FOLLOWERS

Friday, October 28, 2011

Tips: Warna Tema Haruslah Matching dengan Warna Kulit

Seharusnya warna yang bakal kita pilih nanti akan nampak berseri-seri dan matching dengan warna kulit kita. Kalau warna dah tak matching, maksudnya main tarah asal boleh jangan salahkan orang kalau mereka mengumpat "dahla kulit gelap, pakai color orange" atau "tak matching langsung baju pengantin diorang" kat belakang. Haa, dahtu siapa nak jawab?

Hadoii, susah juga ye nak kahwen ni. Kan best kalau bersanding pakai baju raya color-color. Dah tak payah nak sibuk-sibuk survey butik-butik segala bagai. Haha. Korang nak? Pernah tak orang buat? Mesti unik kan. Ngeh3x

Ok, dah merepek. Berbalik pada tajuk asal, jika anda seseorang yang berkulit:

Gelap / Hitam Manis
Elakkan memilih warna seperti coklat, merah, hitam dan hijau gelap sebab akan nampak kulit lagi gelap.

Coklat
Paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya ialah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

Sawo Matang
Pilih warna ungu, oren atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elakkan warna-warna gelap seperti kelabu.

Cerah / Putih
Elak warna-warna pastel seperti biru muda, pink lembut dan coklat muda kerana ia lebih memperlihatkan anda lebih 'pucat'. Pilihlah warna-warna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.

Kuning Langsat
Pilihan warna tropika seperti jingga, pink, hijau, kuning dan biru. Elakkan warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.

Dah boleh dapat idea? Sekiranya anda sudah dapat color yang matching dengan kulit anda, jangan lupa pula pasangan anda ye. Karang lain pula yang jadinya. Maklumlah, yang cerah tak semestinya dapat pasangan yang cerah juga.

Bagi saya, saya suka color yang lembut-lembut macam pink soft, tiffany blue, peach, cream dan purple? Ait, macam dah decide je. Ngeh3x

Sharing is caring.


Semoga dengan tips ini, you look stunning on your wedding day. 

Sumber: Fesyen

6 Footprint (s):

puan cik eza said... Reply To This Comment

saya tag awak =)

Miss Ika said... Reply To This Comment

Alamak, dah kena tag.

Orait, noted.

Thanks dear. :)

dhiera zainudin said... Reply To This Comment

tapi saya tetap suka warna pastel. hek~

yg penting, nak kuning!!! he. tapi pasangan kulit gelap.. ermmmm

Miss Ika said... Reply To This Comment

ada sumber lagi yang mengatakan kalau pandai gayakan sesuatu baju tu, warna yang kurang sesuai pon boleh jadi cantik.

main point, kena pandai bergaya.

kalau saya, saya memang kayu. ngeh3x

Juliet_iRa~" said... Reply To This Comment

ni blog bakal bride ea?waa...

good tipssss...

tp kan kalo kita cerah tp bakal suami sawo matang camne?haha..;p

Miss Ika said... Reply To This Comment

yup. hehe. malu.

thank you, share-share kita ye pasni.

macam sama je ngan situasi kita. perasan cerah. agagaga. kulit sawo matang senang nak pilih color sebab kebanyakan warna sesuai dengan jenis kulit ni. sawo matang kan kulit orang asia. hehe

so, tak perlu risau. yang kulit cerah dengan sawo matang senang nak matching sebab tak lari jauh sangat bezanya. hehe