FOLLOWERS

Thursday, May 17, 2012

Baju Nikah Bakal Suami Dah Siap Baju Nikah Saya Entah Bila

Hye lovelies.

Panjang bukan main tajuk entri. Hehe. Siang tadi Taufik message saya bagitau baju nikah dia dah siap. Sangatlah jealous. Next month dia dah boleh amek baju tu dengan gembiranya. Saya punya baju nikah mungkin bulan 7 atau awal bulan 8 baru buat. Itulah padahnya kalau buat dengan orang yang ada bau-bau bacang. Haha. Nak cakap atau suruh bertindak dengan tangkas rasa serba salah pulak kan. Kalau buat dengan orang yang tak kenal mungkin boleh sound setepek dua. Harap semuanya ok takde problem. Haritu pun ada jugak buat perangai sampai tersakit hati. Tapi sekarang boleh sabar lagi kot. Takpe. Takpe. Wait and see. Hehe. Macam ada nada tak puas hati tak? Tak kan. Cool kan. Banyak masa lagi. Huhu

Pasal baju reception, tailor haritu ada message tanya pasal color pearl nak letak color apa. Saya rasa saya dah explain siap bagi gambar sekali dengan description. Nak marah kang cakap saya kurang ajar pulak. Hadoi. Pastu dia suggestkan color, tapi dia tak cakap untuk baju nikah or baju reception. Then saya tanya, pearl yang color tu nak letak kat baju nikah or baju reception? Tahu tak dia jawab apa?

Dia jawab.

"Entah"

Kalau orang lain dah lama kena kot. Nasib baik saya ni cool lagi (Padahal dalam hati mendidih dan berbulu je). Hehe. Boleh tak jawab dengan profesional sket. Ni customer awak tau. Bayar tau bukan free senang-senang je. Lainlah kalau baju sponsor nak buat perangai pun patut jugak. Ni duit dah bagi walaupun tak habis lagi kena la bagi commitment sket. Standard la full payment after dah dapat service. Ni belum-belum dah buat perangai. Huhu. Apa pun tak boleh lah. Cewah, membebel pulak kat sini. Berani sound depan-depan la. Haha

Betul orang cakap kan, makin dekat nak mendirikan masjid makin banyak dugaan Allah bagi pada kita. Ni belum kahwen lagi, esok lusa dah kahwen lagi banyak dugaan. Ni baru fasa pertama dah menggelabah badak. Standard la kan. Stress tau tak. Stress. Haha. Belum cerita stress dengan FYP lagi. Mahu bulan depan pun tak habis cerita. Macam dia sorang je kan banyak commitment. Orang lain lagi berlambak kerja. Still steady lagi. Ni baru sket dah sibuk nak menyalak tak bertempat (Dia adalah merujuk kepada saya). Hehe

Dalam masa sebulan ni tak banyak progress yang berjalan. Sebenarnya dah blur tak tahu nak buat apa lagi padahal berlambak kerja belum siap. Sangatlah tension. Adeh. Tension lagi disebut. Hehe

Entri adalah lebih menceritakan stress berbanding wedding preps. Sorry korang. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

12 Footprint (s):

Unknown said... Reply To This Comment

saba..saba ika :p btw siapakah tailor yang agak 'blur' itu?hihi meh kita serang hendap beliau.berani berbuat begitu pada customer.

Miss Ika said... Reply To This Comment

Zimie | Blur terus eh. Hihi. Dikalangan yang berbau-bau bacang jugak. Ngeh3x

iedaurora said... Reply To This Comment

my baju nikah pun belum, relax cool! dalam hati mmg gerammmmmm......

Miss Ika said... Reply To This Comment

Ieda | Geram kan? Adoiii. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak kategorikan geram tahap apa dah. Huhu

Nasib baik lama lagi (Sedapkan hati)

neng ana said... Reply To This Comment

Perkara plh ditakuti bila baju tak siap or tak menepati citarasa kte kn.cuakness...huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

Ana | Tau takpe. Jangan sampai bridezilla mode turns on dah la. Parah jadinya. Kahhh

Diyana said... Reply To This Comment

seriously...
saya punya baju nikah pun lama giler tailor tu simpan....
padahal minta buat baju kurung biasa je...
igt kan dia dah buat pekasam dh baju tu....
geram sgt....
nak marah, makcik plak tu... xsampai hati (^_^)

Unknown said... Reply To This Comment

Memang susah bila mintak tolong saudara mara atau bau-bau bacang..baik p hantar jer kat orang luar..huhuhu saya dah mengalaminya..:(

Miss Ika said... Reply To This Comment

Diyana | Kita tempah baju kurung moden je tau. Tempah kat orang lain seminggu boleh siap. Huhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

Qyla | Sadis kan? Nak nanes berhari-hari boleh tak? Jangan sampai hujung-hujung baru nak siap dah la. Memang hangin satu badan.

Diyana said... Reply To This Comment

2 laa pasal.....
gaya dia nak buat baju tu, mcm nak buat gaun je...
hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

Diyana | Tula. Pastu tanya pasal nak letak manik color pe semua tu tak cukup 10 kali padahal dah explen dah. Siap bagi gambar lagi tau. MMS siap. Tak tau apa masalah. Sobss