FOLLOWERS

Tuesday, July 17, 2012

Lengan Baju Reception

Hye lovelies.

Haritu ada cakap dalam entri Second Fitting tentang lengan baju reception yang nampak kosong. Then bonda and Taufik cakap suruh buat sendiri je. Mula-mula macam tak yakin nak buat, tapi at last buat jugak. Beli lace yang sama dengan bahagian dada kat tailor. Kalau lain lacenya macam pelik pulak kan. Bila dah start buat rasa macam seronok plus semangat pulak. Pastu tergerak hati nak buat bisnes. Haha. *Muntah darah* 


Nampak kan bahagian tangan tu kosong, tapi part ni just tambah sket je sebab part bahu ke bawah tu dah sarat dengan manik. Kalau tambah lagi nampak macam full and serabut sangat.


Barang-barang yang diperlukan untuk menjahit manik. Macam biasalah kan, semua orang tahu tapi saja je nak tunjuk. Nampak tak hujung lengan tu ada lace? Ni masa mula-mula, konon nampak cantik. Then bukak balik sebab Taufik cakap nampak pelik. Bila tengok semula, memang kelakar pun. Hehe


Baru tampal lace. Berapa kali bukak jahit bukak jahit tak kira sebab asek kedut-kedut je. Maklumlah, dah lama tak pegang benang dengan jarum. Hehe


Tukang jahit manik amatur memang beginilah hasilnya. Haha. Tapi nak buat macam mana kan, yang ni je termampu buat. Tak kisahlah cantik ke tak janji puas hati dengan hasil tangan sendiri. Full view lepas majlis ye. Hehe. Veil project in progress, nanti kalau sempat saya tunjuk teaser sket. Manalah tahu lepas ni ada yang nak tempah ke. Hehe. *Berangan*

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Monday, July 16, 2012

Permohonan Nikah Dah Diluluskan

Hye lovelies.

Lama sangat tak jenguk blog, ditambah dengan kebizian yang melampau bila tengok rumah dah macam kapal karam. Hehe. Okay, last week saya dan Taufik dah setelkan semua legal documents untuk nikah. Isnin beli borang di pejabat agama, Rabu buat HIV test, Khamis mintak sign ketua kampung and book jurunikah, Jumaat hantar borang nikah and interview. Bride-to-be Johor especially kena interview masa hantar borang nikah. Tapi jangan risau, rasanya soalan pun berkenaan dengan apa yang kita belajar masa sekolah agama and masa ambil kursus kahwen. Tinggal nak refresh balik je. Hehe

Kalau ikutkan, dalam dua hari dah boleh setel. Tapi kitorang saje take time. Buat-buat pening kepala kononnya. Padahal kalau ikutkan, takdelah susah mana pun nak setelkan sebab kami satu daerah. Kalau pasangan lain-lain negeri mungkin ambil masa sket kot sebab kena tunggu pihak lelaki setelkan borang dia dulu.

Kat sini saya nak kongsi soalan-soalan masa interview Jumaat lepas.
1. Dua kalimah Syahadah. Maksud kalimah "Syahadah", mengucap dan maknanya.
2. Al-fatihah dan makna setiap ayat.
3. Doa qunut dan makna ayat tersebut.
4. Munakahat
5. Toharah
6. Tanggungjawab suami dan isteri

Alhamdulillah dapat jawab semua soalan cuma tang makna tu tak dapat nak bagi semua la. Almaklumlah selalu baca bahasa Arab punya sampai lupakan yang bahasa Melayunya. Hehe. Gudluck untuk semua bakal suami dan isteri.


P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Wednesday, July 4, 2012

Bachelorette Picnic


Dua orang gadis dalam gambar di atas adalah saya dan seorang lagi sweet-sisters yang berkongsi tarikh persandingan yang sama. But her solemnization one day earlier than me. Thanks a lot kepada yang lagi dua orang yang busy mengorganize this picnic. Majlis lama lagi tapi kawan-kawan yang over excited. Bakal bride pun ikut terlebih excited. Hehe

Thank you so much. Oh ye, kepada bride or those yang nak meraikan bakal-bakal bride you can consider bachelorette picnic instead of bachelorette party. Nice jugak.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Tuesday, July 3, 2012

Tutorial Rose Chiffon

Hye lovelies.

Malam tadi tiba-tiba terajin pulak nak buat bunga rose guna kain chiffon. Belajar dari internet je. Pastu teringat step masa buat bunga rose guna straw dulu-dulu tu. Ingat kan? Sama je caranya cuma yang ni buat guna kain senang sket nak bentuk. Sebenarnya rose chiffon ni nak lekatkan kat baju reception, tapi tengok dulu sesuai ke tak. Ada tiga option, sama ada nak letak rose chiffon ni, fabric flower atau poodle flower. Tapi yang rose ni agak susah sket compared yang lagi dua tu. Hehe. Try tengok tutorial ni, tak tahulah senang faham ke tak. Maaf kualiti gambar sangat tak memuaskan, biasalah handphone tak berapa nak canggih. Hehe


Potong kain chiffon ikut suka hati. Tapi saya buat panjangnya 7 inci dan lebar 2 inci. Ikut besar mana nak buat. Kalau nak besar boleh panjangkan lagi.


Then lipat dua. Kalau rasa macam lebar sangat, boleh lipat lagi sekali. Saya lipat lagi sekali, tapi lupa pulak nak ambil gambar. Bila dah lipat lagi sekali saya jahit jelujur sket sebab taknak dia lari-lari.






Langkah ketiga dan seterusnya tu sama je. Just pusing-pusing and lastly akan dapat macam dalam gambar last sekali.

Selamat mencuba.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Monday, July 2, 2012

Progress 60 Hari Lagi

Hye lovelies.

Pejam celik pejam celik, sekejap je dah dua hari dalam bulan Julai kan. Really fast, dulu counting 365 hari lagi jauhnya. Now, no more three digits. Huhu. Alhamdulillah, harini genap seminggu saya balik dari Terengganu after three years bertungkus-lumus perah otak finish my degree. Sekarang dah boleh focus on wedding preps. Rupanya banyak lagi yang tak settle. Semangat tengah berkobar, tapi barang-barangnya belum ada lagi. Hehe

Mini Dais
50% dah siapkan materials. Tunggu barang order online untuk buat step yang seterusnya. Ni sebenarnya decide secara tiba-tiba. Tak pernah terlintas pun sebelum ni nak buat mini dais for solemnization. Reason sebenarnya taknak background dalam gambar sama masa reception. Hope menjadi la. Tapi buat yang sangat simple, budget below RM50. Dua dalam satu. Later ye review. Hehe

Veil for Reception
Sebab ada konflik, decide buat sendiri je. Lace dengan pearls dah beli, kirim sis-in-law. Tapi belum start buat sebab barangnya baru dapat tadi. Nervous sangat nak buat sebab takut tak menjadi, tapi kena semangat la. Bukan untuk siapa kan, untuk diri sendiri jugak. Harap sangat outcomenya akan cantik. At least cantik kat mata sendiri pun jadilah. Hehe

Wedding Invitation
Dalam proses printing. Bab ni memang tak sabar sangat nak tengok. Sebab DIY kan, nak tengok hasil sendiri bila dah jadi bentuk hardcopy pulak. Hehe. Hope cantik dan disukai ramai sebab simple sesangat. Mid of July dah kena start distribute and post yang jauh-jauh. Sebab dah puasa nanti takut posman penat nak hantar surat. Hehe

Rasanya setakat ni dulu. Banyak lagi tak start buat, konon macam lama lagi je. Buat-buat rileks kejap sehari dua. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥