FOLLOWERS

Friday, March 15, 2013

Check Up at KK

Assalamualaikum and hye lovelies.

Semalam routine check up at Klinik Kesihatan. Malangnya husband tak dapat teman sebab baru je cuti 3 hari. Sedih. Mengada. Hehe. Jadi adik I teman. Sebenarnya pergi sorang pun boleh je, tapi I selalu nak pitam kan. Takutlah apa-apa jadi. 

Macam biasalah. Tunggu dalam 10 minit baru nurse panggil. Jadi issue lagi pasal berat. I masih tak boleh terima timbang berat kat klinik ibu dan anak tu. Padahal memang dah gemok. Haha. Beza dengan I timbang sampai 3-4 kilo. Lepas timbang kat situ, I try timbang kat klinik pesakit luar. Sama dengan yang I timbang. Tapi kenapa masa timbang kat klinik ibu dan anak jadi lain pulak? Why? Tak pasal I kena marah sebab berat naik 1.6 kilo dalam masa 2 minggu. Dah la takde selera makan, berat naik kemain lagi. Hangin pulak rasa. I tak puas hati tanya kat nurse.

Me: Nurse, timbang sini memang berbeza dengan tempat lain ke?
Nurse: Beza dekat mana tu?
Me: Kat klinik pesakit luar.
Nurse: Saya pun tak sure. Tapi kalau ikutkan kat sini lagi tepat sebab ada (nurse sebut apa entah I tak dengar. Break ke hape namanya. Haha). Kalau kat sana dinamik punya.
Me: Takdelah, saya dah la makan pun tak selera. Tapi naik banyak jugak.
Nurse: Tula. Saya pun takut jugak kalau salah. Tapi takpe, tak naik banyak sangat-sangat pun. Cuma lebih sket je. 

*Nak sedapkan hati I lah tu* Hehe

And result minum air gula dah keluar. I takde kencing manis. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Walaupun I rasa since pregnant I suka makan benda manis-manis. Ada chance tak nak dapat baby gurl? Hehe. Start last Saturday dah kena 'count-to-ten' gerak baby. So far Alhamdulillah. Baby semakin aktif kicking mommy dia. Sometimes bila baby diam I kacau and dia bagi respons tendang-tendang. Dah pandai buat aksi ombak-ombak, somersault semua. Main taknak stop. Tapi kalau dia diam, I pulak yang rindu. Hehe. Selalu time malam-malam macam ni, dia senyap je. Time I nak tidur barulah dia sibuk kacau geli-gelikan I. Hai lah anak. Geram sangat. Tak sabar nak tunggu dia keluar nak gomol-gomol. Hehe

Semoga baby and mommy sihat sampai deliver. Ameen.

Till then, peeps. 

8 Footprint (s):

cha said... Reply To This Comment

haha nasib u ckp kt luar penimbang lain ntah2 nnti u kene marah teruk plak.

alala mintak2 baby girl. mesti comel bestnya lahai :')

Huda Luna said... Reply To This Comment

ramai ckp penimbang KK tipu
huhuh

take care ika

dah tak lama je lagi ika nak deliver

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cha Haa, kan? Naseb bek nurse tak bebel. Hehe

I hope so cha. Naluri i macam gurl. Ngehhh
Tapi kalau boy pun i ok je. Janji sihat sempurna alhamdulillah. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Huda Luna Kan? Akk ipar I pun cakap, dia pun checkup kt KK yang sama. Tak tau la huda. Redha je la. Pdhl takleh terima dh gemok. Haha

Thanks. U too. :)

SarahSyafiq said... Reply To This Comment

ika tak scan gender lagi?surprise eh.hehe.ok la takde kencing manis.sarah still ralat lg nih.haha.

Crew Fathi said... Reply To This Comment

Hahaha.. macam2.. =p

Miss Ika said... Reply To This Comment

@SarahSyafiq Scan tapi dia tak mau tunjuk Sarah. Haihh. Pemalu. Hee

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Crew Fathi Hehe.