FOLLOWERS

Sunday, January 13, 2013

Henna

Assalamualaikum and hye lovelies.

Ada la sket drama pasal henna ni. Mana taknya, lepas subuh pengantin baru sibuk nak pakai inai. Pukul 10 dah majlis. Pakai dalam satu jam je, mana nak merah kan. Warna time tu memang macam tak pakai pape, just color oren tu pun tak berapa clear. Then SIL ternampak jari saya tak cantik, terus dia pakaikan inai tube Suzana tu. Time tu dah ready, tinggal tunggu groom sampai je. Tapi sempat la pakai beberapa minit tapi pakai belah atas je (bahagian kuku). Hehe



Haa, nampak tak permainannya di situ. Tak pernah dibuat orang pagi majlis duk sibuk lagi pakai inai. Gambar first, my sister touch up lagi sekali after SIL pakaikan. Time ni semua dah ready, OP and OV pun sempat shoot gambar and video. Pitam. Haha. Gambar second nampak kan inai hanya ada kat bahagian atas je. Nasib tak berapa obvious.



Malam reception SIL touch up lagi sekali. Kali ni betul-betul punya walaupun just pakai inai tube Suzana tu. Memasing dah tak kuasa nak menumbuk bagai. Haha. Pakai before tidur, then I woke up at 6.00 am adik gelakkan sebab muka pun terkena tempiasnya. Kat area tangan comot kemain tapi naseb baik tak ketara. Hehe. Puas hati la dengan inai tu, bertahan lebih kurang 2 months plus. Kat ibu jari kaki belum hilang lagi, dah 4 months. Tapi kalau B2B lain dapat pakai original henna, saya rasa lagi best. Sebab bau dia wangi.

Jadi, B2B out there, pakai awal-awal ya. Jangan jadi macam saya. Ada jugak rasa terkilan di hati. Tapi redha, dah bahagiannya. Hehe

Till then, peeps. 

♥

Saturday, January 12, 2013

Akad Nikah Doorgift

Assalamualaikum and hye lovelies.

Hui, rajinnya dua tiga hari ni update blog. Time rajin kemain lagi, kalau boleh sehari nak up dua tiga entree. Cuba time malas, sebulan sekali pun nan hado. Hehe. Okay, harini nak cerita pasal doorgift masa akad nikah. Semua pun do it yourself. Stickers buat sendiri jugak. Opss, haritu ada yang tanya stickers kosong beli kat mana eh. Saya beli kt Popular je, satu pack tu ada 10 sheets harga RM4.00. Boleh refer here. Saya beli stickers yang bukan kilat punya. Sebab saya guna printer biasa takutlah tak lekat ke apa kan. Kalau nak beli yang kilat yang selalu orang guna pun ada jugak. 

Berbalik pada doorgift, saya punya doorgift biasa-biasa je. Buat 100 pax, lagipun yang datang masa akad semua di kalangan family kan jadi tak berapa nak ramai sangat.



Simple je kan. Beli brown paper bag and doily papers kat kedai jual barang-barang buat cake. Harga tak ingat la pulak. Tapi still murah la. Sepit baju beli kat kedai jual barang-barang keperluan rumah, kat supermarket pun ada. Kat mana-mana pun senang nak cari. Beli 2 packs, dalam dia kalau tak silap ada 40 batang, harga RM1.80 1 pack.

Dalam bag goreng pisang ni ada dua je, moist choc cup cake and pulut kuning plus rendang daging. Tak sempat nak rasa hasil tangan bonda rendang tu sebab penat sangat. After akad, sibuk-sibuk then tertido. Padahal dah letak kat tepi katil tinggal nak makan je. Punyalah takda selera. Hehe. Moist choc cup cake tempah dengan kawan bonda, harga lupa nak tanya sebab bonda yang sponsor. Hehe. Ops, lupa. Ada lagi satu, telur masin. 3 benda tu je.

Alhamdulillah.

Till then, peeps. 

♥

Friday, January 11, 2013

Pelamin

Assalamualaikum and hye lovelies.

Okay, harini update pasal pelamin on my wedding. Reception and tandang ambil dari bridal yang sama which is Pesona Pontian. Quite berpuas hati walaupun tak seperti yang saya harapkan. Pelamin simple je sebab saya memang suka yang simple punya. Saya tak suka pelamin yang terlalu banyak bunga, serabut rasa. Hehe

Reception



Bertandang


Saya takda gambar sebijik pelamin untuk bertandang. Mungkin dalam softcopy bertandang ada kot, tapi softcopy pun saya belum tengok. Ada kat rumah mertua. Kalau balik asek lupa je nak tengok. Kira nampak la kan gambar ni. Hehe

Till then, peeps. 

♥

Thursday, January 10, 2013

Review Hand Bouquet

Assalamualaikum and hye lovelies.

Sambung semula review mereview on wedding day. Dah lama sangat skip. Bukan takde benda nak review, tapi malasnya kemain lagi bermaharajalela. Ambil mood review yang senang and sket dulu, mana tahu lepas ni boleh rajin update hari-hari. Hehe

FYI, hand bouquet masa akad nikah and reception adalah hasil tangan kakak husband. Bab-bab kretip memang bagi kat dia la. Saya mintak tolong dia buatkan. Sebab saya malas nak fikir pasal HB ni. Hehe. Ada jugak terfikir nak buat sendiri tapi malas then fikir tak sempat and susah. Jadi, saya totally serahkan pada dia. Cantik sangat, sampai sekarang saya simpan walaupun dah layu. Kenangan. Adik tanya, bila nak buang. Saya cakap biarlah dulu sebab yang color purple still berwarna lagi, yang lain sume dah kuning. Hehe

Akad Nikah




Reception




Bertandang



Hand bouquet masa akad nikah and reception sama, masa bertandang bridal yang provide. Dua-dua saya suka. Match dengan baju. Thanks so much pada semua yang membantu. 

Till then, peeps. 

♥

Tuesday, January 8, 2013

20 Weeks So Far

Assalamualaikum dan hye lovelies. 

Ya Allah lamanya tak menaip. Masa banyak tapi malas bukan main. Alhamdulillah I'm already in 20 weeks. Halfway to go. Morning sickness macam biasa belum kurang lagi, makan apa-apa semua keluar balik. Sampai pernah rasa give up sebab tak tahu nak makan apa dah. Tengok makanan semua tak mampu nak buka selera pun. Demi baby, telankan jugak. Muntah pun muntah la, at least baby dapat makan walaupun tak banyak.

Last check up last week berat Alhamdulillah naik 1 kg. Jadilah walaupun sket. Tapi hb turun ke 12.8. Still okay lagi nurse cakap. Cuma yang menjadi kerisauan sekarang adalah selalu sangat badan tak okay sampai rasa nak pitam dan pengsan. Tanya nurse kenapa, dia cakap ada 3 tanda sawan semasa mengandung. First, rasa nak pitam. Second, mata berpinar-pinar and lastly pedih ulu hati. Nasib baik saya ada tanda yang first tu je. Tapi still risau jugak. Bonda cakap maybe sebab tak cukup tenaga sebab makan aseklah keluar balik. I is redha. Hopefully takde apa-apa yang boleh memudaratkan saya dan baby. Ameen.

Still LDM dengan husband, tak tahu la bila nak duduk sama. Yang ni pun dah start belajar untuk redha. Cehh. Selama ni tak redha ke? Hehe. Bukan tak redha, cuma terasa macam nak rasa bila pregnant nak ada orang sebelah yang boleh mengadu bila sakit. Husband kan aura dia lain. Sebab bila husband balik cuti, takdela asek muntah-muntah je. Bolehlah bertahan. Husband balik je, kemain lagi muntah sampai 2,3 kali sehari. Mungkin baby dalam perut protes jugak. Pitam. Huhu

Sekarang baby semakin aktif dalam perut. Kalau diajak berborak kemain lagi respon. Pernah jugak tanya.

Mommy: Baby lelaki ke perempuan? Lelaki ya?
Baby: *diam
Mommy: Perempuan eh?
Baby: *diam
Mommy: Baby rindu dedi tak? Kalau rindu tendang sekali, please.
Baby: *tendang

Terus message husband, kemain excited dia. Bab gender tu nampak sangat taknak bagitahu lelaki ke perempuan. Rahsia la tu. Hehe. Sesaja je borak-borak macam tu, rasa macam enjoy walaupun baby sekadar respon gerak-gerak and tendang-tendang. Setakat ni dia aktif time subuh, before and after makan and before saya tido. Dia nak saya usap-usap dulu, baca doa untuk dia then baru dia senyap. Kalau tak kemain lagi beraksi. Semoga baby sihat sampai deliver. Ameen.

Till then, peeps. 

♥