FOLLOWERS

Saturday, March 31, 2012

Bridesmaid Attire

Hye lovelies.

Berkenaan dengan bridesmaid, saya dah informed pada mereka yang bakal menjadi bridesmaid saya nanti. Alhamdulillah, thanks a lot pada mereka sebab sudi menjadi maid tanpa gaji. Hehe. I will give them kain tapi diorang akan tempah sendiri. Pandai-pandai la korang ye. Maybe at the end of April or paling lambat pun June la bagi kain tu. Sebab takda masa lagi nak pergi. Semalam survey kat Kamdar Kuala Terengganu tapi sebab banyak sangat warna jadi macam rambang mata pulak. Tapi warna yang saya cari tu tak jumpa pulak. Adoi. The next hunting kat Jalan TAR mid semester break nanti. Hope jumpa. Dah tak larat nak berjalan dah sebenarnya.

Saya ada survey warna-warna yang sesuai untuk diorang nanti. Sebab taknak senada dengan baju pengantin. Hehe. Antaranya seperti di bawah. Memang sangat menarik hati. Kalau korang tengok confirm jatuh hati. Terus nak berangan ala-ala bridesmaid. Hehe




















Sumber: Miss Yuyu


Credit to The Owner
(Ampun tak ingat certain sumber. Dah lama simpan dalam lappy.

Cantik kan? Tapi theme color for my bridesmaid memang lain dari semua gambar ni. Cuma jadi inspirasi je la kan. Cewah. Hope dapat membatu B2B at the same time.

Maaf entri banyak gambar.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Wednesday, March 28, 2012

Less is More

Hye lovelies.

Saya sentiasa mengimpikan pelamin perkahwinan yang sangat minimum dengan bunga-bungaan. Bagi saya, semakin sedikit bunga I will like the most. Simple yet beautiful. Tak perlu nak letak bunga banyak-banyak tapi still nampak cantik. Kiranya nanti tetamu takdelah tengok pelamin je kan. Haha

Saya punya design pelamin dah finalize lama dah, since february lagi. Even apa yang saya request banyak yang takde, tapi harap diorang boleh come out with a good work as per wish. Horror tau kalau serabut, mahu last-last saya yang turun naik tangga nak betulkan semua. Erk? Macam tinggi sangat je pelamin. Hehe

Bagi B2B yang masih tercari-cari design pelamin yang simple dan cantik, tengoklah kat bawah ni. Nak buat sendiri pun boleh tau.








Credit to The Owner

See? Simple kan, tapi cantik sangat. Sesuai untuk mereka yang just jadikan pelamin untuk bergambar. Untuk sanding pun, I think it will suit nicely. Just bermain dengan backdrop di belakang. Hehe. Happy preps korang.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Tuesday, March 27, 2012

Wedding Journal

Hye lovelies.

Hari ni saya nak berkongsi tentang wedding journal saya yang tak berapa nak dikategorikan sebagai journal. Tapi everything inside is all about wedding. Starts from wedding checklist, wedding inspiration, design, theme, receipt and everything. Sebab saya seorang yang sangat rigid bab-bab ini. Tapi saya bukanlah seorang yang cerewet ye. Hehe

Wedding journal ini diinspirasikan setelah saya membaca blog Most Glamorous Bride 2010. Tahu kan siapa? Hehe. Saya menjadi pembaca setia blog itu. Seronok bila membaca segala wedding preps and research yang dibuat berkenaan dengan wedding. Semuanya details. Dan lebih membanggakan, banyak idea dan preps adalah hasil DIY beliau sendiri. Seronok menjadi seorang yang kreatif kan. Saya ni kayu je lebih, tangan tak berapa nak kreatif sangat. Hehe

Tapi, saya punya wedding journal takdelah besar mana. Cukuplah sekadar kecil-kecilan yang boleh masuk dalam handbag dan boleh dibawa ke mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh dapatkan di mana-mana kedai buku yang berhampiran dan pilihlah mengikut kegemaran. Saya beli yang paling simple dan hujungnya saya ikat dengan ribbon. Nampaklah macam special sket kan. Hehe







Semua yang berkaitan dengan wedding saya akan masukkan dalam buku ini. Kalau beli barang tanpa resit, saya akan tulis sendiri and just lekatkan dalam buku ni. Contact number or card holder semuanya saya akan pastikan ada dalam ni bagi memudahkan urusan saya pada masa akan datang. Rasanya semua B2B pun ada wedding journal yang lagi cantik dari saya punya. Macam dhiera, dia ada file yang tebal tu. Hehe. Lagi hebat tau. Saya punya yang biasa-biasa je.

Itu pun bonda dah bising-bising, dia cakap guna buku tulis masa sekolah tu kan boleh. Tak payah nak beli-beli. Hehe. Saja nak bagi nampak special. Special lah sangat. Huhu
Rasanya untuk itu je setakat ni. Kalau rajin nanti update lagi.

P slash S: 
Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Monday, March 26, 2012

Update Secara Pukal

Hye lovelies.

Since tak banyak progress sejak kembali dengan semester baru, maka kali ini saya update secara pukal ye.

1. Bedroom Set - Bonda call cakap bedroom set dah dihantar ke rumah. Terkejut sekejap sebab haritu kata suruh hantar dekat-dekat raya nanti. Bonda cakap orang tu takut orang lain ambil. Nanti dah satu kerja pulak nak pilih yang lain. Takpelah. Gambar adik hantar semalam tapi gambar wardobe je since katil tak pasang lagi. Nak cat bilik segala bagai dulu baru boleh pasang dengan gembiranya. Membuatkan saya tak sabar nak balik kampung end of April.

2. Bertandang Outfit - Ada beberapa konflik yang berlaku berkenaan baju bertandang. Memang kalau boleh nak tempah and jadi hak milik sendiri sebab after majlis boleh sewakan and buat business kecil-kecilan kononnya. Tapi banyak sangat bad reviews berkenaan that vendor plus vendor pun reply lambat hanya untuk confirmation for measurement session, jadi terpaksa kuburkan sahaja segala impian. Cewah. FFIL nak try survey area berdekatan rumah. Dapat pakai dress pun cantik kan. Berangan lagi. Hehe

3. Guestbook - Tinggal nak design card. Kalau tak sempat ataupun kemalasan melanda memang tak design la. Just potong kertas kecik-kecik. Haha. Yang tu memang dah kategori malas sangat-sangat dah tu.

4. Solemnization - Supposed majlis after isyak, tapi dah ubah atas permintaan pihak lelaki. Lebih afdhal buat waktu pagi, permulaan hari dan permulaan kehidupan baru. Eceh. Lagi suka sebab nanti boleh la nak ambil gambar after nikah kat luar rumah. Cuma tak dapat la nak ambil gambar ditemani lampu-lampu pelita malam tu. Raya katanya kan. Hehe. Dah inform MUA dan OV. Nasib baik inform awal, kalau tak hampir-hampir OV terima job pagi tu. Tarik nafas lega.

5. Shoes - Ingat lagi entri ini? Dah discuss dengan Taufik. Tapi nampaknya dia tak setuju dengan cadangan saya untuk pakai flat shoes je. Dia cakap saya merepek. Haha. Ceh, tak support langsung. Nanti try nak pujuk lagi.

Rasanya itu sahaja. Tak banyak progress langsung, sedih je. Takpelah, slow-slow.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Tuesday, March 20, 2012

Idea for Invitation Card

*Schedule entry

For those yang still mencari-cari idea for invitation card, boleh refer for these webs. Saya DIY sendiri wedding card, dengan bantuan Encik Google. Siap bergaduh dengan Taufik berebut nak card yang not-so-beautiful untuk belah masing-masing. Macam budak-budak. Tapi saya harus berkeras bab-bab ni sebab selalu dia menang. Lagipun dia dah ada sponsor untuk wedding card belah dia. Saya still mencari kedai printing yang paling murah. Last choice terpaksa print sendiri. Sekarang yang menjadi hal, printer tiba-tiba mogok. Tak tahu nak apa agaknya. Mungkin merajuk sebab haritu saya terketuk kepala dia. Degil sangat ink taknak keluar. Haha. Nasib baik lama lagi, boleh kumpul duit beli printer baru. Apakah?

Saya selalu merepek benda lain kan? Ok, sesiapa yang masih belum dapat idea untuk DIY or design wedding card bolehlah jenguk-jenguk dapatkan inspiration from these websites. Sangat membantu. Tak percaya? Tengok ni.






Sumber: Minted













Hope dapat membantu serba sedikit bride-to-be di luar sana.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Monday, March 19, 2012

Sampin for Groom

Mestilah for groom, takkan for bride pulak kan. Hehe

Since Taufik bercuti di Terengganu dengan his family last week, jadi kami mengambil kesempatan hunting sampin di Pasar Payang. Agak tak banyak pilihan sebab tak fit dengan budget ciput kami.  Ada lah berkenan dengan beberapa color yang match dengan baju nikah, unfortunately beriban ye harganya. Mahu pengsan 18 hari kalau beli. Tapi sebenarnya banyak je yang cantik dengan harga yang still affordable. Kena rajin mensurvey lah. Cakap je nak yang berapa ribu, sure banyak pilihan. Better ada knowledge la pasal tenun segala bagai untuk elakkan penipuan and such. Saya memang zero ye bab-bab ni, kena bawak bonda kalau nak beli.

At the end dapat jugak yang berkenan di hati semua orang. Match dengan baju nikah and match dengan theme sekali. 2 in 1 terus. Berkat kesabaran Kak Long and Kak Ngah survey banyak tempat. Kalau saya, mungkin dua hari baru dapat ye. Hehe. Ditambah pulak dengan peniaga yang tak mesra alam, kalau tak dek kerana ada FFIL mahu terus pergi dengan kecewanya. Hehe. Memang tak penyabar ini orang.

Alhamdulillah, dah boleh cross checked. Nak update checklist tapi sekarang ni malas lagi sebab progress tak banyak mana pun. Kumpul bagi banyak baru seronok nak update secara pukal.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Sunday, March 18, 2012

Bedroom Set

Hye lovelies.

Lama dah tak blogwalking, tak update blog. Kemalasan melanda ditambah takde idea nak tulis apa. Ni pun update secara pantas. FYP dah empat hari tak sentuh, ada hati nak update blog. Ni kes bengang dengan supervisor sebab dah berapa kali suruh tukar. Mula-mula suruh tukar method, so I should alter chapter three only. Its ok. After dah siap, suruh tukar plus kena relate dengan tajuk lain. I should alter from introduction ok. Sangatlah menyentuh perasaan. Dugaan betul lah. Its ok, belajar untuk redha. Sekarang tengah blur, thats why update blog dulu. Karang kalau ada mood, baru boleh buat. Kalau ada la. Haha

Alamak sorry, tersasar jauh pulak. Sebenarnya nak cerita pasal bedroom set. Since nanti after married maybe tak stay sekali dengan parents, jadi saya prefer taknak ada bedroom set sendiri. Means, guna je yang dah ada. Katil masa abang kahwen dulu pun baru lagi, just concentrate nak beli wardobe je la. Saving kan katanya. Kalau nak beli one set confirm kena standby at least 2000. Pengsan.

Tapi last two weeks bonda call bagitahu dia rasa nak beli one set. Mula memang tak setuju sebab saya rasa membazir je. Sebab dah mind set nak beli wardrobe je. Tapi bonda cakap kalau beli macam tu rugi, better beli terus one set. Dia pun dah tanya orang yang selalu dia amek furniture segala bagai tu. Kedai tu nak buat clearance stok jati. So, bonda amek kesempatan sekali. Dah tempah pun last week tapi bonda suruh simpan dulu nanti bulan puasa baru hantar rumah. Takut berhabuk kata bonda. Ya Allah, sangat terharu. Tambah terharu bila bonda cakap tak payah fikir pasal nak bayar sebab bonda yang bayar semua. Thanks mommy.

Set jati haruslah brown color, even saya kalau boleh nak all white. Tapi sebab bonda cakap saya mesti suka. So, dah imagine semua. Kalau bonda yang pilih memang confirm akan terus jatuh cinta. 

Thanks bonda. I love you so much.

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.

Monday, March 12, 2012

Wedding Band

Hye lovelies.

Saya dan Taufik dah sepakat tentang wedding band untuk pembatalan air sembahyang. Sekarang trend si suami bagi gelang tangan emas, platinum wedding band instead of gold ring. Tapi saya decide taknak gelang tangan, rantai or cincin emas. Taknak bebankan bakal suami katanya. Eceh. Saya decide nak cincin yang biasa-biasa je. Cincin platinum haruslah tak sebab mahal kan. Kalau ada discount boleh lah diterima. Tapi ada ke? Hehe. Mungkin adik-beradik dia la. Janji cantik menawan simple, saya suka je. Lagi-lagi kalau for wedding kan. Mesti value dia lain. Tak kisah murah ke mahal. Kalau takde pun saya ok je. Yang penting sah. hehe

Disebabkan masa tunang dapat dua cincin, nanti tambah lagi satu masa wedding, jadi saya juga berniat nak hadiahkan Taufik wedding band as a hantaran. Bagi fair. Teringin juga nak tengok dia pakai cincin. Jari tu kosong je. Kalau ada cincin nanti, kan nanti orang tahu dah berpunya. Hehe

Agak-agak nak cari mana ye?

B2B group hari tu ada discuss pasal benda ni. Nanti nak try cari kat Diamoney. Kalau Johor, saya tahu ada kat Plaza Angsana. Try pergi masa diorang buat sale, boleh dapat both ring for bride and groom tak sampai 1k or 2k. If I'm not mistaken. Agak berbaloi di situ. Ada benefit lain, kalau nak tukar ke apa entah ye or nak cuci. Tak ingat. Hehe. Tapi for sure la taknak tukar kan. Sayang kot. 

Nasib baik majlis saya after raya, so before raya tu mesti ada sale kan. Bolehlah cari masa tu. Lagi pulak time tu dah habis study, lagilah senang nak gerak sana sini. Saya ada satu masalah, saya tak tahu nak bezakan mana cincin platinum ke or whatsoever. 

Some of my favorite wedding band. Tengok dia punya design je la ye. Hehe








Sumber: Google Image

Cantik kan? Pada mata saya la. Hehe

P slash S: Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Till then, peeps.