FOLLOWERS

Sunday, August 26, 2012

Centerpiece

Hye lovelies.

Just a quick update. Saya ada buat centerpiece untuk meja-meja tetamu. Tapi just a simple centerpiece. Recycle tin susu, bunga tisu, doilies paper, gabus bunga dengan sticker.




Selamat mencuba.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Monday, August 20, 2012

Canvas Photo Frame

Hye lovelies.

Lamanya tak update blog kan. Masa sekarang sangatlah mencemburui saya, tapi sempat jugak tidur siang sampai empat jam. Apa pun tak boleh. Hehe. Okay, tak nak buang masa. Nak terus cerita pasal canvas photo frame yang saya buat sendiri. Canvas photo saya suruh bff saya printkan, RM20 per piece. Saya buat dua photos, total RM40. Kalau nak buat complete dengan frame sekali pun boleh jugak, satu tu kosnya RM80. Harga ikut size yang kita nak la. Saya buat size 25" x 35".




Cantik tak? Hehe. Kayu tu saya guna kayu spin, bila dah letak gambar atas frame kayu tu, gambar jadi kedut-kedut tak cantik. Then abang suggest suh alas dengan plywood, nasib baik ada plywood tak pakai suruh abang potongkan ikut size gambar. So, jadilah macam yang last. Senang sket nak manage. Then stapler belakang tu guna stapler tembak. Nampak kemas sket compare kalau guna paku.

Kalau sesiapa yang nak jimat kos, boleh guna cara yang saya buat. Kayu spin dengan plywood free je sebab sepatutnya nak buang sebab bilik saya tukar plywood baru, so saya amek kesempatan la. Hehe. So, total burn hanya RM40. Sesiapa yang berminat nak print gambar ni boleh jenguk facebook Teratai Media. Nak buat yang complete pun boleh. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Friday, August 3, 2012

Bridezilla Mode Turns On!

Hye lovelies.

Satu je nak cakap, baju nikah saya belum disentuh tailor. 28 hari lagi event, sesiapa ada kat tempat saya pun akan rasa perasaan yang sama. Saya hantar dari bulan dua, sekarang dah bulan lapan, progress satu pun tak jalan. Geramnya.

Hati sedang menggelegak. Nak tulis panjang-panjang takde mood.

Pffffttt.

Wednesday, August 1, 2012

Stickers

Hye lovelies.

Minggu lepas minggu yang agak busy dengan bermacam wedding preps. Ya Allah. Serious kan, nak kawen ni macam-macam benda nak kena buat. Nak mintak tolong orang lain pun tak boleh nak mengharap sangat sebab orang lain pun ada keje memasing. Jadi, buatlah apa yang mampu. Hehe. Weekend haritu sibuk dengan wedding card nak pos pada kawan-kawan. Sempat jugak pergi popular beli kertas sticker, ink printer dan lain-lain. Memang niat di hati nak buat sendiri semua. Ada masa tu malas jugak and survey blogshop yang jual stickers, tq taq semua. Tapi for sure lah mahal. Telan air liur je tengok design cantik-cantik. Kalau buat sendiri mungkin boleh jimat.

Design saya buat dah lama. Macam biasalah guna photoscape je. Print atas kertas sticker. Saya beli jenis kertas sticker yang tak kilat 1 plastik RM4.00, kalau nak yang kilat pun ada 1 plastik RM3.50. 1 plastik tu ada 10 sheets. 1 sheets boleh muat lebih kurang 48 pieces sticker berdiameter +- 2.5 sentimeter kalau tak silap. Kalau kira-kira, 1 pieces sticker tak sampai 1 sen pun. Tapi design cikai la. Hehe

Gambar bawah ni sticker yang saya dah print. Sticker tu saya lekatkan kat sampul kad kahwen saya. Sticker yang lain untuk doorgift mungkin, tak decide lagi. Gambar yang dua dari atas tu saya try print guna kertas biasa je, sebab doorgift belum beli lagi jadi tak boleh nak print betul-betul. Hehe





Owh, ye. Saya gunting secara manual je. Takde puncture khas untuk benda alah ni. Ke ada sesiapa yang tahu macam mana cara nak handle lagi senang? Jenuh jugak kalau 1000 pieces nak gunting satu-satu. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥

Thursday, July 26, 2012

Wedding Card

Hye lovelies.

Tambah tolak lebih kurang 36 hari lagi, tapi baru hari ni kad siap sepenuhnya. Hehe. Kad ni saya buat sendiri, nak jimat kos kononnya. Buat dalam software photoscape sajo. But my friend cakap, nanti bila print takut tak cantik. Then mintak tolong dia convertkan dalam adobe illustrator. Lama dah siap sebenarnya. After siap, email kat abang saya untuk diprint. Rasanya last month lagi dah email. Biasalah bila busy dia tak ingat nak hantar ke kedai print. Apa pun tak boleh. Last monday baru dia hantar sebab saya keep asking mungkin dia dah start boring. Hehe

Luckily, kos print ditanggung sepenuhnya oleh abang saya. Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan. Sebenarnya memang dah tahu pun dia nak sponsor. Hehe. Segan jugak mulanya bila abang tanya nak guna kertas apa, nak print macam mana. Saya cakap kalau boleh nak guna ivory card. Print biasa. Then bila abang ada kat kedai, dia call lagi tanya nak laminate sekali tak bagi nampak kilat sket. Saya pulak tanya mahal tak? Sekali kena marah pulak tak pepasal sebab dia cakap boleh tak jangan tanya mahal ke murah. Sebenarnya segan tau tak. Even dengan abang sendiri. Malu tapi mahu. Haha

Presenting my not-so-gorgeous wedding card. No fold, hanya 2 side and of course map at the back. Berjimat cermat amalan mulia. Hehe


Saya memang suka yang simple-simple. Sebab nanti tahu akan ke tong sampah juga akhirnya. Mesti semua orang (I guess) tak kuasa tak menyimpan. Lagi-lagi bila dah banyak-banyak kan. Mungkin ada yang suka buat collection tapi perkadarannya hanya berapa percent sahaja. Hehe. Saya pun dalam kategori yang pertama, mula-mula kalau nampak cantik simpan, tapi bila dah banyak buang juga akhirnya. Hehe

Esok dah boleh start uruskan yang mana nak dipos pada kengkawan yang jauh-jauh. Tengah tunggu sampul siap, abang tengah rajin nak print kan nama pengantin pulak. Tapi limited edition la. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Till then, peeps. 
♥