FOLLOWERS

Thursday, October 25, 2012

Quick Update

Hye lovelies.

Alhamdulillah, semalam wedding album saya dah sampai. Sebenarnya dah siap lama, tapi takda masa nak pick up, at last suruh OP pos je. Husband suruh self pick up after raya, tapi bini dia tak sabar dah nak tengok. Hehe. Sangat puas hati dengan outcome. Foto by Razali memang highly recommended. Album cantik. Dalam semua pun cantik. Dah banyak kali tengok pun tak puas lagi. Softcopy 2000 pcs, sampai tak larat nak tengok. Hehe

Kiranya dah boleh review about wedding lepas ni sebab dah dapat softcopy. Dah tak ada alasan. Hehe. Tapi tengok masa dan mood jugak. Kalau mood tak berapa nak ada, nak update pun malas je. Macam sekarang la. Sebab tu pendek je entri. Hehe


Thanks Abg Ayie sebab bagi saya advance present. Cute sangat baby socks tu. Hihi. Lain kali saya update pasal OP pulak ya.

Till then, peeps. 

♥

Monday, October 15, 2012

Make Up Review

Hye lovelies.

Sorry lama sangat tak update blog. Masa dan kesihatan tak berapa nak mengizinkan lately. Hari ni tiba-tiba tergerak hati blogwalking and dapat seru nak update blog sendiri. Hehe. 

Okay, hari ni update yang senang. Make up untuk majlis nikah, reception and bertandang. MUA untuk nikah and reception adalah orang yang sama. Kak El from El Lydia Bridal. She's awesome. Peramah, baik hati, vogue, cantik dan paling best adalah kepala gila-gila. Kak El datang sangat awal, pengantin tak mandi lagi. Buat malu je. Kak El cakap make up nikah pukul 8, tapi 7.20 dia dah sampai. Nasib baik bonda serve breakfast, dapatlah cover sket. Hihi

Kak El start make up pukul 8 pagi, dalam pukul 9 siap dah. Saya suka sangat make up Kak El sebab nampak natural. Tak berubah sangat muka. Paling best dia akan tanya suka ke tak. Mestilah suka. Kak El siapkan saya dari bawah sampai atas. Tudung and veil pun dia pakaikan, padahal kalau ikutkan boleh je pakai sendiri. Tapi saje menggedik. Hehe. After siap, Kak El terus balik sebab lepas tu dia nak make up kan orang lain pulak.



Make up untuk reception, Kak El datang awal jugak. Pukul 11 lebih dia dah sampai. OP and OV lagi awal sampai sebab diorang cover make up untuk reception. Saya pun suka sangat Kak El make up untuk reception, ramai cakap jelita (Jelita lah sangat). Hehe. Match dengan baju. Make up pun tahan sampai outdoor, balik outdoor pun still cantik lagi. Both make up saya suka sangat. Highly recommended.




Make up untuk bertandang ambil dari butik Pesona, sebab pihak lelaki pun ambil pakej pelamin sama dengan pihak perempuan. Tapi MUA freelance jugak, last minute butik call Kak Lin make up kan untuk majlis tandang. Bersiap make up semua kat rumah saya. Rumah saya dengan husband dalam 15 minit je. Hehe. Make up untuk tandang pun saya puas hati sangat. Cuma mungkin kulit saya terlebih sensitif time tu, part hidung nampak sangat bercapuk. Macam langsung tak pakai foundation. Saya memang kuat berpeluh, lagi-lagi part hidung. Memang tak dapat nak cover. Naseb baik pengapit saya ada, dia cover sket dengan compact powder. Huhu


Alhamdulillah, ketiga-tiga make up saya puas hati. Ramai cakap cantik. Terima kasih kepada MUA yang gigih make up saya. Thank you so much. For those yang nak try both MUA, boleh contact them.

Kak El - Facebook
Kak Lin -  Facebook

Till then, peeps. 

♥

Thursday, September 20, 2012

Akad Nikah Attire

Hye lovelies.

Sambung dengan review untuk akad nikah attire. Seperti entri sebelum-sebelum ni, saya ada inform little bit about akad nikah attire. Saya nak yang simple, sweet and boleh recycle. Saya guna chiffon RM5 semeter untuk baju saya. Ada drama juga masa buat baju ni. Baju nikah lagi mahal dari baju reception. Alasannya sebab sekali dengan veil. Okay, takpe. 

Nasib baik outcome cantik. Cuma ada yang saya tak puas hati sebab kat lengan terlalu nampak kosong. Saya tempah suruh buat part dada dengan hujung lengan, tapi dia cakap tak sempat nak buat. Dia bagi saya extra lace and pearls suruh saya add sendiri part lengan tu. Tapi dia hantar baju tu 2 hari sebelum majlis. How come la nak buat kalau masa dah suntuk sangat. Macam-macam alasan dia bagi. Sepatutnya saya mintak hantar dua or tiga hari sebelum raya. Tapi tak sempat katanya. Macam mana nak sempat, dua minggu puasa baru dia sentuh baju saya. Padahal saya hantar bulan Februari. Huhu

Okay, tak nak cerita panjang. Alhamdulillah, syukur sebab outcome still cantik dan saya puas hati. Let pictures do the talking. 









Masa majlis, saya padankan dengan inner neck from Radiusite. Agak striking sket color dengan full baju. Match la dengan sampin groom katanya. Hehe. Ingat nak pakai tudung bawal je, tapi masa reception dah decide nak pakai tudung bawal, so tak jadi la. Nanti nampak sama sangat dengan reception. Cuma inner neck ni pendek sket la. Kalau dapat labuh sket lagi cantik rasanya. Okay, done.

Sesiapa yang nak tanya apa-apa, malu nak comment boleh email me at misz_ieka@yahoo.com. Dah ada juga orang nak sewa. Sekarang tengah fikir-fikir lagi. Belum final decide, but niat nak sewakan memang ada. Hehe

Till then, peeps. 

♥

Tuesday, September 18, 2012

Akad Nikah Ceremony

Hye lovelies.

Lama sangat tak jenguk blog. Masa banyak, tapi mood takda nak update. Tambah lagi demam seminggu dari last week. Dah baik sekejap, harini rasa nak demam balik. Adoi. Demam rindu dekat suami rasanya. Hehe

Khamis 30 Ogos 2012
Petang khamis tu baru siap kemas bilik pengantin. Sebenarnya dah lama siap, tapi semua kerja untuk majlis buat dalam bilik tu. Jadi 10 kali kemas pun tetap lintang pukang jugak. Petang tu kira the last la before akad nikah esoknya.

Malam selepas isyak sibuk buat backdrop untuk nikah. Orang kuat (adik) yang paling sibuk la sebab pengantin dah tak larat nak siapkan. Subuh tu baru siap sebab paper wheel tak cukup pulak, padahal dah buat banyak rasanya. Dapat tidur dalam setengah jam je. Patutlah masa nikah muka tak glowing. Haha. 

Jumaat 31 Ogos 2012
Lepas subuh baru pakai inai, dalam sejam tapi malangnya tak merah pun. Time tu dah redha dah. Nasib baik sis-in-law ternampak, terus pakaikan inai tube Suzana lepas makeup. Tak pernah dibuat orang. Time tu dah siap dengan nikah attire siap veil. Tengah tunggu groom sampai. Hehe. Apalah nasib. Peringatan untuk bride-to-be, rehat secukupnya. Pakai inai then bawak tidur sekali baru color jadi cantik orang kata. 






Alhamdulillah. Saya dan Taufik selamat dinikahkan beberapa minit kemudian dengan dua kali lafaz. Tak dan nak tengok jam sebab masih nervous campur gembira campur sedih. Hehe. After akad, selesai bergambar groom terus balik tanpa makan pun sebab takda selera katanya. Bride pun sama. Hehe. Lepas zohor sempat juga lelapkan mata setengah jam sementara tunggu kawan-kawan dari jauh sampai.

Maaf, kualiti gambar kurang menarik. Gambar ni dari phone kawan. Tak berapa nak sharp and clear sangat. Nak amek dari kawan-kawan yang pegang kamera tak tahu la tahun bila. Hehe. Nanti dah dapat softcopy dari OP saya update lagi ye.

Till then, peeps. 
♥

Friday, September 14, 2012

Teaser