FOLLOWERS

Wednesday, February 22, 2012

Kursus Pra Perkahwinan: Suami vs Isteri

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menempuh dua hari untuk dapatkan sedikit ilmu berkaitan dengan alam rumahtangga. Cewah. Walaupun ada beberapa slot yang tak berapa nak melekat sangat sebab penceramah mula bukak mulut terus mengantuk. Jahat gila. Ampun, tak sengaja. Betapa pentingnya communication skills yang mampu convince people untuk dengar apa yang kita cakap. But, mostly semuanya best. Banyak benda-benda yang kita rasa kecik, tapi sebenarnya tak boleh pandang sebelah mata. Boleh jadi masalah besar. Terutamanya tentang Pembubaran Perkahwinan.

Contoh:
"Minah, sekali kau keluar ikut pintu ni jatuhlah talak"

Keterangan:
Takkan lah isteri tu tak keluar rumah kan. Nak pergi kerja? Nak sidai baju? Sebab tu suami kena barhati-hati dengan setiap yang keluar dari mulut mereka. Kalau si isteri keluar jugak, memang akan terjatuh talak.

Solusi:
Mengikut yang dicadangkan oleh penceramah, isteri tersebut boleh mintak sesiapa bantu untuk hapuskan pintu tersebut. Contoh, pintu A dekat sebelah kiri. Boleh tutup pintu tersebut secara permanent dan tebuk untuk buat pintu lain. :p

Nampak macam kelakar kan.

Seterusnya tentang hubungan suami isteri, ada 10S yang kita boleh jadikan tips dalam hubungan rumahtangga. Tapi penceramah sempat bagi tiga tips je. Sayangnya. Pertama Syukur, apa yang jadi bahagia atau derita dalam menjalani alam rumahtangga suami isteri patut bersyukur. Contohnya, suami isteri sangat bahagia dari awal hingga akhir tahun pertama. Tapi sehari je dia tak bahagia sebab gaduh. Dia patut bersyukur sebab dalam 365 hari, sehari je Allah duga dia. Contoh lagi, suami isteri langsung tak bahagia dari hari pertama kahwin sampailah hampir setahun kecuali sehari je dia rasa bahagia. Dia juga patut bersyukur sebab ada juga nikmat yang Allah bagi untuk dia rasa bahagia. See? Nampak macam mudah, tapi kita pun tak tahu kan kita boleh amalkan atau tak.

Keduanya, Sabar. Berat macam mana pun dugaan yang Allah bagi kita patut sabar. Jangan cepat merungut. Sebab tu kuasa talak terletak pada suami. Kalau kuasa perempuan, confirm ramai suami kena cerai dengan isteri dia. Haha. Perempuan kan, mostly panas tak bertempat. Benda remeh temeh pun boleh jadi isu. Termasuklah dengan perempuan yang tengah menaip ni. Huhu. Sedang bermuhasabah diri. Semoga segala yang buruk tu tolak jauh-jauh. Bahagiakan suami sepanjang hayat. Insyaallah.

Dan ketiga, Sayang. Pupuk kasih sayang hari-hari. Sebelum suami pergi kerja, salam tangan suami. Kalau nak lagi romantik suruh suami cium ubun-ubun si isteri cium pipi kanan kiri. Senang? Rasanya tak ramai yang buat kan. Lagi-lagi yang LDR, kalau boleh call suami or isteri sebelum pergi kerja or masa lepas bangun tidur. Sejuk sket kan hati dua-dua. Tak dapat tengok muka pun takpe, janji dapat dengar suara. Orang cakap, kumpul rindu bagi banyak. Bila jumpa baru lepaskan rindu sungguh-sungguh. :p

Seronok kan bila dah kahwen? Haha. Kenalah tanya orang yang dah kahwen.

Owh, ye. Akhir sekali nak share benda yang nampak simple tapi bukan semua orang boleh amalkan. Isteri senang masuk syurga, senang juga masuk neraka. Suami pula kena bimbing isteri luar dan dalam.

Tanggungjawab Isteri
1. Taat kepada suami selagi tak bertentangan dengan hukum syarak.

Sebenarnya kalau diikutkan, segala benda yang berkaitan dengan tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan adalah tanggungjawab suami termasuk sapu sampah, basuh baju dan sebagainya. Isteri sekadar mambantu. Tapi suami suruh isteri dia masak "Minah, abang teringin nak rasa Minah masak bla bla bla". Bertentangan dengan hukum syarak tak isteri? Tak kan? Jadi, isteri wajib menurut perintah suami. Tak aci kan suami. Keh Keh

Tanggungjawab Suami
1. Nafkah Zahir
    Tempat Tinggal
    Makan Minum
    Pakaian
    Perubatan
2. Nafkah Batin

Isteri dan suami ada tanggungjawab masing-masing. Jadi, sama-samalah saling membantu apa-apa yang patut untuk kebahagiaan bersama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh kecik-kecik tu biasalah. Tapi jangan sampai melarat. Paling penting, jaga kehormatan dan maruah suami. Tak kisahlah orang korek macam mana pun pasal keburukan suami, jangan sesekali cerita ye.

Ceh, cakap macam orang dah kahwin je. Semua ni berdasarkan ceramah dan pengalaman serba sedikit. Mana yang kurang tu, mohon maaf. Harap yang lain boleh tambah-tambah. 

P slash S: Semoga apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

6 Footprint (s):

Q said... Reply To This Comment

owh rindu masa kursus tu..hihih

Miss Ika said... Reply To This Comment

Q | Kan? Sebab banyak benda kelakar. Hehe

mamaairis said... Reply To This Comment

ofkos la bes kawin...ahahahahahaha...cepat2

Miss Ika said... Reply To This Comment

Sabar. Sabar. Tak abes stadi lagi ni. Hehehe

FY said... Reply To This Comment

thanks for sharing dear..FY belum pergi lagi kursus kawen..huhu.. =)

Miss Ika said... Reply To This Comment

FY | My pleasure. Takpe, ada banyak masa lagi kan nak reach to June. Hehhh