FOLLOWERS

Thursday, October 27, 2011

Tips: Pemilihan Warna Tema Perkahwinan

Disebabkan saya masih lagi merangkak-rangkak mencari warna tema yang sesuai untuk majlis perkahwinan saya, makanya haruslah double effort ye. Kena lebih giat untuk rajin mensurvey blog-blog bride-to-be atau ex-bride to be atau apa-apa sahaja bahan yang boleh digunapakai untuk orang-orang macam saya.

Jadi, terjah punya terjah saya dapat ini dari GC Wedding Planner

  1. Hadiri majlis perkahwinan sahabat anda untuk survey warna apa yang mereka gunakan. Ini untuk mengelakkan dari anda menggunakan warna yang sama. Ataupun, anda ingin menggunakan warna yang sama, tetapi and boleh bermain dgn tone warna berbeza, juga boleh gunakan fabrik berbeza seperti chiffon, satin dan lain-lain.
  2. Membuat survey di seberapa banyak butik pengantin dan lihat warna-warna yang terbaru menjadi pilihan pengantin-pengantin masa kini. Untuk tahun ini banyak pengantin sukakan warna-warna seperti unggu gelap, turqouise, merah jambu, merah jambu terang (fuchsia), biru laut, kuning, oren terang, merah darah dll.
  3. Pilih warna yang pastinya membuat anda terserlah dari tetamu yang hadir ke persandingan anda. 
  4. Jangan memilih warna mengikut hati, kerana belum tentu ia sesuai dengan gaya, penampilan, dan warna kulit anda.
  5. Pastikan ada perbezaan warna antara baju anda dengan warna pelamin, dan juga pakaian sedondon saudara-mara pengantin. Ini untuk memastikan anda adalah tumpuan di hari bersejarah anda sendiri.
  6. Untuk membuat anda kelihataan menarik di dalam album gambar perkahwinan pilihlah warna-warna yang tak ditelan dek zaman(evergreen) seperti warna-warna lembut. Antaranya, warna putih, peach, warna Tiffany blue, warna merah jambu, turqouise lembut, unggu lembut, sesuai untuk anda yang berpenampilan sederhana dan lembut untuk kesan minima, tetapi anggun dan ayu.
  7. Bagi yang berani boleh mengenakan warna-warna yang terang seperti merah hati, biru tua, unggu gelap dll warna. 

Ok, sekarang memang tengah mensurvey seberapa banyak yang boleh butik-butik pengantin di Johor. Tambah lagi, ramai sangat member-member yang kahwin tahun ni ye. So, share idea daripada majlis mereka.

Sharing is caring.

2 Footprint (s):

Mama Ashraf said... Reply To This Comment

hai dear..salam perkenalan :)

i tag u :)
http://asfizashary.blogspot.com/2011/10/tagged-from-diari-kahwin-dhiera.html

Miss Ika said... Reply To This Comment

hye dear.
salam kenal jugak.

orait, thank you. :)