FOLLOWERS

Thursday, November 17, 2011

Nikah Attire

Kembali bersemangat dengan angan-angan perkahwinan yang tak sudah-sudah. Yela kan, kata orang dari angan-angan la jadi kenyataan. Tak gitu? Hehe. Dan masa untuk melupakan segala hiruk pikuk assignment, test dan sebagainya. Pastu nanti kau terkial-kial nak jawab exam. Baru padan muka. Haha

Untuk majlis pernikahan, kami memilih warna pink soft. Sebabnya Taufik cakap white color dah selalu sangat, dah biasa. Dia tak tau pulak pink  soft tu pun dah biasa. Haha. Sebagai seorang bakal isteri yang solehah, saya terima pendapat beliau walaupun kadang-kadang hati berkeinginan untuk memakai warna yang putih lagi suci. Sobss

Makanya, kami sepakat memilih pink soft dan saya berangan-angan untuk mengadakan majlis pernikahan di rumah sahaja dengan bertemakan kesederhanaan. Sesuci embun pagi katanya. Apakah? Haha. Dah cakap dengan ma, ma pulak berhajat nak buat majlis khatam Al-quran sekali. Insyaallah, kalau diizinkan. Saya pun suka.

Saya saja-saja terjah blog B2B, sebab dulu saya memang suka blogwalking tanpa meninggalkan sebarang jejak. Ampun mak. Jadi, dari situ saya sangat berkenan dengan kurung moden. Sebab nampak simple.

Tengok ni.

Seakan-akan begini baju kami nanti. Tapinya mungkin saya tidak membuat beading yang banyak. Kata simple kan. Hehe


Saya suka kain dia. Sangat Owesome. Sama dengan yang first tadi.

Sumber: Google Images

Haa, lebih kurang macam ni yang saya nak. Beading di dada dan hujung lengan.

Sumber: Tak ingat. Ampun mak.

Cantik kan. Sukaaaa!


Cantik jugak. Sudah rambang mata. Yang ni masa majlis pertunangan senior saya dulu.
Orang cantik pakai apa-apa pun cantik.


Begitulah ceritanya. Semoga apa yang saya idam-idamkan akan menjadi kenyataan. Begitu juga dengan impian anda.

Till then, peeps.

9 Footprint (s):

Unknown said... Reply To This Comment

sume cantik

Miss Ika said... Reply To This Comment

Kan? Mata pun dah mula berguling-guling nak pilih yang macam mane. Ngeh3x

dhiera zainudin said... Reply To This Comment

ika, baju yang ada beading dekat dada dgn hujung tangan tu. saya pun suka. ada jugak simpan gambar baju tu tapi tak ingat amek dari mana. hu

Miss Ika said... Reply To This Comment

Cantik kan. Tula pasal. Ika amek kat facebook kawan, tp try cari semula tadi tapi takde pulak. Hehe

nasuha ahmad helmi said... Reply To This Comment

baju yang warna mcm pink peach tu mmg canik. suka!!

Miss Ika said... Reply To This Comment

Kan? Suka jugak. :)

miss ika said... Reply To This Comment

vote for baju yg beadding penuh kat dada n tagan tue..cantek sgt! :)

Izafiza said... Reply To This Comment

yg 1st santek!

leeza said... Reply To This Comment

design baju nikah kite ;p kain bwh kembang2 ;p hihi~ suke sgt!