FOLLOWERS

Tuesday, September 18, 2012

Akad Nikah Ceremony

Hye lovelies.

Lama sangat tak jenguk blog. Masa banyak, tapi mood takda nak update. Tambah lagi demam seminggu dari last week. Dah baik sekejap, harini rasa nak demam balik. Adoi. Demam rindu dekat suami rasanya. Hehe

Khamis 30 Ogos 2012
Petang khamis tu baru siap kemas bilik pengantin. Sebenarnya dah lama siap, tapi semua kerja untuk majlis buat dalam bilik tu. Jadi 10 kali kemas pun tetap lintang pukang jugak. Petang tu kira the last la before akad nikah esoknya.

Malam selepas isyak sibuk buat backdrop untuk nikah. Orang kuat (adik) yang paling sibuk la sebab pengantin dah tak larat nak siapkan. Subuh tu baru siap sebab paper wheel tak cukup pulak, padahal dah buat banyak rasanya. Dapat tidur dalam setengah jam je. Patutlah masa nikah muka tak glowing. Haha. 

Jumaat 31 Ogos 2012
Lepas subuh baru pakai inai, dalam sejam tapi malangnya tak merah pun. Time tu dah redha dah. Nasib baik sis-in-law ternampak, terus pakaikan inai tube Suzana lepas makeup. Tak pernah dibuat orang. Time tu dah siap dengan nikah attire siap veil. Tengah tunggu groom sampai. Hehe. Apalah nasib. Peringatan untuk bride-to-be, rehat secukupnya. Pakai inai then bawak tidur sekali baru color jadi cantik orang kata. 






Alhamdulillah. Saya dan Taufik selamat dinikahkan beberapa minit kemudian dengan dua kali lafaz. Tak dan nak tengok jam sebab masih nervous campur gembira campur sedih. Hehe. After akad, selesai bergambar groom terus balik tanpa makan pun sebab takda selera katanya. Bride pun sama. Hehe. Lepas zohor sempat juga lelapkan mata setengah jam sementara tunggu kawan-kawan dari jauh sampai.

Maaf, kualiti gambar kurang menarik. Gambar ni dari phone kawan. Tak berapa nak sharp and clear sangat. Nak amek dari kawan-kawan yang pegang kamera tak tahu la tahun bila. Hehe. Nanti dah dapat softcopy dari OP saya update lagi ye.

Till then, peeps. 
♥

Friday, September 14, 2012

Teaser

Sunday, August 26, 2012

Centerpiece

Hye lovelies.

Just a quick update. Saya ada buat centerpiece untuk meja-meja tetamu. Tapi just a simple centerpiece. Recycle tin susu, bunga tisu, doilies paper, gabus bunga dengan sticker.




Selamat mencuba.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Monday, August 20, 2012

Canvas Photo Frame

Hye lovelies.

Lamanya tak update blog kan. Masa sekarang sangatlah mencemburui saya, tapi sempat jugak tidur siang sampai empat jam. Apa pun tak boleh. Hehe. Okay, tak nak buang masa. Nak terus cerita pasal canvas photo frame yang saya buat sendiri. Canvas photo saya suruh bff saya printkan, RM20 per piece. Saya buat dua photos, total RM40. Kalau nak buat complete dengan frame sekali pun boleh jugak, satu tu kosnya RM80. Harga ikut size yang kita nak la. Saya buat size 25" x 35".




Cantik tak? Hehe. Kayu tu saya guna kayu spin, bila dah letak gambar atas frame kayu tu, gambar jadi kedut-kedut tak cantik. Then abang suggest suh alas dengan plywood, nasib baik ada plywood tak pakai suruh abang potongkan ikut size gambar. So, jadilah macam yang last. Senang sket nak manage. Then stapler belakang tu guna stapler tembak. Nampak kemas sket compare kalau guna paku.

Kalau sesiapa yang nak jimat kos, boleh guna cara yang saya buat. Kayu spin dengan plywood free je sebab sepatutnya nak buang sebab bilik saya tukar plywood baru, so saya amek kesempatan la. Hehe. So, total burn hanya RM40. Sesiapa yang berminat nak print gambar ni boleh jenguk facebook Teratai Media. Nak buat yang complete pun boleh. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Friday, August 3, 2012

Bridezilla Mode Turns On!

Hye lovelies.

Satu je nak cakap, baju nikah saya belum disentuh tailor. 28 hari lagi event, sesiapa ada kat tempat saya pun akan rasa perasaan yang sama. Saya hantar dari bulan dua, sekarang dah bulan lapan, progress satu pun tak jalan. Geramnya.

Hati sedang menggelegak. Nak tulis panjang-panjang takde mood.

Pffffttt.