FOLLOWERS

Sunday, March 3, 2013

Mengidam dan Teringin

Assalamualaikum and hye lovelies.

Bercakap pasal mengidam dan teringin ni, I rasa banyak sangat kot. Tapi bonda cakap mengidam sekali je, yang selebihnya tu teringin atau secara kasarnya nafsu semata-mata. Haha. Okay fine. Tapi I memang teringin satu benda tu je. Kalau tak dapat time tu I rasa macam nak nangis. Tahu tak apa? Pisang goreng. Tapi I taknak kat tempat lain. I nak yang kat situ je padahal sebelum ni tak pernah pun makan pisang goreng dari kedai tu. Suruh kakak ipar belikan sebab dia kerja area situ. First day I bagitahu dia, dia cakap esok. Tunggu esok, bila nak beli dah habes. Memang takde rezeki. Last-last husband jugak yang dapat belikan time dia cuti. Nampak tak permainannya di situ? Baby memang nak dedi dia jugak yang beli. Demand sangat. Hehe

Yang selebihnya, I teringin yang senang-senang je. Maksudnya yang senang carik atau yang boleh buat sendiri kat rumah. Sampai sekarang kot dah 3rd trimester, banyak yang teringin. Tapi bila dah dapat, makan pun sket je. Takdelah melahap macam orang tak pernah makan. Hehe. Antara makanan yang I teringin, seingat I la:

1. French Fries - Tak kisah la McDonald punya ke yang kat mall ke, janji fries. I sorang pun boleh habes. Cuma kadang-kadang husband makan lagi banyak dari I sebab dia hantu fries. Haha

2. Oreo Mcflurry - Sepanjang pregnant sekali je makan sebab I cakap kat husband I boikot McDonald. Haha. Kalau boleh nak makan setiap hari or setiap minggu tapi dah dapat sekali takdelah I dok teringat sangat kan.

3. Yong Tau Fu - I mintak husband belikan yong tau fu kat pasar malam. Bukan main lagi I amek banyak-banyak. Last-last I makan takdelah banyak sangat pun. Yang lebih terbuang je, husband tak sentuh pun. Huhu

4. Nasi Ambang - Kalau kat Johor memang terkenal dengan nasi ambang. Ada ayam ungkep, serunding, sambal goreng, sambal belacan dengan urap daun ubi. Nasib baik ada jual kat pasar lambak tempat I. Yang ni kalau boleh setiap minggu I nak beli, tapi kadang I malas nak kuar, jadi bila rajin je la I beli. Sepanjang pregnant memang dah banyak kali makan. Harap baby tak ngences. Hehe

5. Kue Tiaw Kawah - First masa I teringin nak makan, I ajak husband pergi pasar malam tapi malangnya kue tiaw kawah kat situ tak menarik perhatian langsung. Last-last beli char kue tiaw. After that day, dapat jugak kue tiaw kawah kat pasar lambak tempat I. Sebulan sekali mesti nak beli. Macam ketagih pulak. Hehe

6. Rainbow Cake - Dah lama I cari baker yang jual rainbow cake since time tu tengah hot pasal rainbow cake. Last terpaksa beli yang 1 ke 2 kilo tu sebab tak tahu dah nak carik kat mana. Nasib baik husband kata takpe. Tapi I makan 1 slice je. Tu pun kuar balik. Selebihnya orang lain yang makan. Huhu

7. Durian Crepe - Mula-mula husband offer nak belikan time konvo kat Terengganu tapi time tu I tak teringin langsung pun. Lepas tu la baru tergedik-gedik teringin. I beli 2 pack sebab nak beli 1 pack macam tak berbaloi sebab I self pick up jauh dari rumah. I makan 1 je, yang lain husband yang makan. Kemain lagi mengalahkan wife dia. Pastu sibuk tanya bila I nak order lagi. Malas layan. Haha

8. Udang Galah - Part ni payah sket la sebab merata tempat carik tak jumpa. Sampai suruh Kak Long I carik kat Teluk Intan. Last week I pergi rumah dia then dia ajak carik kat market. Kitorang bertiga bonda, Kak Long dengan I carik tapi tak jumpa. Takde rezeki I la. Then husband cakap ada la. Sebab dia carik area belah kanan. Kitorang pergi carik area belah kiri je mana lah nak jumpa. Haha. Tengok? Nak dedi dia jugak yang belikan. Hehe

9. Mangga - Ala mangga kuning yang sedap tu. Bukan pelam tau. Eh. Yang ni lama jugak baru dapat. Teringin dari last year lagi. Usha area tempat I ni bukan main payah lagi nak jumpa. Last kirim abang suruh belikan kalau dia cuti and singgah R&R. Rasanya dia beli kat R&R Pagoh kot. I tinggal makan je, tak tanya-tanya dah beli kat mana. Hehe

10. Rambutan Gading - Rambutan gading yang color kuning tu. Nasib baik ada kat rumah abang I. Memang mintak dia amekkan je la. Sampai terbatuk-batuk I kerjakan. Dapat rambutan biasa pun I telan je. Huhu

Rasanya macam banyak lagi makanan yang I teringin. Tapi yang ingat ni je. Nanti kalau ingat, I update lagi ye. Kemain banyak lagi teringin. Mentang-mentang pregnant, semua pun nak teringin. Tapi 1 je makanan yang I teringin tapi tak boleh makan. Buah nenas. Serious sangat teringin tapi sebab fikir baby, I tak berani nak sentuh. Dah la abang I hantu nenas, terliur je tengok dia makan. I tahan je. Takpe-takpe, tunggulah nanti. Hehe

Till then, peeps. 

12 Footprint (s):

cha said... Reply To This Comment

haha byk betul mengidam. udang galah tu lgpun ikut musim jugak kan u. harap dapatla semua yg u nak tu :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cha Kan? Napsu ni. Haha. Aah, ikut musim gak nak mencari udang galah tu. Yg ni i dh dapat sume. Maybe coming soon ada lg yg i teringin. Hihi

cik chinta said... Reply To This Comment

mcm sm je, trutama no 1 tu. ms awl pegnen. sgup g sorg2 kdi western sbb nk mkn fries.

Syima Syaz said... Reply To This Comment

malam sebelum delivered, i makan udang galah mak masak...superb!!!

lepas delivered till now, takleh makan udang galah, udang tepung n mak nenek udang + seafood.. baby alerggik

nangis*

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cik chinta Untung boleh pg sorang2. I kena tggu hubs balik or kim org len. Kemain payah nak kuar. Malas sesangat. Haha.

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Syima Syaz Hope alergik tak lama la kan syim. I doakan aisya cepat2 fully recovered. Takpe pantang sekejap demi baby. :)

SOULMATE is said... Reply To This Comment

kikiki...tsyum bc entry u ni

Miss Ika said... Reply To This Comment

@SOULMATE is Hihi. Tak lama lagi turn u pulak. :)

SOULMATE is said... Reply To This Comment

tkikiki...xde mgidam pun dah kemaruk mkn...
hehehe
insyallah.doakan kami ada rezeki plak ya
take care tau ;)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@SOULMATE is Same je ngan I. Mmg pantang jumpa makanan. Hehe. Insyaallah. Tak lama lagi tu, I doakan u dapat baby cepat2. Hehe

U too. :)

Anonymous said... Reply To This Comment

i teringin sgt nk mkn red velvet cake.tp tahan jela,sbb manis.takut kena mgtt.xmau.lg 3w nk edd ni,aci x b4 p hosp mkn dlu cake tu?hehe
hannan ghazalli

Wawa Tasliman said... Reply To This Comment

wah banyak nya.. hihi.. wajib makan before confinement..