FOLLOWERS

Sunday, November 27, 2011

Wedding Date

Alhamdulillah.

Setelah berhempas pulas memerah otak untuk memilih tarikh yang sesuai, maka saya dengan ini ingin mengumumkan bahawa saya dah dapat tarikh kahwin. Yea! Ok, tak perlu excited sangat. Tapi tarikh tak cantik macam yang diidam-idamkan. Konon 10.11.12 atau 12.12.12. Jangan harap lah. Haha. Sapa-sapa yang nak tarikh ni dah boleh amek, sebab saya tak jadi buat majlis tarikh ni. Apakah? Kah Kah!

Tarikh dah dipersetujui oleh semua. Harap-harap lepas ni takde apa-apa perubahan lagi.

Doakan yang terbaik untuk kami.

Saya doakan untuk kamu-kamu juga. Semoga semuanya berjalan lancar seperti apa yang diharapkan disamping mendapat rahmat Allah.

Happy preparing semua B2B.

Till then, peeps.

Thursday, November 24, 2011

Apa Fungsi Quotation?

Hye all bride-to-be and ex-bride-to-be out there!

Tetibe pulak kan. Hehe

Nak tanya sebenarnya kalau macam kita berminat dengan satu-satu vendor tak kisahlah photographer ke videographer or bridal ke atau apa-apa je dan kita nak minta harga dari mereka just untuk survey first kita nak mintak macam mana ye? Mintak quotation tu ke?  Ke mintak package yang diorang provide?

Or kita dah confirm nak ambil dia sebagai vendor kita, baru kita mintak quotation?

Tengah blur ni.

Ampun, saya budak baru belajar. Huhu

Bantu saya ye kawan-kawan. Thanks semua.

Till then, peeps.

Tuesday, November 22, 2011

Review: Cincin Merisik Plus Tunang

Cincin merisik dan cincin tunang saya adalah sangat simple. Sebab Taufik tak suka saya pakai cincin tunang yang ada batu. Dia cakap masa kahwen nanti baru yang ada batu or mata or apa-apa je. Saya pun tak berapa suka sebenarnya, sebab kalau ada mata saya rasa macam dah kahwen pulak. Haha. Over.

Makanya, tanpa merancang kami ke kedai emas di Jaya Jusco Bandar Melaka. Sebelah Tesco Melaka. Sebenarnya pergi sana nak makan steambot je. Tak sangka pulak Taufik terus nak pergi beli. Ok, kedai emas tu bahagian bawah sekali, tapi saya tak ingat nama dia. My bad. Resit pun saya tak ingat saya simpan kat mana. Confirmnya memang saya simpan. Sungguh tak sensitif kan saya. Hehe

Kedua-dua cincin memang kami yang pilih. Cincin risik saya pilih yang kosong takda apa-apa design. Sebab saya memang suka yang simple-simple. Cincin tunang pun gitu. Design yang simple. Sampai FSIL saya marah Taufik kenapa pilih design dan cincin yang terlalu simple. Bagi saya takpelah, ikut kemampuan. Lagipun memang saya suka yang macam tu.

Cincin tunang yang kami pilih bukan yang tersarung di jari manis saya masa hari pertunangan.

Apakah?

Taufik ada kata beberapa hari sebelum majlis, dia cakap ada surprise untuk saya. Saya tanya apa dia. Dia cakap, kalau dia bagitahu sekarang dah tak surprise namanya.

Benci.

Dah tahu nak surprise tak payah lah nak heboh-heboh cakap ada surprise. Lempang kang. Haha

Masa opah Taufik dan FMIL masuk bilik nak sarung cincin, saya tengok cincin tunang tu dah bertukar jadi lain. Dari situ saya mula agak yang tu la surprisenya. Besar kot cincin. Saya pilih mula-mula tu yang comel je. Ngeh3x

Tapi saya suka sangat. Thanks all.




Till then, peeps.

Thursday, November 17, 2011

Nikah Attire

Kembali bersemangat dengan angan-angan perkahwinan yang tak sudah-sudah. Yela kan, kata orang dari angan-angan la jadi kenyataan. Tak gitu? Hehe. Dan masa untuk melupakan segala hiruk pikuk assignment, test dan sebagainya. Pastu nanti kau terkial-kial nak jawab exam. Baru padan muka. Haha

Untuk majlis pernikahan, kami memilih warna pink soft. Sebabnya Taufik cakap white color dah selalu sangat, dah biasa. Dia tak tau pulak pink  soft tu pun dah biasa. Haha. Sebagai seorang bakal isteri yang solehah, saya terima pendapat beliau walaupun kadang-kadang hati berkeinginan untuk memakai warna yang putih lagi suci. Sobss

Makanya, kami sepakat memilih pink soft dan saya berangan-angan untuk mengadakan majlis pernikahan di rumah sahaja dengan bertemakan kesederhanaan. Sesuci embun pagi katanya. Apakah? Haha. Dah cakap dengan ma, ma pulak berhajat nak buat majlis khatam Al-quran sekali. Insyaallah, kalau diizinkan. Saya pun suka.

Saya saja-saja terjah blog B2B, sebab dulu saya memang suka blogwalking tanpa meninggalkan sebarang jejak. Ampun mak. Jadi, dari situ saya sangat berkenan dengan kurung moden. Sebab nampak simple.

Tengok ni.

Seakan-akan begini baju kami nanti. Tapinya mungkin saya tidak membuat beading yang banyak. Kata simple kan. Hehe


Saya suka kain dia. Sangat Owesome. Sama dengan yang first tadi.

Sumber: Google Images

Haa, lebih kurang macam ni yang saya nak. Beading di dada dan hujung lengan.

Sumber: Tak ingat. Ampun mak.

Cantik kan. Sukaaaa!


Cantik jugak. Sudah rambang mata. Yang ni masa majlis pertunangan senior saya dulu.
Orang cantik pakai apa-apa pun cantik.


Begitulah ceritanya. Semoga apa yang saya idam-idamkan akan menjadi kenyataan. Begitu juga dengan impian anda.

Till then, peeps.

Monday, November 14, 2011

Konflik

Sejak empat lima hari ni, tiba-tiba mood untuk wedding adalah sangat down. Saya kurang pasti kenapa.

Saya hampir putus harapan.

Saya hampir menangis tersedu sedan.

Saya hampir hilang kesabaran.

Saya hampir putuskan hubungan.

Adakah semua ni dugaan dalam tempoh bertunang? Atau petanda apakah?

Thursday, November 10, 2011

Mak atau Isteri?

Mak atau isteri? Dua-dua perempuan. Dua-dua punya hati yang lembut. Sensitif apatah lagi. Tetapi mana satukah yang lebih menjadi keutamaan suami bila sudah berkahwin?

Tidak semua lelaki/suami yang alert akan hal ni. Sebabnya, bila mak susah dan dalam masa yang sama isteri mempunyai perancangan untuk keluarga makanya sudah pasti isteri mendahului carta merebut hati suami. Suami pulak satu hal, kot ye pun kau sayang isteri tak perlulah kau terus nak membelakangkan mak kau tu. Lempang nak?

Mengapa saya berkata demikian?

Melalui pengalaman.

Orang-orang di sekeliling malah saudara mara.

Saya kalau berbicara berkenaan ibu dan ayah, otomatik akan beremosi. Adehh. Melebih kan? Haha. Macam ni, cuba imagine bila anda mempunyai keluarga atau paling dekat pun saudara yang sudah berkahwin. Duduk pulak satu rumah dengan mak dan ayah . Ayahnya pulak kadang-kadang ada, kadang-kadang satu hari pun susah nak nampak batang hidung. Kalau anda sebagai lelaki, anda mempunyai tanggungjawab terhadap mak anda. Isteri pulak kuat merajuk rasa macam nak sepak tapi tak sampai hati. Merajuk sebab suami lebihkan mak dia. Kang sepak kang merajuk satu hari satu malam kunci bilik tak bagi suami masuk pastu suami nak buat apa kan. Nak tak nak ikut jugak kehendak si isteri. Bila macam ni, saya pulak terasa nak sepak si suami itu. Haha

Kemon.

Tak rasa bersalah ke bila mak terasa hati ke hape. Hati mak kan kita kena jaga. Buat mak menangis berdosa besar tahu.

Tahu tak?


Haa, sekarang nak pilih mana satu?

Jadi, kepada isteri atau wanita atau bakal-bakal isteri di luar sana silalah memahami keadaan suami. Jangan nak berhangin tak bertempat. Tak perlulah nak cemburu dengan mak mentua tu. Kan jadi mak anda jugak kan. Kepada si suami yang tak paham-paham lagi, si isteri tegur-tegurlah. Kita pun tak nak kan bila mak kita susah ke sakit ke, anak-anak lelaki dia tiada di sisi nak ringankan beban.


Sebab tu saya selalu pesan kat Taufik. Macam mana sekali pun dia sayang kat saya, dia tetap ada mak yang perlu disayangi lebih dan wajib didahulukan. Memang kadang-kadang ada jugak terasa dan terfikir esok dah kahwin lagilah kan kuatnya penangan sensitif tu. Tapi bila kita fikir mak kita, tentu kita juga berharap abang-abang kita akan utamakan mak bila dah berkahwin. Sebab perempuan bila dah kahwin wajib dahulukan suami. Jadi haruslah si suami dahulukan mak dia pulak. Kalau tak siapa lagi yang mak kita nak harap-harapkan.

Boleh nak harapkan anak perempuan, tapi kudrat perempuan ni ke mana sangat. Kalau kuat macam otomen bolehlah diterima. Erk?

Renungkanlah.

Sekian.

Tuesday, November 8, 2011

Review: Hantaran Tunang

Sebenarnya malu nak tunjuk gambar hantaran ni. Tapi sebab Cik Zie request, haruslah saya memenuhi permintaan beliau. Ecehhh.

Jadi, gambar-gambar adalah seperti di bawah. Saya just combine kan gambar sekali harung. Ampun gambar tak gojes. Huhu

For Her
Theme: White and Orange

For Him
Theme: Maroon and Cream

Hantaran daripada pihak lelaki sebenarnya sama dulangnya dengan pihak perempuan iaitu 9 tetapi cari-cari gambar semula tak jumpe pulak. Hehe

Full review of hantaran,

For Her:
  1. Readymade Modern Kurung
  2. Sireh Junjung
  3. Cupcake
  4. Chocolate Cake
  5. Buah-buahan
  6. Telekung
  7. Chocolate
  8. Pelangkah
  9. Cincin Merisik dan Tunang
For Him:
  1. Kain for Baju Melayu
  2. Sireh Junjung
  3. Chocolate Cake
  4. Buah-buahan
  5. Sejadah dan Al-quran
  6. Chocolate
  7. Telur (Sebab malas nak buat Bunga Rampai. Hehe)
  8. Towel and Toiletries 
  9. Lauk Pauk dalam Rantang
Disebabkan masa tunang hantaran adalah sangat simple, makanya masa wedding kami plan untuk memberi yang lebih daripada di atas, tetapi still simple. Hehe

Baju Nikah Bakal Suami

Sedang berangan-angan tentang fesyen baju nikah untuk bakal suami. Memandangkan Taufik seorang yang kurang cerewet tentang baju-baju ni, makanya haruslah saya yang terlebih menyibuk nak suggest itu ini. Ada ek kurang cerewet? Hehe

Sila lihat gambar di bawah.


Sangat sweet kan baju nikah Nabil ni. Sekarang memang trend baju macam ni ke? Ingat lagi masa Ayu Raudah punya wedding, Husband dia pakai baju macam ni jugak time nikah. Sangat smart dan terletak. Kalau baju yang color putih ni bertukar jadi pink soft cantik ke? Rasanya macam jambu sangat je, lagi-lagi kalau Taufik yang pakai. Huhu

Anda tahu tak jenis material baju ni?

Saturday, November 5, 2011

Perihal Tarikh Kahwin

Since kawan-kawan dah ramai yang kahwin tahun ni and ada jugak yang akan berkahwin dua, tiga, empat minggu dari sekarang barulah saya menggelabah sibuk nak cari tarikh kahwin saya pulak. Ek? Macam takde kena mengena jek.

Dan memandangkan saya masih budak sekolah yang sudah menggatal nak kahwin, makanya keluarga saya prefer saya berkahwin selepas belajar. Kalau ikutkan, bulan 6 tahun depan dah cukup 2 tahun bertunang. Tapi kira halal lah kan tiga atau empat bulan selepas tu.

Kenapa tak terus kahwin bulan 6 tu?

Adoi.

Saya dijangka habis belajar tambah tolak dalam bulan enam. Persiapan perkahwinan saya kalau boleh saya nak selesaikan dengan tulang empat kerat saya. Kiranya apa-apa yang saya boleh buat sendiri, saya akan buat sendiri. Jadi, kalau bulan enam tu, saya percaya memang tak akan sempat. Lagi pulak saya di Terengganu. Nak ulang alik Terengganu-Johor Johor-Terengganu memang lah saya tak larat. Boleh patah pinggang duduk dalam bas. Belum campur beku lagi dalam tu.

Jadi, selama beberapa bulan sebelum saya habis, saya akan survey dan grab mana-mana yang patut. Contohnya saya sekarang dah survey pasal photographer, tinggal nak discuss dengan Taufik samada dia setuju atau tak. After that, boleh terus confirm. Bila dah habis nanti, kiranya saya akan settle sket-sket aje.

Macam dah menyimpang je dari tajuk asal. Haha

Kalau ikut darah muda, saya nak pilih tarikh cantik-cantik. Macam tarikh 12.12.12. Takpun 10.11.12. Mula-mula dah target bulan sebelas tu. Malangnya ma kata, takut time tu musim hujan. Ma kata better jangan buat bulan-bulan tu. Saya sebenarnya tak kisah, lagi cepat bukan ke lagi bagus? Hehe. Termenggatal pulak.

So sekarang ni saya dalam dilema nak memilih tarikh. Ma pilih bulan september, after raya. Tapi saya takut time tu kakak-kakak saya tak dapat cuti sebab baru je cuti untuk raya kan. Tapi ma cakap nanti ma discuss dengan kakak-kakak supaya tak payah balik masa raya tu. Balik masa saya kahwin aje. Boleh gitu? Sangat sempoi kan. Haha

Kalau anda bagaimana?

Wednesday, November 2, 2011

Jangan Bertunang Lama Lama

Ye, saya mengikat tali pertunangan selama dua tahun. Sebenarnya kalau ikutkan saya dengan taufik, memang kami merancang nak berkahwin awal. Sebenarnya kami merancang dah lama, daripada 2009 lagi. Tapi mungkin masa tak mengizinkan. Lebih-lebih lagi bila saya dapat offer sambung belajar. Kami tangguhkan niat kami tu dulu.

Namun, setahun lepas tu kami ambil keputusan untuk ikat hubungan. Mungkin sebab saya belajar jauh dan taknak saya terlepas ke tangan orang lain dan saya juga begitu. Nak ada ikatan yang pasti, biar lagi kuat. Mulanya nak ikat setahun je, tapi keluarga saya especially ma dah sayang sangat kat bakal menantu dia. Makanya, ikatan dilanjutkan selama dua tahun. Kata-kata yang menusuk tangkai jantungku,

"Esok kalau dah kahwin tak kesian ke laki kena tinggal? Sorang duduk sana, sorang duduk sini. Nak jadi apa laki nanti?" 

"Kalau kahwin time ni, dah ngandung mabuk-mabuk esok susah. Beranak karang dah satu hal pulak nak kena extend belajar."

"Takpela, sabarlah sket. Tak lama pun, dua tahun tu pejam celik pejam celik je."

Ada betulnya ma cakap semua tu. Dan sekarang setahun lebih sudah. Sekejap je kan. Tapi seriously, tempoh setahun yang dah berlalu sangat menguji saya dan Taufik. Betul orang cakap, masa bertunang adalah masa genting. Tapi mungkin perasaan sayang kami kuat. Ecececehhh. Kami teruskan dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Saya fikir itu lebih baik. Muhasabah diri dan perbaiki segala kekurangan.

Mereka yang merancang untuk bertunang, saya harap anda tidak mengambil keputusan untuk mengikat terlalu lama. Kalau masa mengizinkan untuk berkahwin awal, rasanya itu lagi baik.

Doakan kami.

Tuesday, November 1, 2011

Review: Gambar Tunang

Hari ni macam terajin pulak nak mengupdate. Sebab ada yang mintak saya review gambar tunang, makanya haruslah saya mereview gambar-gambar yang berkurun itu. Walaupun di dalam hati tidak mahu menunjukkan gambar tunang saya yang buruk itu, tetapi disebabkan tertolak ketepi perasaan malu jadi saya tunjukkan jugak. Eh, eh, apakah?

Actually, my engagement day is so so simple. Tiada mini pelamin, tiada official photographer ataupun official videographer malah saya hanya menjemput keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja. Oleh itu, saat-saat manis ketika itu hanyalah dirakamkan oleh kamera-kamera yang bermp kecil yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan. Haha. Boleh?

Maaf kalau gambar adalah buruk dan kurang jelas atau gelap atau apa-apa yang bersifat negatif. Sesungguhnya saya tidak bersalah. Hehe

Makanya, paksakan diri anda untuk layankan aje.







Kebaya Indonesia | + - RM 200
Sewa Sanggul + Selendang | RM 25
Tudung Bawal | RM 25