FOLLOWERS

Friday, February 17, 2012

Hunting Kain Nikah for Both & Reception for Bride

Hye lovelies,

Bukan main panjang lagi tajuk entri. Hehe. Selama tujuh hari Taufik menghabiskan cutinya dengan aktiviti berkualiti bersama gadis kesayangannya (Cewah), banyak jugak preparation yang dah boleh strikethrough. Alhamdulillah.

Bermula dengan Jumaat lepas, kami bersama ma dan adik pergi ke butik Pesona Pontian membuat tempahan. Owner butik, Kak Bett sangatlah friendly memberi cadangan itu ini. Sampaikan ada sessi potensi diri, melihat tarikh lahir dari sudut metafizik. Hehe. Di sana, saya mengambil pakej yang sangat budget. Tu pun takdalah budget sangat. Huhu. Saya ambil pelamin, makan beradab dan sewa baju pengantin lelaki sahaja since baju nikah, reception saya tempah sendiri.

Sabtu dan ahad pula diisi dengan Kursus Pra-Perkahwinan. Alhamdulillah, dua hari tersebut sangatlah terisi di dalam bilik kuliah walaupun Taufik yang duduk di belakang sekali beberapa kali juga terlentok sebab tak tahan ngantuk katanya. Haha. Apa pun tak boleh.

After maghrib on Sunday, saya, adik, Taufik and his mother bertolak ke Kuala Lumpur. Tengahari Isnin adalah sessi hunting kain nikah and reception di Jalan TAR. Menuju ke Kamdar sebab Dhiera bagitahu chiffon plain semeter RM5. Murah kan. Tapi malangnya warna yang saya cari takda. Then pergi ke Nagoya. Alhamdulillah ada walaupun harganya mahal RM1 daripada di Kamdar. Takpelah, janji warna yang saya nak tu ada. SA tidak membantu sangat sebab dia cakap selalu kalau nikah takda orang pakai chiffon plain. Selalu guna lace. Saya cakap takpelah, saya nak guna chiffon je. Hehe

Then cari kain untuk nikah groom dan reception bride. Kamdar dengan Nagoya takda. Taufik cakap try pergi Gulati's. Saya cakap Gulati's mahal. Dia cakap takpe asalkan benda yang kita nak ada kat sana. Masuk Gulati's tanya kain Dutchess Satin sebab tanya kat Kamdar dengan Nagoya, SA buat muka blur. Huhu. Alhamdulillah material Dutchess Satin ada dan lagi happy warna yang kitorang nak ada match sangat dengan baju nikah saya yang beli kat Nagoya tu. SA sangat friendly dah macam kenal 10 tahun. SA tu orang Johor patutlah macam ada chemistry je. Haha. Bargain pun dapat even tak banyak. Kain untuk reception saya pun beli di Gulati's. Memang mahal kalau nak diikutkan, tapi kualiti sangatlah baik.

Selesai hunting kain dan ini apa yang kami dapat,

Nagoya
Chiffon Plain - RM6 / meter = RM6 x 7.25 meter = RM43.50
Satin for Lining - RM7 / meter = RM7 x 4 meter = RM28
Total = RM71.50

Gulati's Silk House
Chiffon Plain
Satin for Lining
Dutchess Satin


B2B yang nak cari kain yang original berkualiti boleh pergi ke Gulati's Silk House. Bargain gila-gila tau. Hehe. About original berkualiti tu, saya tak boleh nak jamin sebab saya pun tak selalu beli. Kena tanya orang yang lebih pakar la bab-bab kain ni. Hehe

Till then, peeps.

7 Footprint (s):

Hunny Kitty said... Reply To This Comment

bagi ai kalao kain plain ni mana2 pun sama je....but anyway good luck on ya prep

Miss Ika said... Reply To This Comment

Tp Gulatis kain dia jarang dan lembut sket. Nagoya kain dia berat tp kasar sket. But I love both. Hehe

erin moshimoshi said... Reply To This Comment

bt cntik2 auw ika :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Erin sayang, insyaallah. Hehehe

Unknown said... Reply To This Comment

bestnye ika beli plain chiffon, cam kite gedik nk beaded chiffon.heee tak sure mahal ke murah sebab beli last year masa promo kat binwani's jalan tar.

Miss Ika said... Reply To This Comment

Beaded chiffon mesti mahal kan dear. Sebab tu taknak beaded. Lagipun nak yang simple je. Hehehe

atie said... Reply To This Comment

Dulu beli plain dekat gulatis jalan tar.. gile2 kene tipu... sedih gile... boleh bace cerite aku hunt kain kawen dekat sini.. http://misikahwin.wordpress.com/2013/05/21/4-cerita-kain-untuk-hantaran-tunang/

pengajaran untuk orang lain. :(