua service mantap. Anyone yang nak pergi, boleh contact thru website. Nak call pun boleh, lagi senang. Just kena alert sebab sometimes diorang buat promotion.



Sesampai je Merang Jetty, terus ke Gong Badak, Terengganu cari chalet untuk menginap malam tu. Call chalet terus, sebab before ni husband pernah duduk chalet tu. Nasib baik ada kosong area UMT. Senang nak carik makan sebab tempat tu saya dah familiar. Around 2 pm sampai cari makan dulu kat Restoran 24 Jam. Restoran ni femes jugak di kalangan student UMT. Dulu masa belajar kerap jugak makan kat situ. Harga pun not bad, banyak pilihan. Dah kenyang terus check in kat Chalet Anees. Rehat, tidur jap sampai pukul 4. Kalau boleh nak tidur lagi sampai petang tapi husband dah sibuk ajak makan sotong celup tepung. Saya pernah bawak dia dulu before kahwen. Tu yang dia sibuk teringin. Lagi pulak feberet dia sotong ni. After asar terus pergi makan celup tepung kat Warung Pok Nong, Batu Rakit. 5 minit je dari Chalet Anees. Glemer la jugak warung ni. Kalau lambat, memang full la. Masa pergi tu pun dah full tapi ada la 2 3 table yang available. Nak makan situ boleh, nak tapau pun boleh. Tapi kitorang prefer makan situ sebab mengadap laut. Makan sambil pekena ABC dia yang sedap tu, memang rasa nak order lagi. Hehe. Boleh baca review blogger di sini.

Malam tu dinner kat gelas besar pulak. Tapi tak larat dah nak amek gambar segala. Makan pun buat alas perut je. Husband je yang minum air buah gelas besar, daku pandang je sebab dah kena warning awal-awal. Takpe-takpe, lagipun memang saje ajak husband rasa. Saya dah biasa minum masa belajar sini dulu. Cuma makanan malam tu tak berapa nak ummphh. Mungkin sebab demam atau memang tak berapa sedap. Tapi husband dapat habiskan at least makanan dia sendiri, kira okay la kan. Hehe

Esoknya pagi-pagi lagi dah check out. Singgah sekejap kat kedai keropok lekor Tok Beng, breakfast kepok lekor terus kat situ. Sebab beli kepok kat situ siap ada number tau. Bukan main lagi. Customer ramai sangat. Naseb baik sampai awal. Hehe

Haa, ni entree extra kononnya. Package sekali dengan cerita makan-makan. Hehe

Till then, peeps. 

Sunday, February 17, 2013

Laguna Redang: Day 2

Assalamualaikum and hye lovelies.

Continue on day two. Pagi around 9 am, kitorang dah bersiap for first activity, Snorkeling. Before tu breakfast dulu at Sang Suria. Excited? Sangat sebab first time snorkeling dengan husband. Before ni pernah snorkeling kat Pulau Bidong je dengan campus mate. Feeling ala-ala romantik kononnya kalau dengan husband. Cehh. Register and amek stuffs at Recreational Centre and berjalan kaki ke jetty. Tak jauh pun, dalam 5 minutes. Nak naik tram pun boleh tapi kitorang saje nak amek angin pagi. Sampai jetty, duduk relax sementara tunggu yang lain. Time tu husband ke Diving Centre, uruskan pertukaran package untuk saya for evening activity. Sepatutnya kitorang berdua diving petang tu. Tapi saya ni fobia sket kalau diving sebab pernah belajar diving masa uni sampai jadi fobia, so saya mintak tukar dengan massage. Husband sorang la yang akan diving. Lagipun tengah demam selesema lagilah ku fobia. Snorkeling pun rasa macam sesak nafas. Haha



Kitorang dibawa ke Marine Park for snorkeling. View memang sangat cantik dari atas sampai lah ke dasar laut. Macam-macam hidupan laut ada. Tapi saya snorkeling tak lama. Maklumlah fobia. Lagipun tak pandai swimming. Hihi. Tengok husband je la dok berenang sakan. Lagipun air jernih, tak snorkel pun boleh nampak sket-sket view coral and so on. Cuma tak puas la. Tapi fobia-fobia pun, sampai ke tengah jugak kekdahnya. Hehe. Kat Marine Park dalam sejam lebih then balik ke Laguna semula.



Balik bilik sempat la tidur sekejap while waiting for lunch. Lunch tengahari tu kat bilik. Private lunch kononnya. Hehe. Alhamdulillah, sangat puas hati dengan foods. Sangat sedap. Rasa macam tak cukup. Paling suka appetizer and main dish. Lagi pulak tinggal makan je kan. Tengah lapar orang duk served makanan, apa lagi memasing makan dengan rakusnya. Haha




Bukan main bahagia husband diving. Tapi nasib baik takde perasaan jeles sebab memang dah mind set tak nak diving. Hihi. Saya pulak sedap beraroma massage sensorang. Fefeeling la sekali sekala kan. Lama jugak massage, ada la dalam sejam. Sedap je rasa lepas tu. Tapi yang tak boleh lupa bila orang yang massage tu cakap, kalau nak cepat dapat baby you kena jaga badan. Nampak bona haku kumpul lemak dalam badan. Sentap mak, nak. Haha. Saya siap massage around 5 pm. Then jenjalan sensorang amek angin sementara tunggu husband balik diving. Bosan-bosan terus balik bilik sebab tak tau dah nak pergi mana, semua pun dah round. Tak lama lepas tu husband balik. Husband sweet sangat sebab sepanjang duduk pulau, dia tolong sidaikan baju-baju lepas saya basuh. Susah nak tengok dia rajin macam tu. Hehe

Husband cerita diving best giler sebab dapat pegang macam-macam hidupan laut. Saya pun rasa excited jugak sebab husband first time diving and he's happy. Lagi pulak ada person incharge for taking pictures dalam air. Tambah la excited dia kan. Berbaloi la dengan RM80, dapat gambar dalam cd. Malam tu boleh terus amek at Recreation Centre. Package diving not so sure berapa rate sebab dah include dalam honeymoon package.




Malam tu just relax. Dinner macam biasa at Sang Suria. Time ni kitorang makan banyak gila. Bukan time tu je, time bila-bila pun makan banyak. Hehe. Husband ulang alik amek food. Request by his wife. Demam katanya, malas nak bangun banyak kali. Husband pun layankan je la manja wife dia ni. Hehe. After dinner, amek gambar diving husband. Round-round kejap area laguna then terus balik bilik. Buat nescafe for husband. Tak lama terus terbongkang sebab bermain air time snorkeling and diving sangat memenatkan. Husband la terutamanya. Nasib baik daku tak diving. Hehe

Yeay, lagi satu je entree tinggal. Continue esok kalau rajin. Hehe

Till then, peeps. 

Saturday, February 16, 2013

Laguna Redang: Day 1

Assalamualaikum and hye lovelies.

Few months before wedding, saya and husband ada plan nak honeymoon ke pulau. Actually, at first decide nak ke Krabi, but saya tak berapa ingat kenapa last-last tak jadi. Rasanya kalau ke Krabi lagi murah compared to Redang. I think la. Then, on May or June kalau tak silap saya survey Redang thru website and email them for honeymoon package. Tengok others info about bilik semua then mms Taufik suruh dia pilih bilik mana satu yang dia rasa better. He's so excited than me. Siap tanya bila saya nak booking. Takut full kalau lambat-lambat. Hehe. One or two days after that settled booking and deposit. Alhamdulillah. Taufik memang prefer honeymoon ke pulau. Sebab relaxing. Nak-nak package ada diving lagilah dia excited.

Kitorang pergi dalam a week after wedding. Jumaat kitorang bertolak from Johor sebab on Saturday saya ada 2 wedding invitation kat Terengganu. So, sekali jalan la. Nak merasa jugak pergi kenduri kahwen belah Pantai Timur. Tak jauh beza pun sebenarnya tapi agak pelik sebab majlis bertandang, perempuan yang salam-salam dengan tetamu and dapat salam kaut. Kalau kat Johor kan parents lelaki yang dapat kan. Hehe. Lari topik pulak. Continue, after wedding Sabtu tu terus shoot ke Merang and cari homestay dekat-dekat dengan jetty. Sebab malas nak rushing pepagi buta semata-mata nak kejar schedule feri. Hehe


Kitorang dapat homestay tak sampai 2 minit pun dari jetty. Harga pun murah, RM75 for one night. Selesa la, yang lain tak fikir pun just fikir nak stay untuk berteduh je malam tu. Pagi tu dalam pukul 8 dah siap-siap, 8.30 terus ke jetty sebab time untuk naik boat to pulau ada dua trip je, pukul 9.30 pagi and 12.00 tengahari. Of course kitorang pilih first trip sebab tak sabar. Hehe. Kitorang sampai lebih kurang 45 minutes after that. View yang sangat cantik. Memasing excited tapi tak nak tunjuk. Hehe


Sesampai pulau je, ada short briefing at Arrival Hall. Briefing pasal do's and dont's, apa aktiviti yang kita boleh join and so on. Tak lama pun. Then diorang terus bawak ke lobby for check in. Time tu diorang serve welcome drink. Sedap sangat air asam boi dia. Before ambil room key, lunch dulu at Sang Suria. Rambang mata kot, semua makanan sedap-sedap.


Dah habis baru teringat nak amek gambar. Sebab kelaparan, saya amek nasi putih, ikan and ulaman. Husband amek western food. Kemain lagi. Patutlah baby dalam perut ikut daddy dia. Makan nasi keluar balik. Hehe. After lunch terus check in. 




Time booking, husband memang pilih Premier Sea View. Berbaloi sangat. Sampai je kat bilik, katil diorang decorate with flowers. Cake with honeymoon words. Sedap sangat chocolate cake tu. Saya yang habiskan. Hehe. Air tu saya tak sentuh pun, husband yang habiskan semua. Rebina flavor. Saya tak lalu sebab time tu tengah demam. Hujung katil pulak, diorang dah siap letak sourvenir 2 pieces towel for me and husband. Lepas dah explore bilik, rest sekejap sementara tunggu petang.


After asar, husband ajak ke pantai. Dia dah siap dengan tshirt and short nak mandi pantai. Jeles sebab time tu husband tak bagi saya mandi sesama sebab tengah demam selsema semua. Tak aci betul. Tapi last-last dia bagi jugak. Tu pun sekejap je. Dia dah bape kali round ke tepi ke tengah baru dia ajak. Sebab saya cakap rugi la kalau tak dapat mandi. Demam pun demam la. Lepas ni entah bila boleh datang situ lagi kan. Hehe





Then, malam kitorang ada candle light dinner. Sampai diorang dah setup for us. Kemain lagi ada candle semua. Ingatkan yang biasa-biasa je. Segan pun ye jugak sebab malam tu kitorang berdua je yang candle light dinner. Yang lain kebanyakannya visitors from outside Malaysia. Tak ramai Malay. Duk pandang kat kitorang dari atas sebab diorang time tu dinner kat buffet restaurant. Husband cakap kemain special lagi. Foods semua sedap. Teringat-ingat sampai sekarang. Hehe

After dinner, kitorang just round area situ je. Beli some stuff and foods kot lah kebulur tengah-tengah malam malas nak keluar. Hehe. Balik bilik tengok tv sekejap terus tidur tak ingat dunia. Hehe. Day 1 settled. Continue other entree. Panjang sangat pulak nanti kalau combine 3 days dalam satu entree. Hehe

Till then, peeps. 

Saturday, February 9, 2013

Reception Attire

Assalamualaikum and hye lovelies.

Harini tetiba tergerak hati nak update blog. Sebab bila blogwalking semuanya mengupdate hampir setiap hari. Jadi rindu nak menaip tu datang pulak walaupun tak 100%. Hehe. Dah lama sangat pending review pasal wedding, orang lain dah sibuk update pregnant, ku masih  terkial-kial dengan wedding. Takpe, lagi sket nak habes. Lepas ni dah boleh bersuka ria update pasal everything tanpa rasa serba salah. Cehh.

Seperti sedia maklum, reception attire saya tempah sendiri, tak sewa dari butik. Untuk bride punya la, groom punya sewa je. Februari last year hantar tailor. Bermacam masalah dan drama la pasal benda ni. Tapi malas nak cerita panjang, hasilnya boleh tahan walaupun tak seperti yang dibincangkan sedari awal. Mulanya tempah 1 set from baju hinggalah veil. Tapi sebab tak cukup kain, terpaksa kena beli kain lain kan. Then bila nak hantar kain untuk veil, dia cakap order dah close. Apakah? Dah tentu benda tu dah include dengan tempahan before tu. So, dah malas nak bebel, so saya decide buat sendiri. Saya mintak baju siap on June, tapi July baru nampak batang hidung. Tu pun kena paksa. Tapi tak siap jugak. Part lengan saya jahit manik sendiri. Veil pun saya buat sendiri dengan gigihnya. Finally siap jugak. Walaupun amatur, tapi puas hati sebab dapat buat sendiri. Hehe




Fefeeling princess kononnya kain flowy-flowy macam ni. Gambar atas tu, part lengan and veil do-it-yourself. Macam mana? Okay? Kalau nampak cantik, bolehlah kalau nak order. Hehe


Saya pengguna tegar tudung bawal, sebab rasa macam sesuai dengan muka. Kalau guna tudung lain rasa macam tak confident. Ecehh sangat. Haha. Lastly guna tudung bawal je walaupun tudung ala ariani tu dah beli. Membazir sangat, naseb baik seploh hengget je.


Haa? Pelik tak tengok muka haku dengan crown ala princess katanya ni? Kemain besar lagi, takde besar lagi ke kak. Adoilah. Semua judges tak suka haku guna benda alah ni. OP siap buat demo amek gambar dua-dua bila pakai crown and bila tak pakai crown. For sure lagi manis bila tak pakai. Semacam badut ku rasa kalau tercongok tinggi atas kepala. Sudahnya tersadai je crown tu. Simple kan.



Dari pandangan belakang. Kalau in real sebenarnya warna baju groom dengan baju bride ada la lari sket colornya. Sebab baju bride dah siap baru hantar kat butik match untuk buat baju groom. Tapi kakak tu cakap exact color tak berapa nak ada, jadi amek yang paling hampir. Tak kisahlah, janji match. Jangan lari sangat tetiba color hijau memang tak masuk akal la kan. Hehe



Overall Alhamdulillah. Puas hati dengan semua. Kurang sana sini tu biasalah. Tak ada benda yang perfect kan. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. So, chill. Hehe

Till then, peeps.