FOLLOWERS

Monday, March 26, 2012

Update Secara Pukal

Hye lovelies.

Since tak banyak progress sejak kembali dengan semester baru, maka kali ini saya update secara pukal ye.

1. Bedroom Set - Bonda call cakap bedroom set dah dihantar ke rumah. Terkejut sekejap sebab haritu kata suruh hantar dekat-dekat raya nanti. Bonda cakap orang tu takut orang lain ambil. Nanti dah satu kerja pulak nak pilih yang lain. Takpelah. Gambar adik hantar semalam tapi gambar wardobe je since katil tak pasang lagi. Nak cat bilik segala bagai dulu baru boleh pasang dengan gembiranya. Membuatkan saya tak sabar nak balik kampung end of April.

2. Bertandang Outfit - Ada beberapa konflik yang berlaku berkenaan baju bertandang. Memang kalau boleh nak tempah and jadi hak milik sendiri sebab after majlis boleh sewakan and buat business kecil-kecilan kononnya. Tapi banyak sangat bad reviews berkenaan that vendor plus vendor pun reply lambat hanya untuk confirmation for measurement session, jadi terpaksa kuburkan sahaja segala impian. Cewah. FFIL nak try survey area berdekatan rumah. Dapat pakai dress pun cantik kan. Berangan lagi. Hehe

3. Guestbook - Tinggal nak design card. Kalau tak sempat ataupun kemalasan melanda memang tak design la. Just potong kertas kecik-kecik. Haha. Yang tu memang dah kategori malas sangat-sangat dah tu.

4. Solemnization - Supposed majlis after isyak, tapi dah ubah atas permintaan pihak lelaki. Lebih afdhal buat waktu pagi, permulaan hari dan permulaan kehidupan baru. Eceh. Lagi suka sebab nanti boleh la nak ambil gambar after nikah kat luar rumah. Cuma tak dapat la nak ambil gambar ditemani lampu-lampu pelita malam tu. Raya katanya kan. Hehe. Dah inform MUA dan OV. Nasib baik inform awal, kalau tak hampir-hampir OV terima job pagi tu. Tarik nafas lega.

5. Shoes - Ingat lagi entri ini? Dah discuss dengan Taufik. Tapi nampaknya dia tak setuju dengan cadangan saya untuk pakai flat shoes je. Dia cakap saya merepek. Haha. Ceh, tak support langsung. Nanti try nak pujuk lagi.

Rasanya itu sahaja. Tak banyak progress langsung, sedih je. Takpelah, slow-slow.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

2 Footprint (s):

SarahSyafiq said... Reply To This Comment

ika, sama la.bila dah masuk sem tak banyak benda boleh buat.tggu abis sem baru blh pulun kerja kawen.

Miss Ika said... Reply To This Comment

Sarah | Kan? Lagi jauh dengan tempat asal tak tau nak wat apa. Huhu