FOLLOWERS

Wednesday, April 11, 2012

Tiada Siapa Tahu

Hye lovelies.

Lately perasaan little bit stress sebab ada yang bertanya mana dapat duit nak setelkan bab-bab persediaan perkahwinan. Ada yang beranggapan saya totally bergantung pada Taufik sebab dia dah bekerja dan saya masih belajar. Saya rasa tak perlu nak membuat sebarang telahan sendiri kalau tak tahu hujung pangkal.

Ye, saya memang masih belajar. Kalau hundred percent saya spend untuk semua persediaan memang saya tipu. Tapi mostly yang melibatkan official photographer, videographer, makeup artist yang kena buat deposit payment memang saya bayar sendiri. That's why saya hire yang saya rasa saya mampu bayar je. Kalau ada yang jauh lebih mahal but comes with a good quality saya tak sayang nak invest lebih sket. Sekali seumur hidup tapi saya still hadkan budget. Tak nak sampai over limit. Begitu juga dengan hal-hal lain seperti attire for bridesmaid, wedding invitation, sticker and segala minor accessories memang datang daripada budget saya sendiri. Cuma yang berkaitan dengan canopy, doorgift and family outfit disponsor oleh keluarga saya sendiri. Tapi itu pun saya akan bagi jugak sebab tak nak bebankan diorang. Dan saya juga tak nak bebankan Taufik. Sebab saya tahu dia bersusah payah kerja untuk allocate hantaran dan majlis belah dia juga. Lagipun saya sukakan majlis yang sederhana tetapi meriah. 

Saya tak ada impian pun untuk buat majlis besar-besaran. Cukuplah sekadar apa yang termampu. Saya juga tak pernah meminta-minta itu dan ini semata-mata untuk tunaikan kehendak saya. Baju nikah and reception pun saya hantar pada tailor yang biasa-biasa saja. Bukan designer. Sebab saya dan Taufik lebih memikirkan kehidupan selepas majlis yang lebih jauh pentingnya. About rumah, nak duduk mana, nak spend berapa untuk menyewa, budget untuk transport untuk kerja dan sebagainya. Ada juga beberapa yang saya minta Taufik dahulukan after that saya bayar semula pada dia. Bukan tak nak dia bayarkan, tapi saya rasa tak fair bagi dia. Walaupun dia cakap, it is okay for him. Bantu membantu. Dan ada juga yang memang dia berkeras nak bayar dan saya memang tak boleh nak tolak. Tapi saya akan pastikan benda tu yang jumlahnya tidak terlalu banyak. Dia memang selalu pesan, belajar untuk berkongsi. Anything yang berkaitan personal, finance and study.

Saya ni agak boros, kalau ikut metafizik saya ni cepat bocor kalau pegang duit. Sebab tu duit PTPTN saya cepat-cepat saya transfer pada Taufik suruh dia simpankan. Kalau rasa nak bayar anything or tak cukup duit baru saya mintak dia transfer. Kalau tak memang sekejap je la pokai. Huhu. Hope sesiapa yang bertanya, yang anggap itu ini, bersangka buruk dengan saya tu faham apa yang saya rasa. Jangan terlalu berfikiran negatif. Even dia kaya sekalipun, tak mungkin saya ambil kesempatan.

Satu je saya harap, doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Walaupun dulu ramai yang tanya bila majlis. Bila dah dekat majlis sekarang ni, tiba-tiba bagitahu kalau tak datang jangan terasa. Tak terasa apa pun sekarang. Kalau datang, Alhamdulillah. Kalau tak dapat datang itu bukan kuasa saya.

Maaf kalau ada sesiapa yang terasa. 

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

4 Footprint (s):

Miss Amateur Cook said... Reply To This Comment

semoga Allah permudahkn segala urusan awak. insyaAllah. be strong dear. keep praying to Him.
^_^

Miss Ika said... Reply To This Comment

Insyaallah. Thanks dear. :)

Mama Ashraf said... Reply To This Comment

kadang2..itu lah manusia..bukan utk memahami tetapi lagi menambahkan buruk sangka.

sabar ye dear... dugaan org nk mendirikan masjid ni macam2..

Miss Ika said... Reply To This Comment

As | Itulah. Tak tau nak cakap macam mana. Anggap je lah dugaan. Mampu bersabar je. Huhu