FOLLOWERS

Tuesday, January 8, 2013

20 Weeks So Far

Assalamualaikum dan hye lovelies. 

Ya Allah lamanya tak menaip. Masa banyak tapi malas bukan main. Alhamdulillah I'm already in 20 weeks. Halfway to go. Morning sickness macam biasa belum kurang lagi, makan apa-apa semua keluar balik. Sampai pernah rasa give up sebab tak tahu nak makan apa dah. Tengok makanan semua tak mampu nak buka selera pun. Demi baby, telankan jugak. Muntah pun muntah la, at least baby dapat makan walaupun tak banyak.

Last check up last week berat Alhamdulillah naik 1 kg. Jadilah walaupun sket. Tapi hb turun ke 12.8. Still okay lagi nurse cakap. Cuma yang menjadi kerisauan sekarang adalah selalu sangat badan tak okay sampai rasa nak pitam dan pengsan. Tanya nurse kenapa, dia cakap ada 3 tanda sawan semasa mengandung. First, rasa nak pitam. Second, mata berpinar-pinar and lastly pedih ulu hati. Nasib baik saya ada tanda yang first tu je. Tapi still risau jugak. Bonda cakap maybe sebab tak cukup tenaga sebab makan aseklah keluar balik. I is redha. Hopefully takde apa-apa yang boleh memudaratkan saya dan baby. Ameen.

Still LDM dengan husband, tak tahu la bila nak duduk sama. Yang ni pun dah start belajar untuk redha. Cehh. Selama ni tak redha ke? Hehe. Bukan tak redha, cuma terasa macam nak rasa bila pregnant nak ada orang sebelah yang boleh mengadu bila sakit. Husband kan aura dia lain. Sebab bila husband balik cuti, takdela asek muntah-muntah je. Bolehlah bertahan. Husband balik je, kemain lagi muntah sampai 2,3 kali sehari. Mungkin baby dalam perut protes jugak. Pitam. Huhu

Sekarang baby semakin aktif dalam perut. Kalau diajak berborak kemain lagi respon. Pernah jugak tanya.

Mommy: Baby lelaki ke perempuan? Lelaki ya?
Baby: *diam
Mommy: Perempuan eh?
Baby: *diam
Mommy: Baby rindu dedi tak? Kalau rindu tendang sekali, please.
Baby: *tendang

Terus message husband, kemain excited dia. Bab gender tu nampak sangat taknak bagitahu lelaki ke perempuan. Rahsia la tu. Hehe. Sesaja je borak-borak macam tu, rasa macam enjoy walaupun baby sekadar respon gerak-gerak and tendang-tendang. Setakat ni dia aktif time subuh, before and after makan and before saya tido. Dia nak saya usap-usap dulu, baca doa untuk dia then baru dia senyap. Kalau tak kemain lagi beraksi. Semoga baby sihat sampai deliver. Ameen.

Till then, peeps. 

2 Footprint (s):

Amalina Ali said... Reply To This Comment

semoga semuanya selamat ye ika. :)

Miss Ika said... Reply To This Comment

@Amalina Ali Insyaallah, thanks. :)