FOLLOWERS

Wednesday, November 2, 2011

Jangan Bertunang Lama Lama

Ye, saya mengikat tali pertunangan selama dua tahun. Sebenarnya kalau ikutkan saya dengan taufik, memang kami merancang nak berkahwin awal. Sebenarnya kami merancang dah lama, daripada 2009 lagi. Tapi mungkin masa tak mengizinkan. Lebih-lebih lagi bila saya dapat offer sambung belajar. Kami tangguhkan niat kami tu dulu.

Namun, setahun lepas tu kami ambil keputusan untuk ikat hubungan. Mungkin sebab saya belajar jauh dan taknak saya terlepas ke tangan orang lain dan saya juga begitu. Nak ada ikatan yang pasti, biar lagi kuat. Mulanya nak ikat setahun je, tapi keluarga saya especially ma dah sayang sangat kat bakal menantu dia. Makanya, ikatan dilanjutkan selama dua tahun. Kata-kata yang menusuk tangkai jantungku,

"Esok kalau dah kahwin tak kesian ke laki kena tinggal? Sorang duduk sana, sorang duduk sini. Nak jadi apa laki nanti?" 

"Kalau kahwin time ni, dah ngandung mabuk-mabuk esok susah. Beranak karang dah satu hal pulak nak kena extend belajar."

"Takpela, sabarlah sket. Tak lama pun, dua tahun tu pejam celik pejam celik je."

Ada betulnya ma cakap semua tu. Dan sekarang setahun lebih sudah. Sekejap je kan. Tapi seriously, tempoh setahun yang dah berlalu sangat menguji saya dan Taufik. Betul orang cakap, masa bertunang adalah masa genting. Tapi mungkin perasaan sayang kami kuat. Ecececehhh. Kami teruskan dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Saya fikir itu lebih baik. Muhasabah diri dan perbaiki segala kekurangan.

Mereka yang merancang untuk bertunang, saya harap anda tidak mengambil keputusan untuk mengikat terlalu lama. Kalau masa mengizinkan untuk berkahwin awal, rasanya itu lagi baik.

Doakan kami.

19 Footprint (s):

Asfiza said... Reply To This Comment

nk tahu as bertunang baper lama?hehe..2tahun 5bulan..
memg betol..sepanjang pertunangan ni memg menguji kesabaran masing2.tapi alhamdulillah..Incik Naruto matang..tunang dia je yg ngade2.haha

Fariza said... Reply To This Comment

:) insyaAllah semuanya berjalan dgn lancar. banyakkan berdoa. memahami antara 1 sama lain pun penting :)
wahhh. 2 thn tu..

erin moshimoshi said... Reply To This Comment

betul 2 :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Asfiza| sama lah kite, ngada2 je lebih. pantang silap sket, emosional tak tentu pasal. haha

Fariza| Insyaallah. Betul tu. :)

Erin| Kan? hehe

Asfiza said... Reply To This Comment

hehe..tahu xper ika..emosi pmpuan ni bukan menentu sgt..kekeke..

Miss Ika said... Reply To This Comment

Asfiza| Kan? Kengkadang sangat tak paham dengan diri sendiri. Ngeh3x

bahIRAh said... Reply To This Comment

krismas nnt genap setahun..alhamdulillah bahagia sgt :)
kitorg mmg ikat 2 tahun tp insyaallah b4 2 tahun dah kawin..hehehe

Pondok Usang said... Reply To This Comment

lekas-lekas... =)

e k i n ♥ y u s r i said... Reply To This Comment

semoga kekal smpi ke jinjang pelamin yer
makcik ekin bertunang 8 tahun
dan alhamdulillah skrg dah ade 2 anak pon.....
yg penting hati tue....
insyaallah

nia said... Reply To This Comment

semoga semuanya di permudahkan Allah.insyaAllah, bende baik Allah tolong. ♥ flw kamuu ^^

Miss Ika said... Reply To This Comment

Bahirah| Seronoknya awak, kita kalau dah habis belajar memang lama dah. Ngeh3x

Pondok Usang| Memang nak lekas ni. Hehe

Ekin| Terima kaseh. Insyaallah. :)

Nia| Insyaallah, terima kaseh awak. :)

Cik Zimie said... Reply To This Comment

Its ok ika kalau tunang lama2.mesti ada hikmah nye.cuma just kena berhati2 masa tunang ni.org kata darah manis.hehe.

eh btw selamat kenalan eh.mari exchange link.baru perasan awak ada follow saya :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Cik Zimie | Memang kena berhati-hati. Masa tunang la macam2 benda nak jadi. Emosi sangat tak stabil. Kena pandai control jiwa. Ngeh3x

Sebab saya budak baru belajar, bila saya follow B2B saya rasa saya akan dapat banyak info daripada anda2 semua. Hehe

Mimis said... Reply To This Comment

Lama jugak tempoh awak bertunang yer.. tak pe.. rancang betul2 ok.. jgn goph gapah..

dhiera said... Reply To This Comment

orang kate orang bertunang ni darah manis~

tak pe cik ika, ada hikmah disebaliknya tu~

Miss Ika said... Reply To This Comment

Mimis | Yup, 2 tahun. Thanks awak. :)

Dhiera | Insyaallah. :)

Miss Shikin said... Reply To This Comment

yup btol ckp awk tu...
sbb i baru sebulan bertunang dah mcm2 hal...sampai nak break dri ikatan ni pun ada :(
sedih sgt but bila dua2 pikir balik,ni semua dugaan...masing2 perbaiki diri masing2 and msih syg antara satu sama lain.
mmg btol dugaan bertunang tu terlalu hebat! hanya yg bersabar dapat mengharungi semuanya insyaAllah.

Miss Ika said... Reply To This Comment

Shikin | Biasalah, dalam bertunang memang macam-macam benda. Hal2 kecik pun kengkadang boleh isu yang paling besar.

Cumanya, kita kena pandai handle. Kena tanya diri sendiri kenapa kita bertunang and ambil keputusan nak hidup sama2 dengan dia. Try give and take. Kalau dua2 panas, better diam. Salah seorang kena jadi air.

Insyaallah, kalau jodoh tak ke mana. Kalau memang dia jodoh kita, memang dia lah. Kalau dia bukan orangnya segigih dan segagah mana pun kita pertahan tetap bukan untuk kita.

Ambil semangat bersama-sama. Yeahh!

Miss Shikin said... Reply To This Comment

btol....setuju...sorang kena sabar dan jdi air kalau dua2 panas mmg susah... :) insyaAllah...ambik semangat sama2! :)