FOLLOWERS

Monday, February 18, 2013

Laguna Redang: Day 3

Assalamualaikum and hye lovelies.

Last part of our honeymoon. Yeay! 


Around 8am siap-siap and pergi breakfast. Seperti biasa, tekak melayu memang nak cari makanan melayu je pepagi. Saya amek nasi lemak, boleh tahan kenyang lama sket. Hehe. Husband macam biasa, amek western. Suka bebeno dia makanan yang ala-ala healthy food sangat tu. Kenyang pun sekejap je kot. Pagi tu makan tak berapa nak rakus sangat, mungkin feeling sedih nak balik dah. Huhu. After breakfast, balik bilik semula and pack barang. Sempat la baring-baring rehat sekejap sebab check out dalam pukul 10 kalau tak silap. Saya tolong lipat-lipat baju je. Packing semua husband yang buat sebab wife dia ni dah tak berapa nak larat. Demam semakin worse time tu.





After check out terus ke jetty berjalan kaki, ajak husband naik tram dia tak nak. Nasib baik beg tak banyak, yang berat for sure husband yang bawak. Saya bawak badan and handbag je. Hihi. Before pukul 11 dah naik boat for transfer. Tapi perjalanan ke darat amek masa sket time ni sebab lagi beberapa minit nak sampai, air laut surut. Jadi boat tak boleh nak lelaju sangat. Tapi tak lama pun. Dalam pukul 12 dah sampai Merang Jetty.

Bye-bye Laguna Redang. Kalau ada rezeki Insyaallah nak pergi lagi. Memang sangat best dengan pemandangan yang sangat cantik, air laut yang bersih and jernih. Siap nampak penyu masa balik dari Marine Park. Boat siap berhenti nak suruh kitorang tengok tapi penyu tu berenang laju sangat. Saya and husband sempat la tengok, tapi nak amek gambar tak sempat. Hehe. Foods pun sangat ohsem. Sedap sampai menjilat jari. Acommodation 5 stars. Staff pun baik-baik. Takde yang sombong, semua service mantap. Anyone yang nak pergi, boleh contact thru website. Nak call pun boleh, lagi senang. Just kena alert sebab sometimes diorang buat promotion.



Sesampai je Merang Jetty, terus ke Gong Badak, Terengganu cari chalet untuk menginap malam tu. Call chalet terus, sebab before ni husband pernah duduk chalet tu. Nasib baik ada kosong area UMT. Senang nak carik makan sebab tempat tu saya dah familiar. Around 2 pm sampai cari makan dulu kat Restoran 24 Jam. Restoran ni femes jugak di kalangan student UMT. Dulu masa belajar kerap jugak makan kat situ. Harga pun not bad, banyak pilihan. Dah kenyang terus check in kat Chalet Anees. Rehat, tidur jap sampai pukul 4. Kalau boleh nak tidur lagi sampai petang tapi husband dah sibuk ajak makan sotong celup tepung. Saya pernah bawak dia dulu before kahwen. Tu yang dia sibuk teringin. Lagi pulak feberet dia sotong ni. After asar terus pergi makan celup tepung kat Warung Pok Nong, Batu Rakit. 5 minit je dari Chalet Anees. Glemer la jugak warung ni. Kalau lambat, memang full la. Masa pergi tu pun dah full tapi ada la 2 3 table yang available. Nak makan situ boleh, nak tapau pun boleh. Tapi kitorang prefer makan situ sebab mengadap laut. Makan sambil pekena ABC dia yang sedap tu, memang rasa nak order lagi. Hehe. Boleh baca review blogger di sini.

Malam tu dinner kat gelas besar pulak. Tapi tak larat dah nak amek gambar segala. Makan pun buat alas perut je. Husband je yang minum air buah gelas besar, daku pandang je sebab dah kena warning awal-awal. Takpe-takpe, lagipun memang saje ajak husband rasa. Saya dah biasa minum masa belajar sini dulu. Cuma makanan malam tu tak berapa nak ummphh. Mungkin sebab demam atau memang tak berapa sedap. Tapi husband dapat habiskan at least makanan dia sendiri, kira okay la kan. Hehe

Esoknya pagi-pagi lagi dah check out. Singgah sekejap kat kedai keropok lekor Tok Beng, breakfast kepok lekor terus kat situ. Sebab beli kepok kat situ siap ada number tau. Bukan main lagi. Customer ramai sangat. Naseb baik sampai awal. Hehe

Haa, ni entree extra kononnya. Package sekali dengan cerita makan-makan. Hehe

Till then, peeps. 

4 Footprint (s):

Fyka said... Reply To This Comment

rasa mcm nk buat plan utk honeymoon kali ke 2 jer nnt pas bca review sis..hehe

Siti Saliza Sariman said... Reply To This Comment

berapa rate package ni

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Fyka Sis pun rasa nak pg lg. Tp tak tau la tercapai ke idok. Hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Siti Saliza Sariman Around 2-3k dear. I amek honeymoon package. Try chect kt website diorg. Kdg diorg buat promotion.