FOLLOWERS

Saturday, November 5, 2011

Perihal Tarikh Kahwin

Since kawan-kawan dah ramai yang kahwin tahun ni and ada jugak yang akan berkahwin dua, tiga, empat minggu dari sekarang barulah saya menggelabah sibuk nak cari tarikh kahwin saya pulak. Ek? Macam takde kena mengena jek.

Dan memandangkan saya masih budak sekolah yang sudah menggatal nak kahwin, makanya keluarga saya prefer saya berkahwin selepas belajar. Kalau ikutkan, bulan 6 tahun depan dah cukup 2 tahun bertunang. Tapi kira halal lah kan tiga atau empat bulan selepas tu.

Kenapa tak terus kahwin bulan 6 tu?

Adoi.

Saya dijangka habis belajar tambah tolak dalam bulan enam. Persiapan perkahwinan saya kalau boleh saya nak selesaikan dengan tulang empat kerat saya. Kiranya apa-apa yang saya boleh buat sendiri, saya akan buat sendiri. Jadi, kalau bulan enam tu, saya percaya memang tak akan sempat. Lagi pulak saya di Terengganu. Nak ulang alik Terengganu-Johor Johor-Terengganu memang lah saya tak larat. Boleh patah pinggang duduk dalam bas. Belum campur beku lagi dalam tu.

Jadi, selama beberapa bulan sebelum saya habis, saya akan survey dan grab mana-mana yang patut. Contohnya saya sekarang dah survey pasal photographer, tinggal nak discuss dengan Taufik samada dia setuju atau tak. After that, boleh terus confirm. Bila dah habis nanti, kiranya saya akan settle sket-sket aje.

Macam dah menyimpang je dari tajuk asal. Haha

Kalau ikut darah muda, saya nak pilih tarikh cantik-cantik. Macam tarikh 12.12.12. Takpun 10.11.12. Mula-mula dah target bulan sebelas tu. Malangnya ma kata, takut time tu musim hujan. Ma kata better jangan buat bulan-bulan tu. Saya sebenarnya tak kisah, lagi cepat bukan ke lagi bagus? Hehe. Termenggatal pulak.

So sekarang ni saya dalam dilema nak memilih tarikh. Ma pilih bulan september, after raya. Tapi saya takut time tu kakak-kakak saya tak dapat cuti sebab baru je cuti untuk raya kan. Tapi ma cakap nanti ma discuss dengan kakak-kakak supaya tak payah balik masa raya tu. Balik masa saya kahwin aje. Boleh gitu? Sangat sempoi kan. Haha

Kalau anda bagaimana?

13 Footprint (s):

erin moshimoshi said... Reply To This Comment

buat bulan 5 je sayang senang ..
kalau nak musim cuti sekolah .. be to be johor chayok !!

Miss Ika said... Reply To This Comment

bulan 5 saya sedang berhempas pulas untuk final lah sayang.

sobbbsss.

tqahmisdar said... Reply To This Comment

chaiyok2! mari setelkan sama2..hehe

Miss Ika said... Reply To This Comment

Chaiyok2 jugak. wee~

dhiera zainudin said... Reply To This Comment

yg penting kahwin! hee...

Miss Ika said... Reply To This Comment

Aah kan, semangat. hehe

Unknown said... Reply To This Comment

bulan 11 la cuti skolah? hehee

Lovely Emy said... Reply To This Comment

kite baru settle pilih tarikh kahwin, gd luck dear :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Azilsah | Kita dengan Taufik memang pilih bulan 11, tapi ma mintak bulan 9. Maybe dia rasa time tu kita dah lama tunang kot. Still dalam perbincangan. Hehe

Unknown said... Reply To This Comment

bulan 9 lepas raya pun ok jugak.kahwin time bulan syawal.berkat gitu.hihi

Miss Ika said... Reply To This Comment

Emy | Bestnye dah setel, dah boleh berbahagia start prepare everything. Hehe

Zimie | Tulah, ma nak bulan 9 after raya tu. Insyaallah. Hehe

Anonymous said... Reply To This Comment

bulan 9 which is more better for u la, sebab ngan2 untuk start bayar2, nak buat fitting la hape la. mcm2 kan...dulu efa plan nak buat time sept gak, tapi tgn ni gatai nak salam tgn suami time raya, so amik bulan 6 :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

tula kan. xtau lagi ni nak amek bila. fenin2. hehe

bestnya awak bulan 6. kita tengah final exam time tu. huhu