FOLLOWERS

Tuesday, February 19, 2013

Masam Manis LDM

Assalamualaikum and hye lovelies.

Tadi blogwalking and terbaca blog Nana about Long Distance Marriage (LDM), terasa sebak pulak tetiba. Sebab rasa benda yang sama. Walaupun jarak tak berapa jauh antara Johor dengan Kolumpo, tapi kalau dah nama LDM mesti terasa jugak kan pahit masam manisnya. Mungkin masih baru lagi tu yang hati rasa bak tisu je. Hehe

Right after wedding memang terus LDM. First time as husband and wife, masa kena tinggal tu I masih gagah lagi. Tak tahu lah kalau sesaja buat gagah tapi memang takde scene air mata pun time tu. Rasa macam biasa je, mungkin belum rasa bebetul lagi fefeeling husband and wife. Eh. Ada eh. Hehe. Lagipun sejak berkawan, bertunang memang kitorang tak selalu jumpa. I jauh study kat Terengganu, dia kt Kolumpo. Jadi, macam dah biasa. Lepas kahwen pun macam dah boleh addapt dengan situation. Konon.

First time husband cuti after bekerja lepas event tu yang menjadi persoalan sendiri. Perasaan dah semakin sensitif. Pantang ada silap sket, mesti berjujuran air mata. Alhamdulillah, rupanya sebulan after kahwen, I terus pregnant. Berkat doa bonda yang selalu cakap, "Esok lepas kahwen rasanya kakak terus lekat tu". Doa ibu kan. Mungkin Allah nak saya ada teman sepanjang ketiadaan husband. Patutlah sensitif bukan main. Benda remeh seremeh-remeh pun boleh jadi isu. Lagi pulak I tak kerja lagi. Ramai lah yang dok tanya kenapa tak ikut je husband duduk sekali. I pun sometimes tak tahu nak cakap macam mana. Bukan kitorang tak usaha nak duduk sama, cari rumah sewa since October last year tapi belum ada rezeki. Sampai sekarang tak dapat lagi. After I dapat tahu I pregnant, alahan sangat teruk. Before tahu pun memang dah start mabuk. Jadi husband risau kalau dia ajak move time tu, masa dia kerja I sorang-sorang jugak. So kitorang decide hold dulu sampai alahan I kurang. But unluckily, sampai 3rd month pun sama je. Terus cakap dengan husband, awal 2013 kalau tak kurang jugak I nak ikut jugak dia. But perancangan Allah kan lebih better, kitorang carik rumah sewa since end of December sampai sekarang belum jumpa. Husband pujuk, mungkin belum masanya. And mungkin Allah ada plan yang lagi baik untuk I and husband.

Sedih? Sangat. Setiap hari I berendam air mata. Hari-hari tanya sendiri kenapa sampai sekarang susah sangat nak duduk dengan husband sendiri. Tambah sedih bila cuti, abang-abang I balik, sepupu-sepupu tanya husband tak cuti ke. Masing-masing berkumpul ramai-ramai tapi husband I takde. Depan diorang boleh la I senyum-senyum gelak-gelak. Masuk bilik tahu-tahu air mata keluar. Mengada kan I. Yes. Sangat. Tapi Alhamdulillah I salute kat husband sebab setiap kali check up, dia tak pernah missed. Mesti nak teman I sekali. Sampai masuk bilik doc pun nak ikut walaupun I tak bagi. Dia lagi excited dari I sendiri nak tengok our baby. Hehe. I pun excited cuma tak nak tunjuk. Hee

Cuma kengkadang I rasa give up nak mengharap. Naseb baik husband selalu cakap jangan cepat give up. One fine day, kita akan duduk sama jugak. Walaupun tak tahu bila. I sedih, bila progress pasal baby, dia dapat tahu thru phone je. Kengkadang time dia cuti, baby tak seaktif time dedi dia takde. Haa, baby pun dah pandai protes. Hehe. Time I teringin makan macam-macam, orang lain yang I susahkan. Bonda la selalu jadi mangsa. Naseb baik teringin yang senang-senang je. Kalau kesian, I buat sendiri. Tapi situasi kadang-kadang memihak pada husband, time dia takde, benda yang I teringin mesti tak dapat. Dan-dan dia cuti, dia carik dapat pulak. Rezeki baby, nak dedi dia jugak yang dapatkan. Hehe

I rasa manisnya LDM bila husband cuti sekali sekala, feeling macam pengantin baru. I duduk berkepit je dengan husband. Orang lain pun paham kot, sekali sekala jumpa. Hehe. Setiap kali keluar dating, mesti tanya nak pape tak. Mungkin husband nak balas balik benda yang I tak dapat masa dia takde. I selalu mintak makanan je. Shopping I kurang start pregnant. Lagi, I rasa skill memasak makin bertambah. Bila husband cakap nak cuti, I sibuk cari recipe yang dia suka makan. Paling tak pun tanya dia nak I masak apa. Semangat nak masak berkobar-kobar time dia cuti. Sesiapa yang LDM, for sure rasa apa yang I rasa. Sedih, happy. Lagi pulak I dah nak masuk 7 months pregnant tapi still mabuk lagi, memang sangat memerlukan husband setiap masa. Sedih jangan cakap lah. Tapi nak buat macam mana, boleh berdoa hope Allah makbulkan doa I nak duduk dengan husband secepat mungkin. Mana tahu, bila duduk sama alahan I hilang kan. Haa, berangan. Hehe. Takpe, kita ada Allah. Panjatkan doa pada dia setiap masa supaya beri yang terbaik untuk kita semua.

Rezeki Allah nak bagi pelbagai cara kan. Mungkin orang ni Allah bagi anak cepat, tapi jauh pulak dengan husband. Mungkin orang tu duduk dengan husband, ada rumah, tapi Allah hold dulu tentang anak. Semuanya ada hikmah yang Allah nak bagi. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah tu lagi hebat malah lebih baik dari perancangan kita. Kita kena banyak-banyak berdoa dan bersabar.

Insyaallah.

Till then, peeps. 

12 Footprint (s):

Diyana said... Reply To This Comment

betol3
even saya LDM xseteruk Ika.. saya memahami..
esp bila sakit pening kita, xde org nak layan...nak harapkan suami, jauh pulak.. tahan je laa sorg2 selama 5hari tu...
nak sembang, harapkan tepon, boring sgt sbb xde depan mata...
(T_T)

Anonymous said... Reply To This Comment

bertabahlah dan take care tau! insyallah mesti ada rezeki untuk bersama :)

FY said... Reply To This Comment

ika..take care ye..insyaAllah ade rezeki dpt stay dengan husband..doakan FY dpt baby jugak tau..teringin sgt2 dah ni

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Diyana Kan? Husband cuti tak kira masa. Kdg 2 minggu sekali. Kdg sebulan sekali. Tu yg kena sabar byk. Bila skit pening husband takde kt sebelah, sedih hati. HUhu

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Epa Zarifa Tula, hopefully dpt pindah cepat2. Jeles tgk org len duk sama ngan husband. Hehe. Thanks dear. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@FY Insyaallah, mudah-mudahan dipermudahkan stay dgn husband. Ika doakan FY jugak, semoga dpt baby cepat. Chaiyok! Hehe

AyongAtikah Zaid said... Reply To This Comment

huhu...ayong pun bakal ldm jugak...serius tkt...tkt x tabah...huhu...

Mr and Ms bOZhiCkA said... Reply To This Comment

Kita sama ika..nama pun sama..huhu..saya and husband dari start couple sampailah dah kawen 2 bulan ni still LDM jgak..tapi start dr last year tak jaoh sangt, setiap sabtu ahad dia balik..ika tabah ye..memang sakit sngt kalau selalu jaoh2 nih..dulu pun saya rasa nak give up je, p alhamdullillah, Allah da perncngn yg terbaik untuk kitankan..saya doakan semoga ika and husband cept2 dpt dok sama ye..doakan saya jugak...

Miss Ika said... Reply To This Comment

@AyongAtikah Zaid Ayong, dulu pun mula2 takut gak sdap takut tak boleh nak terima. Tp bila dh face it, Alhamdulillah. Dun worry. Fikir husband keje jauh untuk kita jugak. Hehh

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Mr and Ms bOZhiCkA Tula, dulu masa mula2 nak memberontak jugak. Tp lama2 fikir mesti Allah dah plan yang lebih baik utk kita. So, kena redha. Skang, dh happy even jauh. Jumpa pn kdg2 2 mggu or sebulan sekali dh leh terima. Hope, apa yg kita doa dipermudahkan. :)

cha said... Reply To This Comment

Hai ika first time singgah sini and follow back. Be strong and doa banyak2 insyaallah dpt duduk dgn husband nanti. Tu dh pregnant best sgt. I ni tak LDM tapi husband ulang alik keje balik 3,4 pagi pun i dh rendu sgt cmnela org lain kan. Be strog ok :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@cha Kan? Kadang husband ada depan mata pun rindu lagik. Kemain mengada lagi I. Haha. Thanks dear. Insyaallah. :)