FOLLOWERS

Saturday, June 29, 2013

Labour Experience #2

Assalamualaikum and hye lovelies.

Sambung last entree ya. Hehe

24 May 2013
Awal pagi around 2 pagi, I dah start sakit contraction yang kaw-kaw punya. I catit dalam phone yang baterinya tinggal nyawa-nyawa ikan. Sebelum tu, husband jenguk I sekejap. Pujuk-pujuk baby suruh keluar hari tu jugak sebab baby macam main-main sekejap sakit sekejap tak. Hehe. Then husband tunggu dalam kereta, I suruh dia tidur dulu. Anything happen, I akan terus call je. Malangnya tak lama lepas tu, handphone I mati takde bateri. I dah risau takut deliver hari tu husband tak tahu. Huhu

Dalam pukul 3 lebih, I dah tak senang duduk tak senang baring. Sekejap I pergi toilet. Sekejap I bangun. Baring nak tidur tapi tak boleh. Masa contraction rasa macam nak push terus. Masa contraction datang, terasa macam ada something keluar. Macam air. I rasa macam air keluar sket. Pergi toilet check panties tapi tak keluar banyak pun. I pergi katil balik, duduk atas kerusi tapi rasa macam dah nak terberanak sangat dah. Mula-mula ingatkan taknak inform staff nurse sebab ada sorang yang duduk katil depan I dah sakit lebih kurang macam I tapi nurse layan tak layan je. Tapi sebab I memang dah tak tahan sangat, I terus pergi kaunter depan cakap kat sister contraction I dah kuat then keluar air. But I tak sure air ketuban ke apa. Setahu I air ketuban keluar banyak. Then sister tu suruh I pergi toilet pakai pad. Dia cakap nanti doc datang nak check banyak mana air keluar. I ikut je la apa yang dia suruh. Nak tahu apa jadi lepas tu? I pergi kaunter balik, harap doc cepat check I punya bukaan. But I kecewa sebab sister tadi suruh I baring semula kat katil sebab dia cakap contraction I tak kuat lagi. Sebab dia tengok I still boleh jalan. What the *? I dah nak terberanak dia cakap I still okay lagi. I ikut je la apa dia cakap. Sebab tak boleh nak buat apa dah.

Luckily, tak lama lepas tu staff nurse datang check patient punya bp. Masa turn I, dia cari jantung baby tapi susah sangat nak jumpa. Rupanya jantung baby I dah kat bawah. Memang low gila dah. Cepat-cepat dia suruh I pergi bilik check up. Alhamdulillah. Dalam hati cakap, nasib baik. Kalau tak, terberanak atas katil wad. Huhu. Then I pergi bilik check up, doc check bukaan I dah 5 cm. Terus boleh masuk labour room. I jalan pergi katil semula ambil baju baby semua. Pastu I buntu macam mana nak call husband. Bateri phone dah takde. Nasib baik ada kakak sebelah baik hati bagi pinjam phone. I call husband (ingatkan husband), cakap I dah nak masuk labour room, suruh dia naik sekarang. Suara sebijik husband, rupanya salah number. I siap termarah sebab orang tu cakap wrong number. I nak terberanak ni, I ingat husband main-main. Bila tengok balik memang salah number. Haha. Lepas tu baru dapat call husband.

Around 4.45 pagi, I dibawa ke labour room guna wheelchair. Sebelum sampai, husband I baru keluar lift. Nasib baik dapat jumpa sebelum masuk labour room. Kalau tak, mesti husband ternganga tak tahu nak tunggu kat mana. Hehe. Masa nurse tolak I, dia sempat pesan masa dalam labour room nanti kalau boleh buka ikatan rambut. Dia cakap, orang kata petua biar senang bersalin. 4.55 pagi, doc pasang ctg. Time tu I tak lepas sebut Allah Allah. Sakit yang tak tahu nak bayang macam mana. Nak nangis pun tak boleh. Air selusuh yang husband buatkan I tak sempat minum pun. Ada lagi I simpan sampai sekarang. Takpelah. Then staff nurse cakap baca doa Nabi Yunus supaya Allah permudahkan urusan I. Alhamdulillah lepas baca doa tu dah full dilate. Then doc pecahkan air ketuban. Means, masa dalam wad tu bukan air ketuban la yang keluar. 3 kali push Alhamdulillah baby keluar dengan selamat tepat jam 5.17 pagi. Dengar baby nangis sebak sangat rasa. Then I azankan baby atas dada. Tak lama lepas tu nurse ambil baby untuk dibersihkan.

Lepas dah selamat bersalin, I dibius untuk proses jahitan. Malangnya sebelum jahit, rupanya uri tak keluar habis. Ada sket yang tertinggal. Kena seluk lagi. Time tu terasa perut I kena godek-godek. Tak rasa sakit, tapi rasa tak selesa la kan. I rasa bius I dah habis baru proses jahit start. Sebab tu terasa macam sakit sangat masa jahit tu. Lebih sakit dari bersalin. Sebab bila dah keluar baby, sakit semua hilang. Tak sampai sejam selepas tu, siap jahit. Lega sangat. Say thank you pada doc and staff nurse yang bantu I. Alhamdulillah, yang sambut baby keluar cuma dua orang. Sorang doc perempuan and staff nurse. Takde la I segan sangat. Ceh. Tapi kalau dah sakit tak fikir dah yang sambut doc lelaki ke perempuan. Hehe

I tak tahu apa yang diorang buat after tu. Sebab ambil masa yang lama untuk transfer I ke wad. I tunggu lama gila. Dah la lapar. Around pukul 7.30 baru diorang bagi I minum milo panas. 8 lebih baru I dibawa ke wad. I ingat husband dah tahu I dah bersalin tak lama lepas tu. Rupanya dia tahu pun dah pukul 7 pagi. Itupun sebab nama I ditulis depan pintu labour room. Nasib baik lepas baby keluar I dah azankan dulu. Husband I azan and iqamatkan baby masa sampai wad. And bagi baby kurma sekali. Alhamdulillah. 

Bermulalah episod sebagai seorang ibu. I risau takut malam masa dalam wad I tak boleh handle baby sorang-sorang. Sangat mencabar sebab bila baby nangis lapar I tak tahu nak bagi apa. Susu I tak keluar lagi. Tapi I keep trying and ajar dia hisap puting. Tengah malam baru susu keluar. Tu pun yang jernih tu. Tapi time tu baby tak pandai nak hisap lagi. I just letak air sket kat bibir dia bagi hilang sket haus. I asek tengok jam, tak sabar nak esok. Tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak rest puas-puas. At least kat rumah ada orang tolong tengokkan baby. Dalam wad, kita handle sorang-sorang. Huhu

Seingat I, my baby dah pandai hisap start hari ke enam. Alhamdulillah. Nasib baik I tak sampai demam sebab kena bengkak susu. Setakat 37 hari berpantang ni, I rasa bersyukur sangat sebab husband and family I sangat membantu. Bila I rasa penat, mak and adik I takeover jaga baby. Masa minggu pertama, I terpaksa bagi baby formula milk sebab susu I tak banyak. I kena bagi jugak susu sebab baby kena kuning. Check kuning pun husband and mak I yang pergi. I memang tak larat nak pergi. Alhamdulillah, tak sampai seminggu kuning dah hilang. Siang, I ada mak and adik yang boleh handle baby bila I penat and tak larat sangat nak handle. Bila malam, husband I yang bangun buatkan susu untuk baby. Sekarang bila dah fully breastfeed baby, I tak risau sangat. I dah pandai sket-sket susukan dia sambil baring. Bila dah kenyang, part husband tolong burpkan baby. I sampai sekarang failed bab burpkan baby. Ambil masa yang lama sangat nak tunggu dia sendawa. Sudahnya I pass kat husband. Kalau husband kerja, I pass kat mak I. Haha

Sepanjang 37 hari berpantang, I baru dua kali keluar rumah. Konon pantang tak nak jejak tanah 44 hari. Haha. I keluar pun sebab repair jahitan masa hari ke-9. Ada gaping pulak. Sakit kena jahit yang first haritu pun tak baik lagi, kena pulak jahit kali kedua. Even kena bius, tapi terasa jugak sakitnya sebab jahit kat kulit kan. Adoi. Second time check up baby sebulan. Kalau ikutkan taknak pergi jugak. Tapi memang ibunya kena pergi check, kenalah jugak pergi. Kalau tak, pass kat husband je. Hehe





Our baby, Adra Madina. Mata sepet tak tahu ikut siapa. Mak bapaknya tak pulak sepet. Hehe. Husband siap tanya, masa kat hospital ada ke tertukar dengan baby sesiapa. Ada pulak sampai macam tu. Haha. Alhamdulillah, masa check up sebulan berat Adra dah 4.3 kg. Dah bambam sangat dah anak mommy and daddy. Melalak sekejap sebab kena inject masa dia sedap tidur. 

Semoga sentiasa sihat Adra. Mommy and daddy love you!

Till then, peeps. 

1 Footprint (s):

cha said... Reply To This Comment

tak sanggup nak bacala nanti i fobia haha. too many experience i baca buat i fobia haha

comelnya ya Allah nama pun sedap sngt. apa maksud nama dia u. peluk cium untuk i ye