FOLLOWERS

Thursday, March 1, 2012

Pulut Kuning and Fondant Cake

Hye lovelies.

Sekejap dah bulan March. Diam tak diam tinggal beberapa bulan lagi to our big day. Scary okeh, macam banyak lagi benda tak settle. 

Hari ni story tentang acara memotong cake. Erk? Saya tak berapa menggemari kek fondant. Ceh, padahal tak pernah rasa pun kek fondant dah cakap tak menggemari. Haha. Saya jarang nak try benda-benda yang tak pernah saya makan before. Jadi terus assume tak suka. Tapi pernahlah makan topping cupcake yang keras-keras tu. Sama ke macam kek fondant? Kesian betul tak tahu. Huhu. Maka saya awal-awal request pulut kuning masa potong cake nanti. Dah inform pada Taufik, yela takut dia tak suka ke kan. Dia cakap tak kisah. Yela tu. Tak kisah tak kisah pun request jugak nak yang dua tingkat punya pulut kuning. Cehh. Apa pun tak boleh.

Haritu pernah survey vendor yang boleh buat pulut kuning untuk meja beradab sekali dengan doorgift untuk majlis nikah. Mula-mula bagi la feedback tanya saya duduk area mana. Bila saya bagitahu terus tak quote saya anything pun. Ok, fine. Dah malas dah nak tanya-tanya. Then, ma decide nak buat sendiri je. At first, tak bagi ma buat sendiri sebab taknak la ma susah payah buat kan. Nak tempah je. Ma cakap takpelah, bukan selalu. Lagipun tak banyak mana pun nak buat. Boleh jimat lagi katanya. Saya pun setuju. About pulut kuning dah tak payah risau.

Sekarang ni risau cake untuk hantaran pulak. Rasanya nak ambil jalan mudah. Mana lagi kalau tak Secret Recipe. Sedap pun sedap. Sebab masa tunang hari tu bagi kek tempah area rumah as hantaran. Sekali Taufik cakap tak sedap. Kesian family dia. Malu pun ada jugak. Huhu. So, kena lah bagi yang super sedap masa big day nanti. Bake sendiri? Kalau rajin dan sempat boleh lah. Tapi rasanya nak beli je kot. Haha. Ke ada orang nak sponsor? Kak Long ada cakap jugak, nak tempah kat kawan sekolah dia, Nani Model 80an. Nanti kena follow up semula.

Rasanya setakat ini dulu. Kbai.

P slash S: Semoga apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

7 Footprint (s):

puan.mila said... Reply To This Comment

fondant mmg xbes...wedd ritu mkn kek y dlm je..yess plut kuning mmg bes, tp time wedd ritu xde y sggup nk buat so melopong jela..hehe..gud luck dear for wedd preps!!

cik chinta said... Reply To This Comment

secret resepi okeh gak. cme kalo bawak jauh cair tak jadi rupe kek dah.

Miss Ika said... Reply To This Comment

Mila | kalau yang dalam tu boleh terima lagi. Tapi kalau makan sekali dengan topping dia, memang tak lalu kot.

Thanks dear. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Cik Cinta | Kena keluarkan masa nak bawak kot. Haha. Sebab masa wedd abang dulu buat untuk makan beradab. Sekali keluarkan cair nak menyembah bumi dah. Pastu terus tarah tepi dia. Naseb bek tak perasan sangat. Hihi

Anonymous said... Reply To This Comment

Free Erotic Galleries. Amateur, Big Tits, Hidden Camera, Lesbian, Public photos, xxx

http://www.mrwobbly.net

1) Only photos and pictures. More than 30,000! No videos.
2) Minimum Ads! No popup and popunder. In principle!
3) Updates once per week!

Anonymous said... Reply To This Comment

[url=http://buypropeciaonlinerx.com/#1219]buy propecia online[/url] - propecia 5 mg , http://buypropeciaonlinerx.com/#2513 propecia 1 mg

Anonymous said... Reply To This Comment

I'm waiting to go to the sure of Euro 2012. All spoke thither Ukraine - a lie!