FOLLOWERS

Thursday, May 17, 2012

Baju Nikah Bakal Suami Dah Siap Baju Nikah Saya Entah Bila

Hye lovelies.

Panjang bukan main tajuk entri. Hehe. Siang tadi Taufik message saya bagitau baju nikah dia dah siap. Sangatlah jealous. Next month dia dah boleh amek baju tu dengan gembiranya. Saya punya baju nikah mungkin bulan 7 atau awal bulan 8 baru buat. Itulah padahnya kalau buat dengan orang yang ada bau-bau bacang. Haha. Nak cakap atau suruh bertindak dengan tangkas rasa serba salah pulak kan. Kalau buat dengan orang yang tak kenal mungkin boleh sound setepek dua. Harap semuanya ok takde problem. Haritu pun ada jugak buat perangai sampai tersakit hati. Tapi sekarang boleh sabar lagi kot. Takpe. Takpe. Wait and see. Hehe. Macam ada nada tak puas hati tak? Tak kan. Cool kan. Banyak masa lagi. Huhu

Pasal baju reception, tailor haritu ada message tanya pasal color pearl nak letak color apa. Saya rasa saya dah explain siap bagi gambar sekali dengan description. Nak marah kang cakap saya kurang ajar pulak. Hadoi. Pastu dia suggestkan color, tapi dia tak cakap untuk baju nikah or baju reception. Then saya tanya, pearl yang color tu nak letak kat baju nikah or baju reception? Tahu tak dia jawab apa?

Dia jawab.

"Entah"

Kalau orang lain dah lama kena kot. Nasib baik saya ni cool lagi (Padahal dalam hati mendidih dan berbulu je). Hehe. Boleh tak jawab dengan profesional sket. Ni customer awak tau. Bayar tau bukan free senang-senang je. Lainlah kalau baju sponsor nak buat perangai pun patut jugak. Ni duit dah bagi walaupun tak habis lagi kena la bagi commitment sket. Standard la full payment after dah dapat service. Ni belum-belum dah buat perangai. Huhu. Apa pun tak boleh lah. Cewah, membebel pulak kat sini. Berani sound depan-depan la. Haha

Betul orang cakap kan, makin dekat nak mendirikan masjid makin banyak dugaan Allah bagi pada kita. Ni belum kahwen lagi, esok lusa dah kahwen lagi banyak dugaan. Ni baru fasa pertama dah menggelabah badak. Standard la kan. Stress tau tak. Stress. Haha. Belum cerita stress dengan FYP lagi. Mahu bulan depan pun tak habis cerita. Macam dia sorang je kan banyak commitment. Orang lain lagi berlambak kerja. Still steady lagi. Ni baru sket dah sibuk nak menyalak tak bertempat (Dia adalah merujuk kepada saya). Hehe

Dalam masa sebulan ni tak banyak progress yang berjalan. Sebenarnya dah blur tak tahu nak buat apa lagi padahal berlambak kerja belum siap. Sangatlah tension. Adeh. Tension lagi disebut. Hehe

Entri adalah lebih menceritakan stress berbanding wedding preps. Sorry korang. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

♥

Monday, May 14, 2012

Outdoor Attire by Miszalya Yahaya

Hye lovelies.

Alhamdulillah rezeki kahwen kata orang bila menang contest Cinta Kami by Miszalya Bridal Houze. Dulu join pun sebab suka-suka je. Tak terfikir pun boleh menang kan. Hadiah yang saya dapat ialah:

Pakej Busana Tempahan Baru Khas Bride + Groom
Accessories Bride + Groom

Terima kasih kepada Kak Miszalya Yahaya sebab sudi bagi hadiah ni pada saya and bride-to-be lain yang menang juga. After dapat tahu, terus bagitahu Taufik. Suruh dia decide nak buat baju apa, design yang macam mana, untuk event yang mana. Since kami dah booked untuk 3 events nikah, reception dan bertandang, kami decide pakej ni untuk outdoor session. At first, saya terfikir nak buat songket untuk majlis tandang, tapi Taufik ada bagitahu dia teringin nak pakai coat. Saya pulak sayang nak let go dress yang dah booked untuk majlis tandang. So, kami decide untuk outdoor saja. Sesuailah kalau Taufik pakai coat untuk outdoor kan. Bincang pun secara alam maya dengan Taufik. Bagi dia gambar dress yang sesuai untuk pakai dengan coat jadi dia boleh pilihkan apa yang sesuai dan apa yang kena dan tak kena dengan saya. Dan warna yang Taufik pilih adalah warna Chartreuse Color tapi saya panggil Soft Green saja. Hehe

So, ini antara dress yang saya dan dia suka.



Cantik kan dress ni? Saya memang suka sangat. Tapi sebab design baju atas tu macam ada draping, Kak Miszalya cakap makan masa nak buat plus tailor pun takut tak sempat nak siapkan on Septembar jadi saya decide dress still macam ni cuma takde draping atas tu. Just straight je. Rasanya saya pun tak ada masalah kalau takde draping tu. Jadi saya pun gigih google gambar yang lain untuk bagi clear. Dress ala-ala macam atas ni jugak.





Fokus pada dress bride tu. Cantik kan? Dress pun ala-ala yang first tadi cuma design yang bahagian atas tu lain sket. Come with full package gambar ni sebab color pun soft green jugak kot. Cuma yang saya request agak light sket dari yang ini. Hehe. Then, saya request veil yang panjang meleret sama dengan veil dalam gambar ni, cuma style tudung kot berubah sebab saya rasa muka saya yang bulat ni tak sesuai pakai macam tu. Huhu. Tunggu dan lihat sebab accessories saya serahkan pada Kak Miszalya yang decide. Hope turns out well.

Groom seperti yang saya cakap tadi akan pakai coat. Taufik request and prefer pakai silver coat with white kemeja and soft green tie. Tie saja yang akan ikut warna dress bride. Hopefully semuanya ok. Sebab ingatkan taknak tukar baju for outdoor since takut kalut nak tukar-tukar kan. Lagipun memang dah decide dari awal nak pakai baju sanding tu saja. Tapi syukur, boleh stylekan gaya tudung ke apa. Dalam album pun nanti takde la warna sama je kan. Hehe

Harap semuanya berjalan lancar. Amin.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

♥

Sunday, May 13, 2012

DJ Booked

Hye lovelies.

Hari ni update pasal entertainment pulak la eh. Selalu update pasal baju je kan. Orait, alhamdulillah DJ untuk big day nanti dah booked. Tapi saya tak tahu menahu sangat sebab kakak ipar saya yang sponsor. Saya on je, janji bukan karaoke. Memang dah pesan awal-awal tak nak karaoke sebab nanti sapa-sapa je yang nyanyi kang. Horror. Haha. Dengarnya DJ ni DJ supermarket. Memang banyak diinvite untuk wedding event sebab dia ni kelakar orangnya. Dah kira bagus la tu kan. Bukan senang nak cari DJ yang kelakar. At least boleh ceriakan suasana, takde la suram sangat.

Kriteria DJ?

Kalau boleh DJ tu nanti pandai bermain dengan suasana. Especially masa pasang lagu. Means, time pengantin sampai pasang selawat or at least tak pasang lagu pun takpe time tu sebab dah ada kompang original kan. Then masa pengantin duduk posing atas pelamin mainkan lagu gamelan ke. Macam konvokesyen pulak rasa. Haha. Takde, sebenarnya more to traditional la kalau pasang gamelan even tak masuk dengan tema yang konon moden. Kira ok apa, kena la dengan acara merenjis-renjis bagai tu kan. Tu pun kalau ada renjis-renjis tu. Masa potong cake tu pulak mainkan lagu-lagu romantik tapi taknak la jiwang-jiwang lagu Spin, Spoon, Screen semua tu. Macam tak kena je. Then masa pengantin beramah mesra dengan tetamu, just mainkan lagu yang relax and cool plus DJ pun boleh join unless tak serabutkan suasana. Paham tak apa yang saya maksudkan? Hehe

Lagi, tentang playlist. Rasanya kalau DJ yang dah selalu perform for wedding event ni dia dah expert bab-bab playlist. Tapi rasanya tak salah kalau pihak pengantin sendiri sediakan playlist. Burn dalam CD so that lagu-lagu yang dimainkan nanti takde lah out of event kan. Tiba-tiba kang ada lagu Madu Tiga. Tak ke horror? Dangdut ke, memang tak masuk dengan jiwa la. Tapi itu semua kena bincang semula dengan orang yang sponsor. Takut pulak nanti dia cakap saya cerewet. Semua taknak, itu ini tak boleh. Lagi parah.

Apa yang penting communication antara pihak keluarga pengantin dengan person incharge. Nanti takde la missunderstanding kan. Harap semuanya ok nanti. Insyaallah.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

♥

Saturday, May 12, 2012

Wheel Paper

Hye lovelies.

Sorry lama tak update. Sangat busy dengan bermacam perkara sekarang. Hati membuak-buak nak update tapi bila buka blog terus terbenam idea. Hehe

Berbalik pada tajuk, saya pernah bagitahu nak buat beberapa item di bawah Project Craft by Ika dan wheel paper adalah salah satu itemnya. Dah start buat tapi belum siap lagi memandangkan segala bahan berada kat kampung. Jadi terpaksa pendamkan dulu semangat yang membuak-buak (Membuaklah sangat) nak siapkan benda alah tu. Big day tinggal berapa bulan (Malas nak counting) tapi banyak benda tak settle lagi. Rasa macam nak menangis teresak-esak sekarang ni (Padahal dah berjurai dah tadi) sebab banyak sangat dugaan akhir-akhir ni. Tapi takpelah, saya percaya Allah turunkan hujan hari ini untuk datangkan pelangi pada hari esok.

Wheel paper ni nanti saya akan letak di bilik pengantin sebagai decoration since saya tak ambil pakej sekali untuk bilik pengantin. Buat sendiri maybe lagi menjimatkan. Cantik or tak cantik belakang cerita. Malas nak fikir sangat outcomenya. Kena tunggu June sebab time tu memang akan fully concentrate pasal wedding preps. Sekarang mood still on final year project. Nasib baik dah tinggal minor yang kena buat. Kalau tak memang pengsan jam ni jugak.

Teaser? Bagi gambar terus lah. Ala, semua orang pun pandai buat benda alah ni kan. Sesaja nak share dengan korang. Nanti segala item di bawah Project Craft by Ika (PCI) saya akan letak di sidebar. So, sesiapa boleh refer. Manalah tahu rajin nak buat tutorial ke kan. Hehe



P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

♥

Wednesday, May 2, 2012

First Fitting

Hye lovelies.

Sorry for long hiatus. Semalam adalah hari fitting baju reception saya yang pertama. Baju reception dah siap, tinggal patch lace dengan jahit manik. Oh ye, kain 9 meter tu tak cukup untuk buat veil sekali. Ingat nak buat veil yang panjang macam veil Bienda tu. Tengok macam mana, sesuai ke tak. Kalau approved, kena beli kain lagi. Huhu

Alhamdulillah, first fitting takde masalah. Longgar sket, tapi pesan pada kakak tailor supaya tak payah kecikkan dulu takut lepas ni badan ternaik ke apa. Harap-harap tak la kan. Nak perasan jugak ala-ala model pakai baju pengantin. Hehe. Baju nikah belum siap lagi sebab dah pesan suruh buat dulu baju reception memandangkan butik mintak siapkan awal. Nak buat baju reception baru for groom. Kalau lambat takut kena pakai baju sedia ada pulak. Rugilah dah termasuk dengan pakej kan. Hope semua berjalan lancar.

About 7 weeks nak habiskan belajar, sangatlah tak sabar. Diam tak diam tinggal berapa hari lagi our big day. Scary, banyak benda yang minor tak setel lagi. Takut jugak terlepas pandang. Huhu. Rasanya itu dulu untuk hari ini.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

♥