FOLLOWERS

Saturday, December 24, 2011

Contest "Cinta Kami"

First time saya join contest-contest ni. Sebelum ni tengok blogger-blogger lain join. Ni tiba-tiba rasa nak mencuba. Tak menang pun takpe, sebab rasa macam fun je kan. Hehe

Ok, contest ni dianjurkan oleh Miszalya Bridal Houze. Walaupun Miszalya Bridal Houze ni terletak di Klang dan saya pula dari Johor, tapi takpe kan. Sebab rezeki kan ada di mana-mana. Ecehhh.

Miszalya Bridal Houze menawarkan perkhidmatan seperti make up, pakej perkahwinan dan pertunangan, pelamin, kelas dandanan dan sebagainya. Menarik kan? So, bagi siapa-siapa yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau bolehlah menghubungi,

Email: miszalya@gmail.com
SMS: 017 676 2248


Cara-cara nak join contest ni, anda haruslah:
1) Buat entry mengenai contest ni kat blog korang.
2) Ceritakan mengenai cinta anda bersama pasangan, masukkan 1 keping gambar anda dan pasangan.
3) Minta kawan-kawan blog atau siapa-siapa saja tinggalkan komen kat bawah entry korang. Minta diorang tulis "Vote" then masukkan nama dan blog/facebook diorang kat komen tu.

Tarikh tutup ialah pada 31 Januari 2012

Jika terpilih sebagai pemenang, hadiah yang ditawarkan adalah:
Pelamin Sanding atau
Pelamin Mini atau
Make Up 1x atau
Busana & Aksesori atau
Busana + Aksesori + Make Up 1x atau
Busana + Aksesori + Pelamin Mini

***************************
Cerita Cinta Kami

Saya memang pencinta bahasa melayu. That is the reason why i took Bahasa Melayu ilmiah as one of my elective subject. Ok, memang takda kena mengena pun. Har Har

He made me recall and remember suddenly.

Cerita ini berkenaan dengan seorang pakcik yang telah membuatkan hidup saya jadi huruhara. Saya kenal dia empat-belas-januari dua-ribu-lapan. Kenal ok. Masa tu saya baru sebulan menjalankan latihan industri di salah sebuah bank terkemuka di tempat itu. Eceh, terkemukalah sangat. Budget genius lah kan. Haha

Beberapa hari sebelum empat-belas-januari dua-ribu-lapan, salah seorang staf di bank tersebut memaklumkan bahawa akan ada seorang mamat yang akan menjalankan latihan industri di situ. Ok, rasa macam gembira yang amat masa kakak tu bagitau. Sebab saya memang dah bosan tahap gila babas sebab takda member. Cuba imagine boleh dikatakan tiap-tiap hari muka suci ni je la yang fotostat IC customer. Hari-hari ok. Kira ok la walaupun mamat tu adik-adik aja saya pikir. Buat ada-ada, hilangkan bosan. Rasa keji gila tak statement? Haha

Nak dijadikan cerita sensasi, memang memalukan kalau diingat-ingat semula. Tapi memang jujur. Series jujur. Takda tiputipu untuk sedapkan atau mengambil hati pakcik tu.

Setiap pagi pergi ke bank memang saya akan tumpang cousin sebab tempat kerja dia area-area situ jugak. Pagi empat-belas-januari tu, seriouslah memang saya rasa macam something je. Berdebardebar tak hengat. Dari dalam kereta cousin saya tu lagi. Anda tak macam nak menyirap kat diri sendiri ke kalau jadi kat anda? Haha

Then sampai satu persimpangan, saya perasan ada seorang pakcik ni bawak motor color hijau. Memang laju gila dia bawak. Saya usha je pakcik tu. Siap cakap apa 'mamat ni mesti dah lambat nak pergi tempat praktikal, laju semacam je bawak.Siap cilok-cilok lagi bawak motor. Ni mesti budak praktikal kt bank sama tempat dengan aku'. Eceh, anda tak rasa ke yang saya perasan gila time tu? Haha.

Ok, masa saya sampai pakcik tu dah sampai depan bank tempat saya praktikal. Parking nak jauh-jauh kan. Tapi saya memang kompemlah yang dia la mamat yang kakak tu cakap. Yang buat praktikal kat bank. Masa tu saya pergi amek paper kat kedai macha. Memang kerja saya pagi-pagi. Sampai kena usha dengan anei kedai suratkhabar tu. Ok, perasan je. Kah Kah

Naluri saya memang seratus peratus betul. Jodoh kot. Hua Hua. Memang betul la mamat tu. Tapi saya ingat dia adik-adik je. Rupanya dah kategori pakcik dah umur dia. Nasib badan lah. Baru nak usha-usha mamat jambu. Tak jadi la. Sebab pakcik tu tak jambu pun. Dah la kerek semacam kan. Boleh tak anda tak menyirap sebab dia ingat saya ni makcik cleaner je kt bank tu. Menyirap kan. Ada muka cleaner ke ni? Sobss

Sejak dari haritu, kira kalau nak lunch dengan pakcik tu je. Dengan lagi sorang pakcik exec. Nak buat macam mana kan. Dah diorang je yang ada. Nak menyibuk-nyibuk dengan pempuan, 
masing-masing sibuk bercerita hal-hal keluarga. Tak masuk la.

Satu hari tu, entah macam mana hati saya rasa macam menyirap gila dengan pakcik tu. Tak tahu la apa puncanya. Dah tak ingat. Tapi saya ingat lagi la ayat saya sedekah kat dia 'malang la perempuan yang dapat you'. Ok, keji gila buat statement macam tuh. Rasa macam macho gila lah saya time saya buat statement tu. Haha

Hubungan saya dan pakcik selepas tamat latihan industri hanyalah sekadar kawan. Lebih tragis bila hubungan 'teman tapi mesra' ini mendapat tentangan hebat dari keluarga saya especially ma. Sebab ma menganggap pakcik ini telah merampas saya dari boyfriend yang ketika itu memang sedang retak menanti belah. Kesian pakcik tak bersalah.

Setiap hari saya berendam air mata sebab ma muntahkan segala kemarahannya yang sangat dahsyat. Sampai "Pijak mayat ma dulu kalau lelaki tu nak kahwin dengan kau". Gerun tak? Macam cerita samarinda yang selalu main kat TV3 kan.

Tapi entah macam mana la satu hari tu ma tanya pasal pakcik ni. Time tu saya dah enam bulan break dengan boyfriend lama. Punca sebenar hanya kami yang tahu. Mula-mula memang saya rahsiakan, buat-buat gagah padahal hati macam raksasa lawan otomen asyik kalah. Haha. Tapi sebab tertekan dengan keadaan saya ceritakan pada pakcik dan seorang bestfriend.

Ok, masa ma tanya tu muka dah blushing. Ingat lagi time tu bulan puasa. Buat kental bagitahu ma pakcik ni nak datang buka puasa. Mula-mula memang takut. Tapi bila ma tanya "Nanti dia datang nak masakkan apa?". Wahhh, sangat teruja time tu. Pakcik tu pun tak mengagak. Siap order soto, kuih seri muka, karipap sardin semua. Dibuat macam mak dia sendiri pulak. Haha. Tapi masalahnya kan, ma buat semua sekali okeh. Menyirap tak kat pakcik tu? Huhu

Dah, malas nak cerita panjang-panjang. 
Bermulalah episod kami ala-ala Cinta Kirana kat Astro Ria. Dengan kepandaian masing-masing, sekarang sila substitute pakcik itu kepada tunangku.

Ok, rasakan. Har Har Har
 
                                

Kepada Encik Tunang,
Terima kaseh diatas jasa anda yang telah melayan perempuan buruk perangai seperti saya. Hehe
Terima kaseh terima seadanya.
***************************

Dan kepada Miszalya Bridal Houze, terima kasih kerana memberi peluang kepada bakal-bakal pengantin merealisasikan impiannya.

Siapa-siapa yang suka entri ni, boleh komen dan tulis "Vote" dalam ruangan komen.

Till then, peeps.

24 Footprint (s):

Cik Nasha said... Reply To This Comment

hiksss..kelakarla..msti klu ingt senyum sorang2 kn..

ok, saya VOTE. ;P

Norhasliza Hashim said... Reply To This Comment

VOTE!!!

Shayra said... Reply To This Comment

hehe. comelnya. Sy VOTE!

Miss Ika said... Reply To This Comment

Nasha | Heh, tau takpe. Thanks dear.

Hasliza | Tq yunk.

Shayra | Thanks dear. :)

Cik Zimie said... Reply To This Comment

alaaa naper sekejap sgt cite ni, sambung lagi pls pls.kelakar, suka baca.hihi

VOTE!! :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Zimie | Nanti saya edit sambung citenya eh. Kalau rajin la. Hehe

dhiera said... Reply To This Comment

same macam zimie~ nak tahu kesinambungan ye!!

VOTE for u dear~

Miss Ika said... Reply To This Comment

Dear, dah panjang sangat tu.
Tak tau dah nak type pe. Hehe

Thanks. :)

Anis_Apis said... Reply To This Comment

vote vote!...

dah vote citer saya blum?
nnt drop by my blog k

pika pikah said... Reply To This Comment

sweetnya... :)

vote for me too!

http://pikapikah.blogspot.com/2011/12/contest-cinta-kami.html

Miss Ika said... Reply To This Comment

Anis | Thanks dear.

Pika | Thanks jugak dear. :)

cik.mila said... Reply To This Comment

VOTE!!

nice story u ika..haha

Miss Ika said... Reply To This Comment

Mila | Thanks awak. :)

aneem said... Reply To This Comment

Tragis...VOTE

izni nakatsu said... Reply To This Comment

VOte!!!! support my lovely sis okeh!

Taufik said... Reply To This Comment

VOTE!

http://www.facebook.com/profile.php?id=1087005651&ref=tn_tnmn

Miss Ika said... Reply To This Comment

Izni | Thank you sayang. Lakelove! macam kasut Mat Ja je tuh. Haha

Anonymous said... Reply To This Comment

Vote!!

Waniey said... Reply To This Comment

vote!!

http://www.facebook.com/wanieyizzati1991

Miss Ika said... Reply To This Comment

Thanks to anonymous.

Waniey | Maceh sayang.

harz... said... Reply To This Comment

Untuk adik2 berdua akak pun VOTE...

Vote...

Miss Ika said... Reply To This Comment

Thanks along.
Saja je join ni.
Tak harap lebih pon. Hehe

:)

Anonymous said... Reply To This Comment

The gargantuan mere chance premise ahead google are still real-time safely!street cars and their weight: body about these words say ardent until now the applied 80's, plurative are overhead 30 negotiations collective, and by means of a unorthodox production on certain save 10,000, doubtful in connection with whom stand under in a second versus ready civic garb. http://pobsaiv.com

Anonymous said... Reply To This Comment

Regular year is italian and goes not the noteworthy rolls industriousness in reference to the arrangement subsiding a native prescription remedial of the race in order to uprush the nonconformity into the crv. http://fikroda.com