FOLLOWERS

Tuesday, March 5, 2013

Perempuan Sama Perempuan

Assalamualaikum and hye lovelies.

I rasa terpanggil nak share something yang rasanya semua perempuan melaluinya. Belum kahwen ke, dah kahwen ke. Cuma sometimes I rasa annoying dengan segelintir yang tak paham or buat-buat tak paham or rasa diri dah bagus sangat bila hidup dia bahagia. Perfect dah dia rasa agaknya. Eh. Tak marah. Cuma rasa macam kau-dah-kenapa. Haa gitu.

Ini bukan sesi mengumpat, just I nak kita sesama perempuan lebih alert dengan perasaan orang lain especially yang sama jenis lah kan. I ada sorang kawan, takde lah rapat mana pun dengan dia. Masa sekolah pun just bergurau bertepuk tampar tu biasalah. Then dia antara orang yang terawal kahwen berbanding kitorang yang rapat-rapat ni. Kitorang ni jenis open minded, happy bila dia get married, bila dia share dia dah pregnant segala bagai tu. Allah dah aturkan hidup dia smooth je perjalanannya. I tumpang happy. Cuma kitorang yang berenam ni ada lah cakap-cakap belakang, I mula-mula takdelah nak cerita. Tapi bila sorang dah start, I apa lagi. Hehe. Kawan I ni sebenarnya I tak tahu apa masalah dia, sibuk sangat nak tahu bila kitorang nak kahwen. Setiap kali tegur, topic tu je la yang selalu dok keluar dari mulut dia. Mula-mula takde lah kitorang nak marah ke apa. Tapi kalau dah everytime nak busybody, orang lain pun meluat kot. Ada la beberapa orang yang dah kahwen, dia sibuk tanya bila nak ada baby macam dia. I pun like kau-dah-kenapa? Tanya macam takde perasaan. I yang emo tau tak. Padahal time tu I belum kahwen pun lagi tapi emosi mengalahkan orang dah kahwen je. Hehe

I bukan apa, I takut sebenarnya berdepan dengan orang macam ni. Sebab tu I kalau boleh nak elak jumpa dengan dia walaupun I dah pregnant. I tak tahu kenapa ada perasaan macam tu. Tapi takde lah I benci dia ke apa. I dengan kawan-kawan rapat I pun tak pernah keluarkan soalan direct like kau-bila-lagi-nak-kahwen or bila-lagi-nak-ada-baby-macam-aku. Haa gitu sekali. Sebab kitorang paham each other. Gurau-gurau kasar biasa lah tapi takde lah sampai nak tanya macam tu. Boleh sentap tau.

Ada lagi satu masa majlis I last year, dan-dan lepas majlis ada lah sorang makcik ni duk sibuk cakap menantu dia dah get pregnant. Motip? I masih dengan baju pengantin okay. Macam takde masa lain je nak cakap. Kahwen memang kena terus buat anak ke macam mana eh? I pun naik tak paham la mentaliti orang kita ni. Asal kahwen, esok lusa dah tanya dah ada isi ke? Kalau I ni takde hati, takde rasa hormat nak je I jawab "Kalau boleh hari ni kahwen, esok saya dah nak mengandung". Gila tak gila jawapan macam tu. Hehe. Mungkin I tak rasa banyaknya soalan dari kepochi-kepochi pasal anak, tapi I sebagai perempuan ada perasaan bila orang dok sibuk tanya pada orang yang dah kahwen tapi belum dikurniakan baby lagi. Sebab tu I tak pernah tanya, dah ada baby ke belum? Tak pernah. Sebab I tahu, soalan tu sangat sensitif. Sangat tahu tak.

I yang bunting pelamin pun orang dok sibuk pertikaikan. Tak penat agaknya eh asyik nak carik point je. Siap pandang husband I then "Sharp shooter lah ni". Amboi, bukan main lagi nak malukan orang. Tu belum kira lagi masa pregnant. Kecik perut la, breast besar la. Alahai. Kalau namanya perempuan memang asyik sibuk dengan kelemahan orang je eh. Tak paham. Kita kalau boleh sesama perempuan ni paham la each other. Jaga hati masing-masing. Tak rugi apa-apa pun. Bukan langsung tak boleh tanya, tapi tengoklah tempat keadaan waktu semua. Jangan main direct je.

Eh. Emosi pulak. Hehe

Till then, peeps. 

20 Footprint (s):

Cik Puan Tqah said... Reply To This Comment

mulut org.. mmg cmtu.. ramai je cmtu..ignore je la..hihihi..tp bgg gk kan. tqah lg la.before kawen after tunang..eh.. still ngn mamat tu ke. hello.. jodoh pnjang kot..hihi

cha said... Reply To This Comment

elokla u jauhkan diri dgn kwn camni u. dia negatif kita pun jd negatif sama. mcm i ni lg la. pekak dh telinga dgr org ckp knp tak pregnant lg. hmm sabar jelah :'(

chil&zam said... Reply To This Comment

mentality org2 macm tu mmg xpupus dr dunia melayu gamaknye..

harap kita2 yg sedar keadaan ni tak usahlah nk mewarisi soalan2 yg tak berapa patut camtu..

doalah harap2 tua nnti kita tak kepoci camtu..not good for society ..

iedaurora said... Reply To This Comment

Betul mmg tak faham perangai org yg mulut mcm mummy jarum nie, tak penat ke...

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Cik Puan Tqah Kan? Belum campur makcik2 sebelah lg. Haha. Eh, ada ek org tanya cmtu. Mmg takde insurans mulot. Adoi

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cha Naseb bek dh jarang jumpa dia. Tp kdg2 kt fb pun jadi jugak dia nk kepoh pun. Kita sama2 sabar eh cha.

Miss Ika said... Reply To This Comment

@chil Harap kita tak la macam tu nanti. Sian kat org lain. Huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@iedaurora I rasa kan org mcm ni takleh tgk org lain lebih dr dia. Tak penah nak penat. Huhu

Fyka said... Reply To This Comment

btol tu akak..mmg metaliti org pompuan camtu ke eh..bkn takat mcm apa sis ckp..kdg2 pasal persiapan pon jd isu..waduh2.

SarahSyafiq said... Reply To This Comment

Ntah la,kalau kenduri ke ape mesti ad yg kapochi2 tny bnd2 ni.haa

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Fyka Kan? Kalau pasal wed prep, diorg lg sibuk. Itulah inilah, mcm tak hormat lgsg kt tuan rumah. Huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@SarahSyafiq Kalau kenduri mmg wajib. Kdg before pergi tu dah siap prepare jawapan. Haa.

Suria said... Reply To This Comment

i paling x suke org yg suka tanye "bila nak kahwin?" "dah ada isi ke? dah pregnant ke?" even i b4 and after kahwin pun tak suka tanya org camtu..its very sensitive for me! kdg² org xtau apa yg kita rasa..

eh emo plak..hihi

Fana | Aqim said... Reply To This Comment

ermm..memang dah lali sangat dah soalan yang macam tuh..kalau gurau2 boleh terima lagi, nih kalau dah macam sinis benar bunyinye..mau tak sentap! ~kau dah kenape?? huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Suria Kan? I pn tak pernah tanya org mcm tu. Sbb kita tak tau ape respon and perasaan dia. So, better diam je la. Ni tak. Adoi

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Fana | Aqim Tau takpe. Kdg depan diorg I kemain lg senyum macam tak kesah. Padahal dlm hati Tuhan je tau. Rasa nak bg sedas dua pun ada tapi sabar je lah. Huhu

jeje♥ said... Reply To This Comment

I sgt faham bile ika da start kuar ayat "kau da knp???" tu.hahaha. mmg nampak emo nye.kikiki

Miss Ika said... Reply To This Comment

@jeje♥ Emo keh! Geram. Haha

Nur said... Reply To This Comment

slm..hai IKA.. 1st of all, CGRATES ...bestnya M2B...actually bru je singgah sini...sonok baca blog IKA...thnx jg pd info2 yg berguna... ;).. golongn mnusia kepochi mcm tu mmg x pernah pupus kn?kte pon slalu kna tnya cmtu..."bila nk prgnnt? org lain sume dh ada baby..dh lama kawen." tp nk buat cmne...T_T je..kdg2 pelik dgn mnusia cmtu..kte pon same mcm ape yg IKA fikir...

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Nur Thanks dear. Hehh

Kan? Org mcm ni memang tak akan pernah hilang. Ada je kt mana-mana. Huhu