FOLLOWERS

Thursday, November 10, 2011

Mak atau Isteri?

Mak atau isteri? Dua-dua perempuan. Dua-dua punya hati yang lembut. Sensitif apatah lagi. Tetapi mana satukah yang lebih menjadi keutamaan suami bila sudah berkahwin?

Tidak semua lelaki/suami yang alert akan hal ni. Sebabnya, bila mak susah dan dalam masa yang sama isteri mempunyai perancangan untuk keluarga makanya sudah pasti isteri mendahului carta merebut hati suami. Suami pulak satu hal, kot ye pun kau sayang isteri tak perlulah kau terus nak membelakangkan mak kau tu. Lempang nak?

Mengapa saya berkata demikian?

Melalui pengalaman.

Orang-orang di sekeliling malah saudara mara.

Saya kalau berbicara berkenaan ibu dan ayah, otomatik akan beremosi. Adehh. Melebih kan? Haha. Macam ni, cuba imagine bila anda mempunyai keluarga atau paling dekat pun saudara yang sudah berkahwin. Duduk pulak satu rumah dengan mak dan ayah . Ayahnya pulak kadang-kadang ada, kadang-kadang satu hari pun susah nak nampak batang hidung. Kalau anda sebagai lelaki, anda mempunyai tanggungjawab terhadap mak anda. Isteri pulak kuat merajuk rasa macam nak sepak tapi tak sampai hati. Merajuk sebab suami lebihkan mak dia. Kang sepak kang merajuk satu hari satu malam kunci bilik tak bagi suami masuk pastu suami nak buat apa kan. Nak tak nak ikut jugak kehendak si isteri. Bila macam ni, saya pulak terasa nak sepak si suami itu. Haha

Kemon.

Tak rasa bersalah ke bila mak terasa hati ke hape. Hati mak kan kita kena jaga. Buat mak menangis berdosa besar tahu.

Tahu tak?


Haa, sekarang nak pilih mana satu?

Jadi, kepada isteri atau wanita atau bakal-bakal isteri di luar sana silalah memahami keadaan suami. Jangan nak berhangin tak bertempat. Tak perlulah nak cemburu dengan mak mentua tu. Kan jadi mak anda jugak kan. Kepada si suami yang tak paham-paham lagi, si isteri tegur-tegurlah. Kita pun tak nak kan bila mak kita susah ke sakit ke, anak-anak lelaki dia tiada di sisi nak ringankan beban.


Sebab tu saya selalu pesan kat Taufik. Macam mana sekali pun dia sayang kat saya, dia tetap ada mak yang perlu disayangi lebih dan wajib didahulukan. Memang kadang-kadang ada jugak terasa dan terfikir esok dah kahwin lagilah kan kuatnya penangan sensitif tu. Tapi bila kita fikir mak kita, tentu kita juga berharap abang-abang kita akan utamakan mak bila dah berkahwin. Sebab perempuan bila dah kahwin wajib dahulukan suami. Jadi haruslah si suami dahulukan mak dia pulak. Kalau tak siapa lagi yang mak kita nak harap-harapkan.

Boleh nak harapkan anak perempuan, tapi kudrat perempuan ni ke mana sangat. Kalau kuat macam otomen bolehlah diterima. Erk?

Renungkanlah.

Sekian.

1 Footprint (s):

dhiera said... Reply To This Comment

saya pun selalu pesan perkara yg sama pada z. syurga isteri berada pada suami. syurga anak lelaki tetap berada pada ibunya.