FOLLOWERS

Friday, February 17, 2012

Hunting Kain Nikah for Both & Reception for Bride

Hye lovelies,

Bukan main panjang lagi tajuk entri. Hehe. Selama tujuh hari Taufik menghabiskan cutinya dengan aktiviti berkualiti bersama gadis kesayangannya (Cewah), banyak jugak preparation yang dah boleh strikethrough. Alhamdulillah.

Bermula dengan Jumaat lepas, kami bersama ma dan adik pergi ke butik Pesona Pontian membuat tempahan. Owner butik, Kak Bett sangatlah friendly memberi cadangan itu ini. Sampaikan ada sessi potensi diri, melihat tarikh lahir dari sudut metafizik. Hehe. Di sana, saya mengambil pakej yang sangat budget. Tu pun takdalah budget sangat. Huhu. Saya ambil pelamin, makan beradab dan sewa baju pengantin lelaki sahaja since baju nikah, reception saya tempah sendiri.

Sabtu dan ahad pula diisi dengan Kursus Pra-Perkahwinan. Alhamdulillah, dua hari tersebut sangatlah terisi di dalam bilik kuliah walaupun Taufik yang duduk di belakang sekali beberapa kali juga terlentok sebab tak tahan ngantuk katanya. Haha. Apa pun tak boleh.

After maghrib on Sunday, saya, adik, Taufik and his mother bertolak ke Kuala Lumpur. Tengahari Isnin adalah sessi hunting kain nikah and reception di Jalan TAR. Menuju ke Kamdar sebab Dhiera bagitahu chiffon plain semeter RM5. Murah kan. Tapi malangnya warna yang saya cari takda. Then pergi ke Nagoya. Alhamdulillah ada walaupun harganya mahal RM1 daripada di Kamdar. Takpelah, janji warna yang saya nak tu ada. SA tidak membantu sangat sebab dia cakap selalu kalau nikah takda orang pakai chiffon plain. Selalu guna lace. Saya cakap takpelah, saya nak guna chiffon je. Hehe

Then cari kain untuk nikah groom dan reception bride. Kamdar dengan Nagoya takda. Taufik cakap try pergi Gulati's. Saya cakap Gulati's mahal. Dia cakap takpe asalkan benda yang kita nak ada kat sana. Masuk Gulati's tanya kain Dutchess Satin sebab tanya kat Kamdar dengan Nagoya, SA buat muka blur. Huhu. Alhamdulillah material Dutchess Satin ada dan lagi happy warna yang kitorang nak ada match sangat dengan baju nikah saya yang beli kat Nagoya tu. SA sangat friendly dah macam kenal 10 tahun. SA tu orang Johor patutlah macam ada chemistry je. Haha. Bargain pun dapat even tak banyak. Kain untuk reception saya pun beli di Gulati's. Memang mahal kalau nak diikutkan, tapi kualiti sangatlah baik.

Selesai hunting kain dan ini apa yang kami dapat,

Nagoya
Chiffon Plain - RM6 / meter = RM6 x 7.25 meter = RM43.50
Satin for Lining - RM7 / meter = RM7 x 4 meter = RM28
Total = RM71.50

Gulati's Silk House
Chiffon Plain
Satin for Lining
Dutchess Satin


B2B yang nak cari kain yang original berkualiti boleh pergi ke Gulati's Silk House. Bargain gila-gila tau. Hehe. About original berkualiti tu, saya tak boleh nak jamin sebab saya pun tak selalu beli. Kena tanya orang yang lebih pakar la bab-bab kain ni. Hehe

Till then, peeps.

♥

Thursday, February 9, 2012

Jatuh Cinta for Groom

Hye lovelies,

Apa punya tajuk la kan. Haha. Mungkin entri sebelum ni fokus hanya pada songket untuk bride. Tapi kali ni untuk groom pulak. Barulah fair. Untuk majlis bertandang, tema insyaallah Royal Purple. Memang Taufik and his family request for that color. Saya jenis yang tak kisah sebab purple one of my favorite color jugak. Terjah punya terjah, I found this.


Sumber: Aleng Tohara

But I'm not sure songket jenis apa. Baju tu tak nampak macam songket. Yang saya nampak just dia punya yang atas kepala tu (Tak tahu nama tengkolok ke?) Haha. Dengan dia punya sampin. But it looks really nice. Kalau Taufik pakai macam ni, mungkin tak berkelip mataku. Cehhh. Perasan. Haha

Till then, peeps.

♥

Wednesday, February 8, 2012

Songket for Tandang

FSIL dah survey songket untuk majlis tandang. Theme haruslah tradisional. Nasib baiklah hari tu tunang suruh saya buatkan wedding card yang ada tema tradisional. Kira sesuailah. FSIL suruh saya pakai kebaya songket. Saya suka sebab mula-mula plan majlis tempat saya nak pakai songket. Color kuning konon nak tema diraja. Kononlah. Tapi fikir balik, kulit saya dan tunang tidaklah secerah Lisa Surihani, maka terpaksa membatalkan niat tersebut. Hehe. Tapi bab kebaya songket tu, sesuai ke ye saya pakai? Badan tak ala-ala nak slim sangat. Tapi takpelah, try dulu macam mana. Memang idaman pun nak pakai kebaya songket. Cehh. Ada hati jugak tu. Haha. Apa taknya, cantik macam ni siapa yang tak terhingin.

Sumber: Google Image

Tak pun mix songket. Erk? Betul ke istilah tu. Tengok je la gambar ni. Sangatlah sweet. 


Sumber: Google Image

Dan satu lagi pilihan, songket kurung moden. Patern ni sekali tengok, saya terus nak pengsan. Sebab cantik yang amat. Dengan kain yang meleret-leret. Beading pun cantik. Suka sangat 800 juta kali. Hehe





Amacam? Cantik kan. Haruslah teruja tengok. Sebab tu paling banyak gambar. Kalau dapat pakai, mahu nangis terharu. Kalau nak tempah op kos tak mampu. Mampu berangan je la. Hehe

Harap dapat membantu B2B yang tengah mencari idea untuk variasikan songket ni. Bagi nampak luar biasa. Eh, cop! Ceritera Cinta tu lecturer saya masa diploma dulu. Kalau ada siapa-siapa yang nak try, bolehlah visit his FB ye. Dia OP masa Farah AF2 kahwin last year. Hasil kerja pun cantik. Ramai kawan-kawan batch saya hire dia. Eh Eh! terlari tajuk pulak. Promote sekali. Hehe

*Update

Tadi Miss Z aka Syiera Aida cakap kat website Photoaura ada gambar songket. So, saya terus je search website tu. Serious sangat sweet even simple. Saya minat dengan kain dia jugak. Kain lipat depan tu apa entah namanya. Main taram je. Hehe




Sumber: Photoaura

Rasanya Dhiera haritu ada sebut pasal songket color kuning. Kalau dia pakai mesti akan cantik macam ni. Huk Huk. Jeles.

Till then, peeps.

♥

Monday, February 6, 2012

Paper Flower

Hye lovelies,

Semalam dengan rajinnya saya try buat paper flower yang B2B duk cerita secara hangatnya dalam group. Diorang cakap senang je nak buat. Pejam mata pun jadi (Yang ni tipu je). Hehe. Cubaan pertama saya menjadi walaupun rupanya tidaklah seowesome yang dah expert. Tapi first time kan, kira berjaya lah walaupun menggunakan tisu lap mulut yang selalu provide kat kedai makan tu. Almaklumlah kat sini takda jual tissue paper tu. Kot lah sebab tak pernah cari pun. Hehe


Saya refer tutorial dari You Tube. Sangat membantu la walaupun tanganku keras kematu. Maka, siapa-siapa yang nak try buat bolehlah refer situ ok. Paper flower tu boleh dijadikan decor untuk pelamin ke, bilik pengantin ke, takpun as a centerpiece. Saya pun tak decide lagi tuk apa. Main buat je. Hehe

Till then, peeps.

♥

Wednesday, February 1, 2012

Khatam Quran

Sorry sayang-sayangku sebab dah lama tak update. Sangatlah busy dengan kerja-kerja surirumah. Keh Keh. Almaklumlah sedang bercuti semester. Cuti pun still banyak kerja dengan final year project. Sobss

Ok, berbalik pada tajuk ye sekarang. Majlis khatam quran ma cakap tak payah buat sebab takut takda sapa nak lead. Malam kan katanya. At first dulu la masa dah nak confirm tarikh. But then, petang tadi ma tanya "Kak, nanti nak khatam quran tak?". Aik, dulu ma cakap tak payah. Kita ok je. Ma cakap takpe nanti masa majlis cikgu dan orang surau akan lead. Majlis buat pagi before resepsi. Sekarang tengah fikir mesti kena khatam before majlis. Even dah banyak kali khatam, tapi itu khatam sendiri. Khatam berguru sekali je masa kecik dulu. Hehhh

Baju masa majlis tu malas nak fikir sekarang. Rasa nak pakai white color sebab nikah dah pakai pink. Tapi senang-senang pakai jubah sedia ada je la. Jimat poketku. Hehe

Till then, peeps.

♥