FOLLOWERS

Tuesday, March 27, 2012

Wedding Journal

Hye lovelies.

Hari ni saya nak berkongsi tentang wedding journal saya yang tak berapa nak dikategorikan sebagai journal. Tapi everything inside is all about wedding. Starts from wedding checklist, wedding inspiration, design, theme, receipt and everything. Sebab saya seorang yang sangat rigid bab-bab ini. Tapi saya bukanlah seorang yang cerewet ye. Hehe

Wedding journal ini diinspirasikan setelah saya membaca blog Most Glamorous Bride 2010. Tahu kan siapa? Hehe. Saya menjadi pembaca setia blog itu. Seronok bila membaca segala wedding preps and research yang dibuat berkenaan dengan wedding. Semuanya details. Dan lebih membanggakan, banyak idea dan preps adalah hasil DIY beliau sendiri. Seronok menjadi seorang yang kreatif kan. Saya ni kayu je lebih, tangan tak berapa nak kreatif sangat. Hehe

Tapi, saya punya wedding journal takdelah besar mana. Cukuplah sekadar kecil-kecilan yang boleh masuk dalam handbag dan boleh dibawa ke mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh dapatkan di mana-mana kedai buku yang berhampiran dan pilihlah mengikut kegemaran. Saya beli yang paling simple dan hujungnya saya ikat dengan ribbon. Nampaklah macam special sket kan. Hehe







Semua yang berkaitan dengan wedding saya akan masukkan dalam buku ini. Kalau beli barang tanpa resit, saya akan tulis sendiri and just lekatkan dalam buku ni. Contact number or card holder semuanya saya akan pastikan ada dalam ni bagi memudahkan urusan saya pada masa akan datang. Rasanya semua B2B pun ada wedding journal yang lagi cantik dari saya punya. Macam dhiera, dia ada file yang tebal tu. Hehe. Lagi hebat tau. Saya punya yang biasa-biasa je.

Itu pun bonda dah bising-bising, dia cakap guna buku tulis masa sekolah tu kan boleh. Tak payah nak beli-beli. Hehe. Saja nak bagi nampak special. Special lah sangat. Huhu
Rasanya untuk itu je setakat ni. Kalau rajin nanti update lagi.

P slash S: 
Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

16 Footprint (s):

Ziema said... Reply To This Comment

Wah. Ziema pun baru je terfikir nak buat buku ni.

Kenangan tu :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Ziema | Kan? Nanti pas wedding mesti rindu nak preps lagi. Tu yang buat. Senang sket nak refer. Hehe

SarahSyafiq said... Reply To This Comment

bagus2.betul la mana2 tmpt yg dah survey sume keepkat situ kan.t xde la lupa..

Miss Ika said... Reply To This Comment

Sarah | Yup, semua simpan dalam tu. Senang nk refer kalau ada pape. Hehhh

Unknown said... Reply To This Comment

saya pun ada jugak wedding journal. warna pink lagik.hehe.segala macam ada dlm tu.makanan je takde kehkeh

Miss Ika said... Reply To This Comment

Zimie | Wah, color pink tu. Kalau makanan pun ade tak tau lah nak kata apa. Ke ada kulit telur pindang? Haha

BungaTulip said... Reply To This Comment

bestnya ada buku mcm ni, sng nak wat check list :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Bunga Tulip | Dear, boleh je kalau nak buat dalam excel. Kita ni kengkadang malas nak bukak lappy and menaip. Ngehhh

BungaTulip said... Reply To This Comment

buku lg sng kot, leh bwa g mana je sng nk update..nk bka laptop leceh ckit, maunya lptop cam kite pnya nak on pun amik masa :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Bunga Tulip | Tau takpe. Sbb kita malas nak bukak laptop. Sometimes bila dah bukak, malas nak type pulak. Buku lagi senang. Hehe

Puan Ekin Hoza said... Reply To This Comment

kikin pun ade wedding journal jugak! senang nak tengok semua benda yang dibuat :) to do list la katakan. chayok ika! :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Kikin | Senang kan, boleh conteng-conteng. Hehe

iedaurora said... Reply To This Comment

mine buku nota kecik je senang nak bawa kemana-mana ^_^

Miss Ika said... Reply To This Comment

Ieda | Sama la dear. Sbb snang nak masuk dalam handbag. Hehe

leeza said... Reply To This Comment

hey! same la.. dulu kite pon buat buku mcm ni.. semua pic, resit bagai boh dlm buku 2.. =D

Miss Ika said... Reply To This Comment

Leeza | Yup, senang nak usung ke sana sini. Hehe