FOLLOWERS

Thursday, May 31, 2012

Design Sticker Thank You Tag dan Wedding Invitation Dah Siap

Hye lovelies.

Alhamdulillah, design untuk sticker, thank you tag dan yang paling penting wedding invitation dah siap. Sebenarnya dah siap lama, tapi hold dulu sebab busy. Last week baru finalize dan email pada kawan suruh dia tolong buatkan dalam adobe illustrator. Saya buat guna photoscape, dia cakap takut nak print nanti kualiti dia tak berapa cantik. So, dia nak tolong buatkan. Saya bagi design yang saya buat nanti dia tolong adjust guna illustrator. Saya bab-bab ni memang kurang sket. Nasib baik ada kawan graphic designer. 

Tapi mungkin dalam seminggu dua la baru dapat balik sebab dia tengah mengejar dateline kerja dia yang tengah berlambak. Kesian dia. Sambil-sambil tu saya boleh try survey kedai-kedai print yang murah-murah. Mid of June or paling lambat pun end of June dah boleh print. Awal July tak pun masa bulan puasa pun bonda cakap boleh lagi nak distribute. Bagi awal-awal sangat pun takut diorang lupa kan. Hehe

Sekarang tak banyak progress yang berjalan. Diri sangat busy dengan project yang masih belum setel. Final exam start empat haribulan ni. Tapi still sempat nak update. Sebenarnya mood belum mari nak study lagi. Hehe. Esok dah last minute baru menggelabah nak cover. Hihi

Oklah, setakat ni dulu. Nanti ada masa saya update lagi.

slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

4 Footprint (s):

pelangi chenta said... Reply To This Comment

bl mjlisnya?

Miss Ika said... Reply To This Comment

Pelangi Cinta | Insyaallah lepas raya.

Lembayung Senja Photography said... Reply To This Comment

Hi..!! Special Promotion Only for Bride2Be..Click Here http://lembayungsenjaphotography.com/blog/promotion-bride2be-b2b-blogger/

Miss Ika said... Reply To This Comment

Thank you Lembayung Senja. :)